Skip to main content

In House Training di Office- Interpersonal Skills


Cara Berinteraksi dan bertindak



Sebelum masuk training, hati macam rasa tak best jer..
Biasalah kena masuk belajar (study) kan..mana ada best..

Sekali dah masuk... nahhhh...sangat suka sebab ....

dalam training ni trainer ajar macam mana kita nak berfikir, bercakap, buat kerja dengan betul sebagai seorang yang mahu berjaya..

InsyaAllah..

Dalam kehidupan kita, tak kira di rumah atau di pejabat atau pergaulan kita dengan setiap orang yang kita jumpa, pertama sekali kita mesti ubah “Attitude” atau kelakuan kita..

Jika attitude kita adalah BAIK maka kita akan sentiasa berfikiran POSITIVE.(Positive Perception)

Positivity akan control emosi kita.

Cara Berinteraksi dan bertindak


Aku suka cara Trainer,Mr Steven Khong ni bercerita..

Dia banyak bercerita perihal anak-anak dia..

Contoh yang diberikan juga berkaitan dengan perihal keluarga dia..
Maksudnya, semua pun bermula dari rumah.

Jika kehidupan kita di rumah adalah sangat baik, gembira, happy dan positif, bila kita keluar mencari rezeki, kita akan sentiasa ikhlas dan gembira dengan pekerjaan kita, anak-anak jugak gembira, Isteri hormat suami, Suami akan senang untuk bekerjasama dengan Isteri bila di rumah..

Cara Berinteraksi dan bertindak

Sebenarnya, banyak perkara yang sukar dan tidak terjangkau dek akal fikiran kita untuk kita lalui dalam kehidupan seharian.

Anak-anak kita adalah generasi yang lahir selepas kita..
Ibu bapa kita adalah generasi yang lahir sebelum kita..
Semua peringkat umur melaui satu fasa kehidupan yang berbeza.
Maka, penerimaan masing-masing terhadap suatu perkara adalah juga berbeza.

Contohnya, generasi "babyboomers" iaitu zaman golongan Ibu dan Bapa kita iaitu yang jauh lebih tua dari kita, adalah zaman di mana mereka berfikiran, DUIT tidak boleh di bazirkan begitu sahaja..
Bila kita suarakan pada dieorang, “ingat hujung minggu ni, nak tidur kat hotel la 1 malam, berubah angin” dieorang akan balas “buat ape membazir, elok simpan je duit tu”

Untuk generasi anak kita sekarang, mainan seperti TORA, Deng Dang, kipas ada coklat semua yang menjadi kegilaan zaman aku dan En Suami dulu, dioerang TAK PANDANG langsung yer..
Cara kita berinteraksi dengan setiap lapisan generasi juga adalah berbeza.

Dulu takde applikasi email, Whatsapp, Facebook dan Insta lagi..
Sekarang orang serumah pun berinteraksi melalui medium elektronik..

Semua pun berlalu mengikut arus zaman dan keadaan.

So kita perlu jadi sebagai orang yang sangat positif, berkelakuan baik dan sentiasa berada dalam keadaan dan emosi yang sangat stabil.

Masalah akan datang, kita tak boleh nak elak..Biasalah, kehidupan kan..selagi kita hidup, selagi kita jalankan hari-hari kita dengan orang sekeliling kita, masalah atau dugaan akan hadir dalam hidup kita.
Tapi yang penting, bagaimana cara kita “BERFIKIR” dan “BERTINDAK” untuk menangani masalah tersebut.

Adakah kita bertindak tanpa perlu berfikir?
Adakah kita berfikir sebelum kita bertindak?
Adakah cara yang kita FIKIRkan itu adalah jalan yang terbaik sebelum kita bertindak?
Cara Berinteraksi dan bertindak


Makanya, kita seharusnya bijak dan berfikiran positif

ikut Konsep A,P,E

Attitude
Perception
Emotions

Bukan... P,E,A

Perception
Emotion

Attitude

ok...till then..daaaa...


Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno...