Hi,
Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)...
Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik..
1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun.
2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di mudah.my kereta yang dia nak tadi tu
3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lupa untuk ambil kereta yang high trade-in value.
3. Survey harga kereta,tahun,jenis dan transmission.
4. Cari kereta,dan kalau dah jumpa periksa dulu condition kereta. Jangan ambil kereta yang dah nak luruh anggota badan nya sudah lah..
5. Kalau kereta takde rekod kemalangan,interior bersih,cat dan sistem enjin semua ok baru tanya harga.
6. Try deal harga untuk proses bayar downpayment sampai ke proses bayaran bulanan dengan pihak penjual.
7. (OK part ni paling penting) bayaran bulanan yang orang tu kena bayar ni korang kena ambil kira
8. Selesai kira,baru proceed untuk apply loan.
9. Jadikan no telefon kita untuk bank contact untuk ape2 urusan contoh bila bayaran bulanan belum dibuat korang akan dapat call atau sms.
10. Bila loan dah lulus, kena pantau pembayaran bulanan jangan bagi sampai lewat bayar atau tak bayar terus.

- gaji korang
- ansuran bulanan kereta yang korang sedang pakai bila dan campur dengan ansuran bulanan kereta yang bakal dibayar oleh orang yg diberi kepercayaan tadi sebab kalau kita dengar cakap dia mesti dia cakap dia mampu nak bayar walau berapa pon..
- kena kira let say dia tak boleh bayar lagi nanti,berapa kos bulanan yang korang kena topup untuk langsaikan hutang bulanan tersebut dan ia takkan membebankan korang
- kalau boleh mintak sikit downpayment yang korang akan simpan untuk tujuan kecemasan. At least 3 bulan bayaran bulanan.
8. Selesai kira,baru proceed untuk apply loan.
9. Jadikan no telefon kita untuk bank contact untuk ape2 urusan contoh bila bayaran bulanan belum dibuat korang akan dapat call atau sms.
10. Bila loan dah lulus, kena pantau pembayaran bulanan jangan bagi sampai lewat bayar atau tak bayar terus.
Aku pernah gak dapat sms dari bank yang bagitau pembayaran belum dibuat untuk current month. Aku terus tanya adik aku dan aku dahulukan duit aku dan kemudian dia bayar balik..
Aku kena jaga jugak jangan sampai tertunggak demi rekod baik aku dalam CCRIS..Sebab untuk loan aku sendiri aku susah2 jaga,tak nak lah sebab kan orang lain aku pulak yang susah di kemudian hari..
P/s :: selain adik beradik aku pon susah nak pecayakan orang dan takkan sanggup guna nama aku even untuk jadi penjamin sekalipon..banyak dah kes yang aku jumpa keliling2 aku ni blacklist sebab jadi penjamin sahaja..
Comments