Skip to main content

Anxiety Disorder

Apa itu Anxiety Disorder?

Sambungan dari post aku pasal "asyik teringat tentang mati" kat sini

Anxiety Disorder
Sumber Google


Aku tak nak tulis maksud yang panjang-panjang yang boleh di copy paste dari internet ni..

Aku nak bagi maksud yang berdasarkan apa yang aku lalui..

Anxiety Disorder yang aku lalui lebih kepada perasaan berdebar-debar dan asyik memikirkan tentang perkara yang bukan-bukan termasuk dengan asyik ingat yang aku akan mati jer..

Perasaan berdebar-debar ni aku tak pasti samada ada gangguan (saka) atau tidak..

Dan aku pun tak de pun consult doktor atau pakar perubatan tentang hal yang aku alami ni..

Aku akui, sehingga malam tadi aku masih ada perasaan tu..

Hati aku jadi tak tenteram dan berdebar-debar ;

1. Bila aku balik rumah mak mertua aku
2. Bila dah nak Maghrib
3. Bila aku baca tentang kematian, contoh yang aku baca pasal suami buat luahan hati untuk Isteri beliau yang meninggal dunia akibat kemalangan
4. Bila aku sangat stress tak kira hal rumahtangga atau di tempat kerja

Banyak lagi yang buat aku asyik la duk fikir yang Allah akan ambil nyawa aku dalam masa terdekat..
Aku sangat takut bila aku terfikir siapa yang nak jaga anak aku nanti, apa akan jadi pada anak-anak aku nanti..

Ada pulak 1 masa ni aku terbaca post AtyFared pasal breast cancer yang di alami adik beliau, tetiba aku pun rasa aku ada breast cancer dan tetiba aku ada rasa sakit kat bawah ketiak..

Padahal sebelum tu aku tak rasa apa pun..

Ko dah kenapa????

Kannn...sangat pelik tau apa yang aku rasa ni..

Aku hanya akan OK bila aku pergi kerja jer...

Kat tempat kerja, semua perasaan tu hilang..macam takde apa bebanan perasaan yang melanda diri aku..

Kat rumah, sampai tahap aku nak mandi atau nak pergi toilet pun aku takut...

Kat dapur sensorang pun aku takut..seolah-olah ada makhluk sedang memerhatikan aku..

Ntah pape jer kan..

Aku sangat menyesal baca semua tanda-tanda kematian yang di letakkan dalam blog yang ada dalam carian Google. 

Sebab penulisan tu semua hanya di Copy paste dan sumber tidak diketahui..

Tiada hadis atau ayat Al Quran yang betul-betul di relatekan dengan apa yang ditulis di dalam blog tu semua..

Astaghfirullahalazim

Makanya, aku cari alternatif untuk hilangkan perasaan dan ketakutan aku ni.

1.Aku selalu Istighfar sebanyak mungkin lepas solat, aku cuba berwirid selama boleh lepas aku solat..aku banyakkan berselawat setiap kali lepas solat dan bila aku tengah menyusukan Solehah..
2. Aku main game kat handphone
3. Aku google gambar-gambar yang aku suka tengok, contoh gambar dekorasi rumah, deko bilik tidur, deko ruang tamu, perabot..kebanyakannya kat Pinterest
4. Ajak En Suami jalan-jalan especially petang-petang bawak anak ke taman permainan, balik rumah dah nak dekat maghrib dan terus siapkan anak-anak dan mandi dan solat.

Dan....perasaan tu akan hilang......macamtu jer...

Aku back to normal..

Especially lepas solat maghrib, bila mana sebelum masuk waktu maghrib tu aku sangat takut, down, sedih dan berdebar-debar.

Aku tak pasti samada nak relate kan benda ni dengan Gangguan atau tak..

Aku kena pantau untuk suatu tempoh..Kalau berlarutan dan effect kehidupan aku, mungkin aku akan cari alternatif perubatan samada moden atau tradisional..

Aku tak sabar nak siapkan rumah RPA aku..aku nak renovate dan buat untuk aku pindah keluar atau cari tempat yang baru sebagai 1 alternatif untuk aku hilangkan apa yang aku rasa dan lalui sekarang ni..

InsyaAllah..

Aku doa selalu untuk dipermudahkan segalanya dan sentiasa meminta ampun dari Allah atas segala dosa dan kekhilafan aku sepanjang aku hidup atas dunia ni..



Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lupa untuk a

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno