Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017.
Alhamdulillah...
Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang.
psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat)
Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan.
Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian.
Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan.
Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah.
Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Penolong Pentadbir Tanah (ADO), aku perlu mengisi borang PDS 15 Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk bayaran Duti Stem di atas nilai Hartanah yang dipindah milik tadi.
Selepas selesai mengisi borang PDS 15 tadi, aku perlu ke kaunter LHDN bersama dokumen yang berkaitan;
1. Borang 14A (yang lengkap ditandatangan dan di sahkan)
2. Borang PDS 15, Geran Tanah asal dan salinan
3. Kad Pengenalan Bapa dan anak (salinan)
4. Surat Beranak anak (asal dan salinan; untuk bukti hubungan bapa dan anak bagi mendapatkan potongan 50% kenaan bayaran Duti Stem)
Alhamdulillah, dipermudahkan segala proses..
Dalam masa sebulan, LHDN akan menghantar Notis Taksiran Duti Setem yang menjelaskan nilai hartanah yang ditentukan oleh Pejabat Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) dan jumlah Duti Stem yang perlu di bayar dan perlu membuat bayaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat.
Jika lewat, penalti akan dikenakan di atas kelewatan bayaran.
So, kita tunggu surat itu sampai, baru update di lain entry okey..
Comments