Skip to main content

Posts

Ammar Zaqwan

Tiada rezeki Ingat lagi posting pasal anak ke 3 aku kat sini Panjang cerita ni, dan moga aku di beri kekuatan untuk tulis kat sini sebagai kenagan 27 October 2018 (Sabtu) Tarikh aku sepatutnya ke klinik untuk buat routine Check up kat Klinik As Salam, Botani Dari tengahari aku tunggu En Suami balik kerja sebab dia dah janji nak pergi sekali ke klinik. Aku pun tunggu sampai lah hari dah pukul3.30 oetangdan dia masih belum balik. Sakit hati, marah, tension...semua...semuaa...apa yang aku tak rasa??Klinik tutup pukul 5 yer, dan dari Gopeng ke Botani makan masa setengah jam. Masalahnya, dia yang suruh aku tunggu, tapi dia nak tunggu klinik tutup ke macamane?? 3.45 petang, dia masuk rumah, aku dah siap duduk dalam kereta. Dia hanya sempat tukar baju dia. Dan kiteorang terus ke Klinik Sampai Klinik, aku orang yang last sekali staff klinik tu ambil nama. Dah pukul 4.20 macamtu. Check up sekejap jer, dalam 4.50 ptg aku dah keluar dari bilik Doktor dan semuanya OK waktu tu.. ...
Recent posts

Memberi pertolongan dan dikhianati

Lebih memikirkan akibat kepada pesalah daripada memikirkan kesan kepada mangsa .. Lebih kurang seperti, “Kesian dekat perogol tu, kena penjara seumur hidup, kena sebat lagi..siapa nak bagi anak bini dia makan lepas ni..?” Sedangkan yang harus difikirkan adalah “kesian mangsa rogol tu, rosak masa depan dia, mesti dia trauma dengan kehidupan lepas ni..” Ini yang terjadi pada kisah perjalanan hidup aku untuk aku coretkan sebagai suatu pengalaman pahit dalam kehidupan aku.. Bukan…..!! Aku bukan mangsa rogol, tapi aku mangsa kepada seorang manusia yang hampir merosakkan masa depan aku.. Lebih menyedihkan apabila kesan kepada si pemangsa lebih difikirkan berbanding kesan kepada aku.. Dalam perkataan mudah untuk menggambarkan situasi aku sekarang adalah… AKU DIKHIANATI lepas aku memberi pertolongan .. Bak kata pepatah               “Bagai melepaskan anjing tersepit..”

Memasak atau beli makanan di luar atau makan di kedai?

Ya...posting common..tapi... Amat penting bagi aku.. Dari awal perkahwinan, aku duduk di rumah keluarga.. NO!! Bukan serumah, cuma rumah tu takde sape yang duduk kecuali aku dengan suami aku jer.. So, baru kahwin kan..aku bujang pulak terlajak jugak la sikit.. Rumah tu ape barang makanan atau masakan memang takde langsung.. Lepas kahwin kejap duduk dengan mertua, pastu balik sana kemas sikit, pastu balik duduk dengan mertua sekejap sementara nak buat clearing rumah tu yang lama tinggal dan banyak barang yang lusuh dan perlukan kami untuk kemas semula, buang barang yang lama dan tak boleh di pakai dan baiki apa yang perlu.. Rumah tu siap penuh dengan tahi tikus, pernah ada bangkai kucing.. Tapi barang peninggalan arwah mak masih ada kat dalam tu, termasuk perabot, peti ais, mesin basuh..Pinggan mangkuk pun sangat banyak..Dalam stor kat luar tu penuh barang-barang kenduri..Dan pulak masa kenduri tu masak sendiri tak tempah katering..So, habis guna barang-ba...

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk

Setelah lama tidak menjengah ke blog dan menulis.. Setelah lama busy dengan dokumen dan akaun.. Setelah lama tidak mampu untuk melihat ke screen computer apetah lagi untuk menaip.. dan...inilah punca kejadian.. Aku tau tau nak gembira ke nak sedih ker.. Sekali lagi..Aku di sahkan mengandung untuk kali yang ketiga tanpa perancangan.. Aku tak sedia..tapi aku dah boleh jangka.. Dalam masa aku sibuk uruskan dan siapkan akaun syarikat bapak mertua aku, time tulah dia hadir.. Memang aku tak sangka.. Aku memang tak nak, tapi mana tau, En Suami suka sangat dan dia rasa sejak baby ni ada dalam perut aku, macam-macam bentuk rezeki datang..dan tak pernah putus. Alhamdulillah.. En Suami pujuk aku.. Mungkin baby ni bawa rezeki pada kita, mana kita nak tau.. So sekarang jagalah kandungan ni elok-elok.. Masa aku tulis blog ni, kandungan aku dah masuk minggu ke 8.. Dan aku tengah mabuk teruk.. Sangat teruk kalau nak dibandingkan dengan p...

Penyediaan Akaun Syarikat untuk di hantar ke LHDN

Hi... Berkurun tak update blog.. Bukan malas, tapi kepala aku tak larat nak fikir nak update blog sebab banyakkk sangat hal yang nak di selesaikan.. Yang paling aku fokus adalah buat akaun untuk bapak mertua aku punya company.. Ya..akaun..untuk setahun-2017 Ya ampunnnn...dokumen terabur, dokumen ada yang ada, ada yang takde.. tak pernah langsung ada akaun yang sebetulnya hanya berdasarkan anggaran semata-mata.. Duit masuk dan duit keluar tak di control, baucer ada yang di tulis dan ditanda tangani, tapi banyak yang tiada.. Setahun pendapatan hampir 1juta, tapi TIADA dokumen menunjukkan bayaran, pembelian, perbelanjaan, semuaaa...Ya semua.. Hampir 10 tahun dalam bisnes, akaun yang tepat TIADA.. Aku dah nampak lama perkara ni.. Cuma tak bersuara kepada yang hak..aku cuma suarakan kepada En Suami.. Sampai la satu hari..En Suami bagitau aku.. "LHDN datang pejabat bapak.." Ya, satu MUSIBAH kalau LHDN datang audit.. Ba...

In House Training di Office- Interpersonal Skills

Sebelum masuk training, hati macam rasa tak best jer.. Biasalah kena masuk belajar (study) kan..mana ada best.. Sekali dah masuk... nahhhh... sangat  suka  sebab .... dalam training ni trainer ajar macam mana kita nak berfikir, bercakap, buat kerja dengan betul sebagai seorang yang mahu berjaya.. InsyaAllah.. Dalam kehidupan kita, tak kira di rumah atau di pejabat atau pergaulan kita dengan setiap orang yang kita jumpa, pertama sekali kita mesti ubah “Attitude” atau kelakuan kita.. Jika attitude kita adalah BAIK maka kita akan sentiasa berfikiran POSITIVE.(Positive Perception) Positivity akan control emosi kita. Aku suka cara Trainer,Mr Steven Khong ni bercerita.. Dia banyak bercerita perihal anak-anak dia.. Contoh yang diberikan juga berkaitan dengan perihal keluarga dia.. Maksudnya, semua pun bermula dari rumah. Jika kehidupan kita di rumah adalah sangat baik, gembira, happy dan positif, bila kita keluar mencari rezeki, kita a...

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...