Skip to main content

Virus H1N1 dan Influenza A

Saat aku tulis ni, hati aku sangat tak sedap..
Aku masih di ofis..
Masih mengadap PC dan aku setiap masa pun akan tengok jam..

Lambatnya masa berjalan...Ya Allah...

Baru lepas terima call dari pengasuh anak Solihin dan Solehah aku..
Dia akan ke klinik SEGERA sebab dia dah tak boleh tahan sakit badan dan badan dia sudah menggigil dan lemah..

Aku masih di ofis..

Aku tahan air mata yang macam sungai mahu keluar..mengingatkan anak Solehah yang sudah ada simptom-simptom mahu sakit..

Badan dan ketiak sudah sedikit panas.
Seperti mahu berdehem,mungkin tekak mulai tidak selesa..


Solehah tak pernah diberi ubat dan selama ini demam dia diubati dengan susu dari badan aku sendiri..

Semalam punya cerita..

Aku ke IKEA dengan En Suami..
Saje suker dan semata-mata mahu makan meatball dan rusuk di IKEA..
Aku apply cuti sehari..

Lepas makan, kami decide nak ke Nilai 3..
Aku nak beli karpet untuk gantikan karpet dalam bilik..
Memandangkan masa masih awal, kami pun terus dari Cheras ke Nilai 3..

Baru sahaja memulakan perjalanan ke Nilai 3, Mak call En. Suami..
Aku tak tau butiran hal apa..Cuma ada perkataan yang keluar dari mulut En Suami, "uishh itu bahaya, itu wabak..sekarang ni yang risau anak2 kami jer"

Allah..hati aku dah tak sedap..

Lepas habis bercakap dengan Mak,En Suami cakap dengan aku

"Echa kena H1N1 dan Influenza A, dia dah kena kuarantin di KPJ"

"Kita kena balik awal sikit sebab risaukan anak yang mungkin dijangkiti"

Dari saat itu, sampai la saat sekarang ni, hati aku memang sangat risau..

Tidur malam tadi pun tak lena dan sentiasa berjaga-jaga dan pantau suhu badan anak-anak.

Echa dan anak-anak aku dibawah jagaan pengasuh yang sama..

Pengasuh anak-anak aku dah ke klinik lebih awal dari aku dan En Suami sebab keadaan dia yang dah batuk sehingga muntah..

Aku Google cari simptom-simptom wabak ini..

Sumber BabyCenter


Apakah itu Influenza A (H1N1)?

Influenza A(H1N1) ialah sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit. Simptom selesema ini adalah hamper sama seperti selesema bermusim biasa. Ia juga dinamakan selesema babi kerana ia adalah satu bentuk virus baru yang dikatakan berasal daripada babi. 

Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?

Selesema H1N1 merebak dari individu ke individu sama seperti cara virus selesema lain merebak: melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. Selesema H1N1 sangat mudah berjangkit dan merebak, terutamanya dalam ruang tertutup di mana terdapat kontak yang rapat di antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat. Walaupun digelar "selesema babi" namun penyakit ini tidak boleh dijangkiti daripada pemakanan atau penyediaan daging babi. 

Apakah simptom-simptom Influenza A (H1N1)?

Kesan selesema H1N1 berbeza dari individu ke individu. Sesetengah individu yang dijangkiti virus ini hanya mengalami simptom yang sederhana. Tetapi terdapat juga individu yang boleh mengalami komplikasi seperti penyahhidratan, pneumonia (radang paru-paru) atau kesukaran untuk bernafas. 

Simptom-simptom selesema H1N1 adalah hampir sama dengan simptom-simptom selesema biasa: 
  • demam; dengan mengejut;
  • keletihan atau kurang tenaga;
  • sakit tekak;
  • hidung berhingus
  • batuk;
  • sakit kepala;
  • sakit otot dan sendi.

Selesema H1N1 juga boleh menyebabkan: 

Selesema H1N1 boleh menyebabkan demam yang panas: jika bayi anda menghidap selesema biasa, kadar suhu ketika demam selalunya tidak melebihi 39 darjah C (102.2 darjah F). Jika bayi anda menghidap selesema H1N1, suhu bayi anda boleh mencecah lebih daripada 39 darjah C; 2 darjah lebih tinggi daripada suhu badan normal. Hubungi doktor untuk nasihat jika anak anda menunjukkan tanda-tanda berikut: 
  • demam panas;
  • mengantuk;
  • tidak mahu berinteraksi;
  • telah kehilangan selera makan.

