Tiada rezeki
Ingat lagi posting pasal anak ke 3 aku kat sini
Panjang cerita ni, dan moga aku di beri kekuatan untuk tulis kat sini sebagai kenagan
27 October 2018 (Sabtu)
Tarikh aku sepatutnya ke klinik untuk buat routine Check up kat Klinik As Salam, Botani
Dari tengahari aku tunggu En Suami balik kerja sebab dia dah janji nak pergi sekali ke klinik.
Aku pun tunggu sampai lah hari dah pukul3.30 oetangdan dia masih belum balik.
Sakit hati, marah, tension...semua...semuaa...apa yang aku tak rasa??Klinik tutup pukul 5 yer, dan dari Gopeng ke Botani makan masa setengah jam.
Masalahnya, dia yang suruh aku tunggu, tapi dia nak tunggu klinik tutup ke macamane??
3.45 petang, dia masuk rumah, aku dah siap duduk dalam kereta.
Dia hanya sempat tukar baju dia. Dan kiteorang terus ke Klinik
Sampai Klinik, aku orang yang last sekali staff klinik tu ambil nama.
Dah pukul 4.20 macamtu.
Check up sekejap jer, dalam 4.50 ptg aku dah keluar dari bilik Doktor dan semuanya OK waktu tu..
Langsung takde masalah..Baby ok, tekanan darah ok, HB ok.
Lepas tu kiteorang balik dan malam tu berlalu macam biasa.
Aku ingat lagi, ada Final Bola, Perak lawan ape ntah, lupa dah aku..
Ada terasa macam..
Baby kurang gerak..Tapi aku sedapkan hati
"Baby penat kot, tido"..Sebab masa tu dah pukul11 malam dan aku still tak tido, padahal setiap hari aku akan tido dalam pukul10 macamtu..
28 Oktober 2018 (Ahad)
Pagi tu aku basuh baju baby yang aku baru beli hari Jumaat 26 Oktober 2018, ada 11 pasang semuanya..Aku beli banyak kali ni sebab semua baju Ammar dan Solehah malas dah aku nak turunkan pada Baby ni sebab dah lusuh sangat..Tapi cuma Baju, yang lain2 barut, stokin, tuala aku masih akan gunakan yang lama..
Aku langsung tak ingat, dan sangat leka dengan kerja rumah dan anak2 dan aku langsung tak tanda gerakan Baby haritu..
Malam dalam pukul9 lebih, aku dah rasa semacam..Baby langsung tak gerak..Aku dah cuba macam cara nak bagi dia gerak, contohnya, minum air sejuk (Done), angkat kaki ke atas (Done), melompat2 (Done) tapi STILL tak gerak!
Aku bagitau pada En Suami, dia tanya nak pergi malamni ker..Atau esok ambil cuti, untuk pergi Klinik..Aku cakap aku nak pergi sekarang, at least kalau takde ape, aku boleh kerja Isnin tu, sebab Cuti Tahun aku dah nak habis sebab awal mengandung sampai la kandungan aku masa tu banyak sangat aku cuti, sebab sakit. Normal la kan, mengandung, bukan semua orang sama..
Malamtu jugak, dalam pukul10 lebih kiteorang keluar dari rumah dan bawak hanya Solehah,Ammar tinggal dengan mak mertua aku..
Cari Klinik sampai ke Silibin, Klinik Dr Raofah. Sebab kat situ boleh scan Baby terus.
Masuk Klinik, tanya bayaran berapa semua, dorang pun buat CTG kat perut aku nak cek jantung Baby..
Lepas sorang, sorang lagi Staff Nurse kat situ buat, dorang tak jumpa langsung Bunyi JANTUNG baby..Aku dah rasa lain.
Allah je yang tau perasaan aku masa tu
Aku nampak muka Staff Nurse tu pun dah lain..Dorang suruh aku ke Hospital Besar Ipoh, serta merta!!
En Suami tanya, berapa bayaran, Staff Nurse cakap, TIADA BAYARAN..dan mata sedih dorang mengiringi kami keluar dari Klinik tu..
Terima kasih staff dari Pusat Pakar Permata Raofah atas jasa korang. Aku akan ingat sampai aku mati.
Kiteorang gerak ke Hospital Besar Ipoh, serta merta. Sampai Hospital dalam pukul 12 lebih pagi..Hampir pukul 1 pagi..
Submit buku pink dan aku disuruh baring untuk cek CTG sekali lagi..Sambil mesin CTG buat reading, aku tabah je dengar bebelan Staff nurse kat situ yang lambat untuk datang ke hospital kalau dah tau baby tak gerak..
Lama....sangat lama dorang alih2kan scanner tu, lepas sorang2 cuba cari bunyi jantung Baby, masih tak jumpa.........
dan aku disuruh masuk ke bilik Doktor..
Masa ni, Solehah dengan En Suami dah OTW balik ke rumah. Solehah mengamuk teruk. Dan aku whatsapp En Suami, yang aku kena ke bilik doktor sebab dah semacam je keadaan masa tu. Dia terpaksa hantar Solehah ke rumah pengasuh dan dia akan datang balik ke hospital lepas tu..
okeyh, sambung part 2 pulak lepas ni

Comments