Hi...
Berkurun tak update blog..
Bukan malas, tapi kepala aku tak larat nak fikir nak update blog sebab banyakkk sangat hal yang nak di selesaikan..
Yang paling aku fokus adalah buat akaun untuk bapak mertua aku punya company..
Ya ampunnnn...dokumen terabur, dokumen ada yang ada, ada yang takde..
tak pernah langsung ada akaun yang sebetulnya hanya berdasarkan anggaran semata-mata..
Duit masuk dan duit keluar tak di control, baucer ada yang di tulis dan ditanda tangani, tapi banyak yang tiada..
Setahun pendapatan hampir 1juta, tapi TIADA dokumen menunjukkan bayaran, pembelian, perbelanjaan, semuaaa...Ya semua..
Hampir 10 tahun dalam bisnes, akaun yang tepat TIADA..
Aku dah nampak lama perkara ni..
Cuma tak bersuara kepada yang hak..aku cuma suarakan kepada En Suami..
Sampai la satu hari..En Suami bagitau aku..
"LHDN datang pejabat bapak.."
Ya, satu MUSIBAH kalau LHDN datang audit..
Bapak mertua aku, hanya ada AIR LIUR, dan anak dia (rakan kongsi) langsung tak bersuara..
dannn....hasil Audit
Cukai temasuk penalti lewat untuk tempoh bercukai 2013 sehingga 2016 adalah sebanyak RM 100k++ bagi SEORANG rakan kongsi..
Hasil merayu dan rayuan kurangkan bayaran adalah RM78 ribu seorang dan ansuran sebanyak RM4 ribu lebih sebulan selama 18 bulan..
Banyak hokeyh....
27 Mac 2018, aku ke pejabat peguam untuk tandatangan surat Loan, sekali dah ambil cuti aku ingat nak ke LHDN sekali dengan PIL aku..sekali harung jimat cuti aku ken..hikhikhik
Kenapa aku yang kena ke LHDN tu?
Sebab bapak mertua aku dah suruh aku buat akaun dia..untuk tahun 2017
Setahun lepas punya cerita tau..dan macam aku cakap awal tadi, SEMUA BERTERABUR.....
Aku hanya ada akaun dari syarikat yang buat akaun (berdasarkan anggaran, bukan dokumen), dan aku tanya Pn Sunarti LHDN tu boleh ke guna format yang sama dan aku cuba cari dokumen.. Dia cakap boleh, tapi dia akan audit akaun yang aku akan buat tu nanti..
Start hujung bulan 3, aku cari dokumen, beli fail, baucer, alatulis, untuk mula buat akaun..aku mula dari KOSONG..
Dua almari aku selongkar, dan aku korek apa yang ada dalam kereta, (simpan dokumen dalam kereta) semua tempat dengan bantuan mak mertua aku gak..
Kat tempat kerja aku pun aku sambung buat sebab aku tengah bulan, kerja akaun rilek sikit..So fokus kat kerja akaun Company bapak mertua aku je lah..
Sampai mimpi-mimpi tau aku buat akaun nih..
Start dari lepas subuh, sebelum pergi kerja dan kalau hari cuti sebelum anak-anak bangun..sambung ke tempat kerja, dan petang rehat jap layan anak-anak, dan malam aku start buat balik..sampai Adik Solehah nak tidur, aku tidur lah sekali..hahaha..
Penat..
Tapi, sebelum bulan Mei ni, aku dah berjaya habiskan akaun tu, tapi blm sempat nak rekod dalam buku tunai..dan bank..
Yang aku buat hanyalah dalam bentuk excel je..(sebab tak renyah kan nak key in)... Tapi buku Tunai tu penting tau, sebab itu sebenarnya adalah buku catatan pertama dan boleh di jadikan sumber rujukan utama untuk semua dokumen..
Aku ingat nak upgrade Projek Mini Office yang pernah aku buat dulu..
Tapi tunggu dulu lah.. Budget nak buat tu pun nak di ambil kira jugak..
Sambung next entry untuk kenduri Jejak Tanah Adik Solehah..
Comments