Kanak-kanak yang menghidapi kes jangkitan selesema H1N1 yang teruk kadangkala menunjukkan simptom seperti: 
  • kegelisahan yang ekstrim;
  • kesukaran bernafas;
  • perubahan warna kulit atau kulit berkerut/ berkedut;
  • sawan


Jika anak anda mempunyai gejala-gejala tersebut, sila hubungi doktor keluarga anda, doktor kanak-kanak atau hospital tempatan secepat mungkin. 

Bagaimanakah Influenza A (H1N1) merebak?

Selesema H1N1 merebak dari individu ke individu iaitu sama seperti cara virus selesema lain merebak: melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. Selesema H1N1 sangat mudah berjangkit dan merebak, terutamanya dalam ruang tertutup di mana terdapat kontak yang rapat di antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat. Virus babi seperti H1N1 tidak berpunca daripada pemakanan atau penyediaan daging babi. 

Apakah yang perlu saya lakukan jika anak saya menunjukkan simptom Influenza A (H1N1)?

Hubungi doktor anda dan jelaskan symptom-simptom yang kelihatan serta suhu badan anak anda. Beritahu doktor umur anak anda dan sama ada dia atau sesiapa sahaja di dalam rumah anda mempunyai sebarang masalah kesihatan lain. Oleh kerana virus ini sangat mudah berjangkit, doktor anda mungkin akan memberi diagnosis melalui telefon untuk mengurangkan pendedahan kepada virus H1N1. 

Adakah terdapat sebarang rawatan bagi Influenza A (H1N1)?

Jika doktor anda mengesahkan bahawa anak anda telah dijangkiti Influenza A (H1N1), anda perlu menjaga dia di rumah dan memberi rawatan sama seperti selesema biasa. Pastikan anak anda mendapat rehat yang mencukupi dan memberinya banyak air untuk memastikan dia terhidrasi dengan baik. Jika anak anda masih menyusu badan, teruskan ataupun, jika anak anda sudah mula minum susu formula, berikannya susu formula dan air suam. Jika anak anda sudah mula makan makanan pejal, dorong anak anda untuk terus makan. 

Kawal suhu anak anda dengan menggunakan kipas angin ataupun span basah. Anda juga boleh memberikannya paracatemol untuk kanak-kanak bagi mengurangkan suhu badannya. Ikut arahan pada pakej dengan teliti dan jangan melebihi dos yang ditetapkan. 

Buat masa terdekat ini, masih belum terdapat penawar bagi selesema H1N1, namun begitu, ubat antivirus boleh digunakan untuk melegakan simptom-simptom dan membantu anak anda pulih dengan lebih cepat. Untuk memastikan keberkesanan ubat antivirus, ia harus diberikan dalam tempoh 48 jam daripada permulaan simptom-simptom awal. 

Adakah selamat untuk memberikan antivirus kepada anak saya?

European Medicines Agency, yang mengawasi penggunaan ubat di Kesatuan Eropah, telah menyarankan bahawa bayi dan anak-anak boleh mengambil ubat antivirus yang dikenali sebagai oseltamivir, umumnya dikenali sebagai Tamiflu. Doktor anda akan memutuskan jika ini adalah rawatan yang tepat untuk anak anda. 

Apa yang boleh saya lakukan untuk mengelakkan keluarga saya dijangkiti Influenza A (H1N1)?

Sama seperti selesema biasa, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan untuk mengelakkan jangkitan dan mengurangkan penyebaran: 
  • Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu pakai buang apabila anda batuk dan bersin, dan buangkan tisu itu selepas digunakan.
  • Jika anda tidak mempunyai tisu, tutup mulut anda dengan bahagian dalam siku anda apabila batuk atau bersin, ini akan mengelakkan penyebaran jangkitan ke tangan anda dan akan mengurangkan penyebaran penyakit ini.
  • Selepas batuk dan bersin, basuh tangan anda dengan air suam dan sabun. Gosok kedua-dua belah tangan anda yang bersabun sekurang-kurangnya 15 saat dan bilas dengan air yang banyak. Jika tiada sabun dan air, gunakan pengelap pakai buang berasaskan alkohol atau sanitiser gel.
  • Jangan sentuh mata, hidung atau mulut anda sebab kuman merebak dengan pantas.
  • Basuh tangan anda dengan kerap – virus boleh hidup sehingga dua jam pada permukaan seperti tombol pintu dan telefon.
  • Amalkan diet yang sihat termasuk banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran dan makanan penuh bijiran – keseimbangan ini akan memberikan anda mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C yang akan membantu melawan jangkitan.

