Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Memberi pertolongan dan dikhianati

Lebih memikirkan akibat kepada pesalah daripada memikirkan kesan kepada mangsa .. Lebih kurang seperti, “Kesian dekat perogol tu, kena penjara seumur hidup, kena sebat lagi..siapa nak bagi anak bini dia makan lepas ni..?” Sedangkan yang harus difikirkan adalah “kesian mangsa rogol tu, rosak masa depan dia, mesti dia trauma dengan kehidupan lepas ni..” Ini yang terjadi pada kisah perjalanan hidup aku untuk aku coretkan sebagai suatu pengalaman pahit dalam kehidupan aku.. Bukan…..!! Aku bukan mangsa rogol, tapi aku mangsa kepada seorang manusia yang hampir merosakkan masa depan aku.. Lebih menyedihkan apabila kesan kepada si pemangsa lebih difikirkan berbanding kesan kepada aku.. Dalam perkataan mudah untuk menggambarkan situasi aku sekarang adalah… AKU DIKHIANATI lepas aku memberi pertolongan .. Bak kata pepatah               “Bagai melepaskan anjing tersepit..”

Memasak atau beli makanan di luar atau makan di kedai?

Ya...posting common..tapi... Amat penting bagi aku.. Dari awal perkahwinan, aku duduk di rumah keluarga.. NO!! Bukan serumah, cuma rumah tu takde sape yang duduk kecuali aku dengan suami aku jer.. So, baru kahwin kan..aku bujang pulak terlajak jugak la sikit.. Rumah tu ape barang makanan atau masakan memang takde langsung.. Lepas kahwin kejap duduk dengan mertua, pastu balik sana kemas sikit, pastu balik duduk dengan mertua sekejap sementara nak buat clearing rumah tu yang lama tinggal dan banyak barang yang lusuh dan perlukan kami untuk kemas semula, buang barang yang lama dan tak boleh di pakai dan baiki apa yang perlu.. Rumah tu siap penuh dengan tahi tikus, pernah ada bangkai kucing.. Tapi barang peninggalan arwah mak masih ada kat dalam tu, termasuk perabot, peti ais, mesin basuh..Pinggan mangkuk pun sangat banyak..Dalam stor kat luar tu penuh barang-barang kenduri..Dan pulak masa kenduri tu masak sendiri tak tempah katering..So, habis guna barang-ba

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk

Setelah lama tidak menjengah ke blog dan menulis.. Setelah lama busy dengan dokumen dan akaun.. Setelah lama tidak mampu untuk melihat ke screen computer apetah lagi untuk menaip.. dan...inilah punca kejadian.. Aku tau tau nak gembira ke nak sedih ker.. Sekali lagi..Aku di sahkan mengandung untuk kali yang ketiga tanpa perancangan.. Aku tak sedia..tapi aku dah boleh jangka.. Dalam masa aku sibuk uruskan dan siapkan akaun syarikat bapak mertua aku, time tulah dia hadir.. Memang aku tak sangka.. Aku memang tak nak, tapi mana tau, En Suami suka sangat dan dia rasa sejak baby ni ada dalam perut aku, macam-macam bentuk rezeki datang..dan tak pernah putus. Alhamdulillah.. En Suami pujuk aku.. Mungkin baby ni bawa rezeki pada kita, mana kita nak tau.. So sekarang jagalah kandungan ni elok-elok.. Masa aku tulis blog ni, kandungan aku dah masuk minggu ke 8.. Dan aku tengah mabuk teruk.. Sangat teruk kalau nak dibandingkan dengan p

Penyediaan Akaun Syarikat untuk di hantar ke LHDN

Hi... Berkurun tak update blog.. Bukan malas, tapi kepala aku tak larat nak fikir nak update blog sebab banyakkk sangat hal yang nak di selesaikan.. Yang paling aku fokus adalah buat akaun untuk bapak mertua aku punya company.. Ya..akaun..untuk setahun-2017 Ya ampunnnn...dokumen terabur, dokumen ada yang ada, ada yang takde.. tak pernah langsung ada akaun yang sebetulnya hanya berdasarkan anggaran semata-mata.. Duit masuk dan duit keluar tak di control, baucer ada yang di tulis dan ditanda tangani, tapi banyak yang tiada.. Setahun pendapatan hampir 1juta, tapi TIADA dokumen menunjukkan bayaran, pembelian, perbelanjaan, semuaaa...Ya semua.. Hampir 10 tahun dalam bisnes, akaun yang tepat TIADA.. Aku dah nampak lama perkara ni.. Cuma tak bersuara kepada yang hak..aku cuma suarakan kepada En Suami.. Sampai la satu hari..En Suami bagitau aku.. "LHDN datang pejabat bapak.." Ya, satu MUSIBAH kalau LHDN datang audit.. Ba

In House Training di Office- Interpersonal Skills

Sebelum masuk training, hati macam rasa tak best jer.. Biasalah kena masuk belajar (study) kan..mana ada best.. Sekali dah masuk... nahhhh... sangat  suka  sebab .... dalam training ni trainer ajar macam mana kita nak berfikir, bercakap, buat kerja dengan betul sebagai seorang yang mahu berjaya.. InsyaAllah.. Dalam kehidupan kita, tak kira di rumah atau di pejabat atau pergaulan kita dengan setiap orang yang kita jumpa, pertama sekali kita mesti ubah “Attitude” atau kelakuan kita.. Jika attitude kita adalah BAIK maka kita akan sentiasa berfikiran POSITIVE.(Positive Perception) Positivity akan control emosi kita. Aku suka cara Trainer,Mr Steven Khong ni bercerita.. Dia banyak bercerita perihal anak-anak dia.. Contoh yang diberikan juga berkaitan dengan perihal keluarga dia.. Maksudnya, semua pun bermula dari rumah. Jika kehidupan kita di rumah adalah sangat baik, gembira, happy dan positif, bila kita keluar mencari rezeki, kita akan senti

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2

Anxiety Disorder

Apa itu Anxiety Disorder? Sambungan dari post aku pasal "asyik teringat tentang mati" kat sini Sumber Google Aku tak nak tulis maksud yang panjang-panjang yang boleh di copy paste dari internet ni.. Aku nak bagi maksud yang berdasarkan apa yang aku lalui.. Anxiety Disorder yang aku lalui lebih kepada perasaan berdebar-debar dan asyik memikirkan tentang perkara yang bukan-bukan termasuk dengan asyik ingat yang aku akan mati jer.. Perasaan berdebar-debar ni aku tak pasti samada ada gangguan (saka) atau tidak.. Dan aku pun tak de pun consult doktor atau pakar perubatan tentang hal yang aku alami ni.. Aku akui, sehingga malam tadi aku masih ada perasaan tu.. Hati aku jadi tak tenteram dan berdebar-debar ; 1. Bila aku balik rumah mak mertua aku 2. Bila dah nak Maghrib 3. Bila aku baca tentang kematian, contoh yang aku baca pasal suami buat luahan hati untuk Isteri beliau yang meninggal dunia akibat kemalangan 4. Bila aku sangat stress tak kira hal rumaht

Wanita kalau berhenti kerja, nak buat apa?

Plan memang ada untuk berhenti kerja dan jaga rumah tangga di rumah aku sendiri.. Tapi selalu terfikir, aku nak buat apa yer untuk tetap mencari pendapatan untuk keluarga aku.. Dah memang terbiasa dari aku kecik, aku belajar, dan kerja..aku akan cari sendiri duit untuk aku beli barang apa yang aku nak..Paling aku ingat masa aku tingkatan 4, aku main kutu duit yang aku dapat upah jaga Aiman (babysitter) dua pupu aku untuk beli baju yang agak mahal masa tu iaitu RM90 sehelai..Aku jaga Aiman masa tu upah RM150 mak aku bagi pada aku semua..Duit itu jugak aku guna untuk belanja sekolah sampai lah beli baju sekolah dan buku semua..termasuk yuran..So aku dah terbiasa uruskan duit aku sendiri..Aku dah kerja start umur aku lepas SPM iaitu 17 tahun..So, bila aku berhenti kerja nanti aku nak lah jugak menjana pendapatan dari titik peluh aku sendiri walaupun aku duduk di rumah.. Sebelum aku masuk belajar kat UIAM, aku sempat jana pendapatan aku sendiri sampaikan mak abah aku tak keluarka

Ikutkan hati.....

Ikutkan hati... Balik kerja penat-penat, dapat baring atas tilam yang empuk dapat lelapkan mata sekejap... Sekejap pun jadi.. Tapi.... Kesian kat anak-anak.. Dahla waktu kerja kena hantar ke rumah pengasuh.. Dari pagi sampai ke petang.. Belum celik mata kelibat kita pun sudah tiada.. Petang dah nak malam baru nampak bayang kita di rumah.. Makanya, petang-petang adalah waktu dieorang nak rasa kita ada dengan dieorang.. Nak bagi dieorang rasa seronok walaupun sekejap sebelum malam menjelma.. Walaupun dapat ke taman permainan di kampung sebelah.. Walaupun dapat ronda taman perumahan naik motor kapcai Ayah tengok tractor Tok AhCai yang sebaris ada 3 dan tractor Biru kat tepi jalan.. Walaupun dapat pergi 7E beli sedikit minuman dan mainan.. Pun dieorang dah happy.. Ronda pun bukan memerlukan modal yang banyak.. Hanya minyak motor yang isi RM5 entah bila boleh habis.. Mainan di taman permainan pun percuma.. Berlari, melompat, menjerit, bergurau.. Main jong