Situasi
1
Isi
kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat
Petang Khamis,
on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi
minyak.
Macam biasa
aku akan gunakan kad debit untuk isi
minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja
makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang
cukup untuk belanja seminggu jer..
So, aku
terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah
isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak
masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu..
Aku masuk
semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90
maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print
receipt semua dia cakap OK..
Aku pun
keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia
cas aku 2 kali?’ so aku pun simpan semua resit dengan baik sekali..
Masa aku
isi tu hari Khamis, dan macam biasa Isnin pagi aku akan cek akaun bank aku..
Aku tengok,
ehhh semacam je balance duit aku nih…(dapat detect sebab duit pun tak berapa nak
ada kan..heh heh heh)
Sekali aku
tengok Transaction History. Wahhhh cas
2 kali la isi minyak haritu..sebab dua-dua pun bahagian DEBIT dan langsung
takde amaun kat bahagian KREDIT..
Aku pun
kelam lah call balik Stesen tu, (kan dah simpan resit, so tau lah no telefon
stesen tu kennn) Aku bercakap dengan owner Stesen tu sendiri seorang Chinese
yang sangat sopan dan berbahasa..Dia explain kat aku, yang dalam masa 14 hari bekerja
duit tu akan di kembalikan..
Aku tak puas hati, aku call bank jugak dan penjelasan yang sama aku dapat dan staff bank tu bagitau aku, bank tak cas aku, yang cas aku adalah Stesen Minyak tu, makanya Bank tak boleh buat apa-apa..melainkan tunggu sehingga bank sebelah "sane" tu return duit tu balik baru duit tu ada balik kat aku..
HOHEMGEEEEE…..14
hari..lama
tu..bajet minyak aku seminggu tu lupus tau..sehingga duit tu dapat balik..
Situasi
2
Cancelled
transaction dan Pre-Auth Debit RM200
Hari Sabtu
petang jugak, aku mintak izin En Suami nak ke kedai beli barang dan terus isi
minyak kereta untuk senang aku tak kelam kabut pepagi Isnin. Sementara anak
dua-dua pun tido, aku pergi la sensorang..
Aku nak isi
kat Petron Gopeng sebab dekat jer.. Tapi aku pergi kat kaunter dia cakap
Offline pulak haritu.. So, aku terpaksa ke Petron yang kat tempat aku di charge
2 kali minggu lepas tu..
Aku tak
masuk kaunter. Aku buat self-service jer..!st time aku buat, masuk Kad Debit,
ok.. pastu, aku kena masukkan kad Loyalty Petron tu dan TAK BOLEH masuk..aku
tolak-tolak baagi masuk tapi last-last sales cancelled..
Aku tunggu
lah mesin tu PRESET balik, then aku swipe kali ke-2, dan kali ni kad Loyalty
aku dia boleh detect, dan aku dah boleh pam..
Aku pam
sampai FULL tank, dan aku letak balik pam tu, makanya keluarlah resit..
Aku pun
balik lah rumah..
Macam biasa
pepagi Isnin, aku tengok akaun bank aku kat M2U..Aku tengok
eeeehhhhhh mak aiiii banyak nya kurang duit aku nih..
Sebab aku
swipe 2 kali, bank tolak RM400 dari akaun aku untuk Pre-Auth Debit
walaupun yang 1st aku swipe tu CANCELLED!!
Dannnn….untuk
yang 2nd transaction tu, Pre-Auth Refund sekali dengan jumlah
sebenar yang aku isi minyak tu dah di cas ke dalam akaun aku, TAPI yang
CANCELLED tu masih belum nampak bayang..
Aku macam,
watttttt……banyak dah bank hold duit aku untuk bulan ni..takkan ini pun nak 14
hari bekerja jugak? Lama tu..
Aku
terfikir kalau jadi dekat orang yang bajet dia untuk sebulan tu cukup-cukup je,
macamana?tak ke menyusahkan orang yang hidup dalam kesempitan?
Kalau bank
tak refund macam mana?
Kalau orang
tu takde M2U mcamana?
Kalau orang
tu tak sedar pun terjadinya hal macamni kat akaun bank dia?
Banyak masalah yang akan terjadi untuk sistem yang di implement dan akan menyusahkan dan menyukarkan perjalanan hidup orang lain jugak..
Serius…Aku terus macam ada sedikit fobia untuk guna kad Debit aku..
Mungkin lepas ni aku akan ambil iktibar dengan 2 kes yang kena kat aku ni, ataupun nak lebih mudah sebelum isi minyak, kena keluarkan CASH dulu. Lebih selamat dan teratur..
So, korang hati-hati yer kalau nak guna Kad Debit korang untuk isi minyak lepas ni..
Pssssttt...haritu ada terbaca kat Internet jugak, yang kaunter mintak kad kita untuk swipe kali kedua kengkonon untuk pengesahan..Tolong JANGAN BAGI kad korang yer..sebab ini semua scam..sekali tu dah successfull maksudnya pembayaran korang dah OK..kalau ada kedai atau tempat membeli tu mintak kad korang 2 kali, sila buat report kepada bank OK...
Comments