Berapa lamakah bayi saya boleh menjangkiti orang lain jika dia menghidapi Influenza A (H1N1)?

Tempoh berjangkit bagi pesakit Influenza A (H1N1) adalah sehingga 7 hari daripada tempoh penyakit itu bermula. Kanak-kanak, terutamanya yang lebih muda, mungkin mempunyai tempoh berjangkit yang lebih lama. 

Bolehkah anak saya diberi pemvaksinan terhadap Influenza A (H1N1)

Kami cadangkan anak anda diberi pemvaksinan terhadap influenza A (H1N1) jika dia berusia antara enam bulan dan lima tahun, dan mempunyai masalah kesihatan jangka panjang seperti: 
  • asma/ lelah;
  • diabetes jenis 1;
  • Penyakit paru kronik.

Vaksin H1N1 termasuk dalam suntikan selsema bermusim, yang juga memberi perlindungan terhadap selesema biasa yang lain. Hubungi doktor keluarga anda atau doktor kanak-kanak untuk maklumat lebih lanjut. 

Jika anak anda di bawah enam bulan dia tidak dapat diberi pemvaksinan terhadap selsema H1N1 atau demam selsema lain. Hal ini kerana suntikan selsema bermusim tidak cukup menghasilkan tindakbalas imuniti pada bayi yang masih kecil. Ini bermakna bahawa suntikan tidak dapat berfungsi untuk melindunginya. 

Bayi-bayi dan anak-anak yang sihat tidak perlu pemvaksinan. Mereka mungkin tidak akan ada komplikasi teruk jika mereka dijangkiti selesema H1N1 atau selsema jenis lain. 


Confirmed H1N1 (Influenza A)!!

Petang Ahad, pagi berlalu macam biasa..Selepas balik dari kerja Jumaat tu, kami terus ke Klinik As Salam untuk minta pandangan Doktor dan rawatan jika perlu untuk Solehah..Nasib baik Ammar kuat sebab dia tak demam..

Doktor As Salam bagitahu simptom-simptom yang perlu kami tengok dan pantau dalam masa 3 hari pada Solehah..

1. Suhu badan yang tinggi melebihi 39' walaupun selepas ubat diberi
2. Ruam pada badan
3. Selsema dan batuk
4. Sesak nafas dan dada bergerak laju

Antara nasihat doktor yang aku ingat..

Petang ahad tu, aku sempat rehat sekejap sebab badan dah start rasa tak sedap..
Dalam masa yang sama aku pantau jugak suhu Solehah..Badan dia agak panas dan suhu 38.3' paling tinggi. Ubat dah di bagi pada pukul10 pagi dan sepatutnya Pukul 6 petang baru sampai masa untuk ber ubat lagi.




Aku cek badan dia, dada dia semua..

Sekali aku tengok ada bintik-bintik kecil di kaki dan tangan Solehah sudah keluar..

Aku terus ajak En Suami ke hospital. Aku tak nak bertangguh lagi.

Kami terus ke KPJ Ipoh untuk cek Solehah..

Doktor ambil sample air hingus dan darah, selepas beberapa jam, doktor sahkan Solehah dijangkiti Influenza A..

Allah...Luluh hati aku..

Berat betul aku rasa ujian Allah bagi pada aku..

Doktor menyarankan kepada kami untuk duduk di wad untuk dikuarantin memandangkan di rumah ada Solihin dan mertua aku yang sangat mudah di jangkiti penyakit itu.

Ahad malam, sehingga ke Selasa pagi, pukul 10 Nurse dah bagi aku discharge Chit untuk aku bawak Solehah balik ke rumah..

Aku gembira sebab tempoh aku duduk di wad tidak lama dan Solehah sudah sihat walaupun ada sedikit lemah dan masih tidak mahu makan dan minum..

InsyaAllah dia akan sembuh seperti sedia kala dan kami perlu beringat selepas ini..























Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...