Skip to main content

Wanita kalau berhenti kerja, nak buat apa?

Plan memang ada untuk berhenti kerja dan jaga rumah tangga di rumah aku sendiri..

Tapi selalu terfikir, aku nak buat apa yer untuk tetap mencari pendapatan untuk keluarga aku..
Dah memang terbiasa dari aku kecik, aku belajar, dan kerja..aku akan cari sendiri duit untuk aku beli barang apa yang aku nak..Paling aku ingat masa aku tingkatan 4, aku main kutu duit yang aku dapat upah jaga Aiman (babysitter) dua pupu aku untuk beli baju yang agak mahal masa tu iaitu RM90 sehelai..Aku jaga Aiman masa tu upah RM150 mak aku bagi pada aku semua..Duit itu jugak aku guna untuk belanja sekolah sampai lah beli baju sekolah dan buku semua..termasuk yuran..So aku dah terbiasa uruskan duit aku sendiri..Aku dah kerja start umur aku lepas SPM iaitu 17 tahun..So, bila aku berhenti kerja nanti aku nak lah jugak menjana pendapatan dari titik peluh aku sendiri walaupun aku duduk di rumah..

Sebelum aku masuk belajar kat UIAM, aku sempat jana pendapatan aku sendiri sampaikan mak abah aku tak keluarkan duit dieorang pun masa aku nak masuk belajar. Dari Yuran masuk sampai Yuran pengajian even duit belanja aku tinggal kat sana pun Mak Abah tak payah bagi sebab gaji aku masa kerja tu ada lagi..

Banyak benda aku boleh buat sebenarnya..dan aku memang suka nak buat

1. Servis lipat kain

Kerja ni memang aku boleh buat..Tapi mungkin susah bila... 




  • Cara lipatan yang customer nak..Lain dengan cara yang biasa aku buat..
  • bila takde mood..Masa yang amat malas nak hadap kain selambak tapi masa tu fikir kena jugak buat..hahaha
  • Bila kain kita pun selambak jugak..nak nak time hujan kain tak kering pastu sekali kering, nahhhh 3 bakul..mana nak kejar kan kain, mana nak fikir kain customer lagi..
2. Buka kedai runcit 


  • Ini impian aku dari dulu lagi..dari zaman aku belum kahwin..aku sangat suka kedai runcit..
  • En Suami pun sokong jugak..
  • Tapi mana nak carik modal..
  • Kalau aku ada duit cash, take over kedai orang pun ok gak..
  • Baru- baru ni aku ada terfikir nak bukak kedai barang Hardware..macam best..hmmm

3. Jual makanan (bukan buka kedai makan) contoh aku jual Roti Jala, Sandwich





  • Dari zaman belajar UIAM lagi, aku dah start meniaga makanan dan macam-macam barang lain contohnya penanda buku, khidmat print color..
  • Roti jala pulak adalah bisnes aku masa kerja dekat Digi..Aku masuk kerja pukul 1, pepagi lagi aku dah bangun tebar roti jala..dengan kari ayam..rajin kan aku..heeee
  • So, mungkin lepas aku dah berenti kerja nanti aku masih boleh ambil tempahan dan jual semula makanan-makanan yang aku pernah jual dulu?

4. Bawa Bas/Van Sekolah


  • Dan dalam banyak-banyak yang aku utara kan kepada En Suami, dia paling sokong yang ini..
  • Mungkin sebab sebaris dengan bisnes yang dia buat sekarang kot, transport..









Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...