Skip to main content

Memasak atau beli makanan di luar atau makan di kedai?

Ya...posting common..tapi...

Amat penting bagi aku..

Dari awal perkahwinan, aku duduk di rumah keluarga..

NO!! Bukan serumah, cuma rumah tu takde sape yang duduk kecuali aku dengan suami aku jer..

So, baru kahwin kan..aku bujang pulak terlajak jugak la sikit..

Rumah tu ape barang makanan atau masakan memang takde langsung..

Lepas kahwin kejap duduk dengan mertua, pastu balik sana kemas sikit, pastu balik duduk dengan mertua sekejap sementara nak buat clearing rumah tu yang lama tinggal dan banyak barang yang lusuh dan perlukan kami untuk kemas semula, buang barang yang lama dan tak boleh di pakai dan baiki apa yang perlu..

Rumah tu siap penuh dengan tahi tikus, pernah ada bangkai kucing..

Tapi barang peninggalan arwah mak masih ada kat dalam tu, termasuk perabot, peti ais, mesin basuh..Pinggan mangkuk pun sangat banyak..Dalam stor kat luar tu penuh barang-barang kenduri..Dan pulak masa kenduri tu masak sendiri tak tempah katering..So, habis guna barang-barang tu semua bawak keluar dari stor.

Dan lepas habis kemas semua, kami laki bini start la duduki rumah tu dan buat hal kehidupan suami dan isteri..

Aku kerja macam sekarang dan suami aku kerja dia yang fleksibel tu lah..

Pagi-pagi dia takde trip, dia setelkan kain, kemas rumah dan dapur semua baru dia keluar buat urusan dia..

Aku balik petang akan siapkan bahan untuk masak makan malam nanti dan jadi ruti kami suami isteri macam tu..

Aku ni memula kawin tu ingat-ingat lupa je resipi peninggalan arwah makaku, plus masa aku sebelum kahwin tu pun aku tak lah rajin sangat ke dapur tapi tak bermaksud aku malas dan tak taw masak langsung..

Sebab masa duduk bujang kat Saujana Putra dulu, aku selalu je masak..pahit weh aku kalau setiap masa aku nak kena beli makanan kat luar atau makan di kedai..

Banyak jugak aku dah lupa-lupa cara masak..dan tak banyak lauk yang aku tahu masak especially bila kena fikirkan untuk laki aku jugak..ehhhh...takkan nak fikir tekak sendiri je kan..

Bagi aku, masak kat rumah ni memang penat, tapi amat puas hati..

Pernah aku dengan En Suami bosan dengan lauk-lauk yang susah untuk di masak, kami cuma masak telur mata dengan ikan bilis goreng nasik tabur kicap...PErghhhhhh....Ya Allah nikmatnya..Bertambah-tambah nasik kate ko....

AS SIMPLE AS THAT...

Bila di kaji semula corak perbelanjaan, di bandingkan dengan pendapatan kami masa tu, memang tak de masalah nak makan kat luar..lagipun badan tak penat dan sekadar mengisi perut 2 orang dewasa di malam hari sahaja..

Cuma...setiap malam kami kena fikir kami nak makan ape?kat mana?ahhhh jemu lah..ape lagi yang sedap yer......

Ke sana ke mari, duit minyak, tol, tenaga..masa...

Lebih baik aku spend masa dan tenaga sikit masak simple kat rumah dan boleh makan walaupun masa tu pakai seluar pendek dengan baju tee sahaja...HEAVEN..

Sekarang pulak aku stay dengan mertua, yang mana orang tua aku ni tak pandai langsung nak ke kedai kecuali dah sesak sangat banyak urusan, baru la dorang mintak kiteroang tapau atau ajak kiteroang makan kat luar..

Aku pun dah terbiasa macam tu, malam tu kalau MIL aku tak sempat masak ke ape, aku godek je peti sejuk tengok ape yang aku pandai dan larat masak aku akan masak je...simple pun lauk yang aku masak tu, mertua aku makan jer..sebab dorang memang tak suka beli makanan kat luar atau makan kat kedai..

Kalau di kira dan di kaji..Aku rasa lebih banyak jimat kalau kita masak sendiri lauk kat rumah..

Tambahan kalau isi rumah melebihi 2 orang..

Sekali duduk kat kedai makan, untuk 4 orang kos yang perlu di bayar adalah melebihi RM50..

Itu baru sekali duduk..kalau dari pagi, ke tengahari ke malam dah berapa kali ko nak kena hadap kos yang banyak macamtu..

Average gaji sekarang adalah bawah RM2k..(ini berdasarkan pendapatan di Negeri Perak, dan untuk orang disekeliling aku)

Kalau suami dan isteri bekerja, pendapatan isi rumah adalah RM2k ke RM3k

Komitment kereta dan rumah, bil-bil utiliti, keperluan anak seperti pampers, susu dan belanja sekolah..

Akan melebihi pendapatan seorang samada suami atau isteri..

Jika tidak berjimat dari segi makan dan minum, contohnya membeli makanan diluar atau makan di kedai, pendapatan keluarga tersebut tidak akan mencukupi untuk menanggung keperluan isi rumah tersebut..

Padahal, kos barang basah dan barang kering tidaklah begitu tinggi dan hanya memerlukan sedikit masa dan tenaga untuk memasak makanan untuk keluarga dan saya jamin ianya lebih berkhasiat dan terjamin kebersihan.

Aku mempunyai contoh yang sangat hampir dengan aku..
Keluarga tersebut mempunyai jumlah isi rumah seramai 7 orang..

Suami dan isteri serta 5 orang anak..
Isteri adalah suri rumah sepenuh masa dan si suami adalah seorang kontraktor..

Pendapatan isi rumah melebihi RM5k sebulan..

Tetapi kehidupan mereka adalah seperti orang yang pendapatan mereka sekadar RM2k sebulan..kerana si Isteri tidak mahu memasak dengan alasan menguruskan rumah dan anak-anak, tiada masa m untuk membeli barang basah dan waktu tengahari si isteri akan sibuk menguruskan anak-anak pulang dari sekolah dan menghantar ke sekolah agama rakyat pula..

Mereka sangat susah dari segi kewangan kerana beban komitmen harian yang sangat tinggi..

Tiada beza dengan sebuah lagi keluarga yang hampir dengan aku..

Mereka duduk di rumah pemberian keluarga, tiada beban komitmen sewa..

Suami bekerja di Jabatan Kerajaan manakal si isteri bekerja di kedai runcit dan sebagai tukang sapu..malam hari baru mereka balik ke rumah dan tiada masa untuk mereka masak makanan di rumah..Mula dari pagi sehingga ke malam, mereka akan membeli makanan di luar atau makan di kedai bersama anak dan menantu dan seorang anak perempuan mereka.

Kos yang perlu di bayar untuk 1 malam sahaja apabila makan di kedai adalah RM50 ke RM70  sehari..

Bayangkan....

Makanya, aku akan berusaha untuk masak sendiri dan meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk menyediakan makanan untuk keluarga aku..

p/s....hari ni akau masak sayur campur tumis, ikan goreng dan sambal tempoyak..untuk makan tengahari kat kantin nanti..aku bangun lepas subuh tadi terus masak..



























Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno...