Lama juga tunggu untuk surat dari Lembaga Hasil untuk Perintah Duti Setem ke atas nilai hartanah yang dipindah milik.
Tarikh dokumen di hantar ke Kaunter Lembaga Hasil di Pejabat Daerah & Tanah pada 4 Disember 2017 dan di janjikan sebulan selepas serahan dilakukan. Pada 10 Januari 2018 baru lah surat sampai ke rumah untuk notis bayaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat untuk mengelakkan penalti dikenakan.
Selepas meneliti kandungan surat yang diterima, dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat iaitu 10 Januari 2018, bayaran harus dilakukan di Pejabat Duti Setem, Lembaga Hasil Dalam Negeri di Pejabat Daerah yang disebut.
Bayaran yang dikenakan adalah berdasarkan Nilai Pasaran hartanah terbabit dan Duti yang sepatutnya dikenakan adalah 10% dari Nilai Hartanah tadi..
Memandangkan hartanah ini adalah pindah milik atas dasar kasih sayang dari Ayah kepada Anak, nilai 10% kenaan Duti tadi akan ditolak 50%.
Rumah yang dipindahmilik kepada aku ni adalah rumah RPT yang nilai Pasaran nya adalah RM35,000 sahaja. Duti setem yang dikenakan (sebelum potongan 50%) adalah RM350 dan selepas tolak 50%, jumlah besar Duti yang kena bayar adalah RM175.
Bagi melengkapkan proses, sila beli Setem Hasil di Pejabat Pos sebanyak amaun yang dikenakan dan bawa surat kembali ke Pejabat Duti Setem tersebut.
Setelah selesai urusan mematikan/cop Duti Setem tersebut, barulah ke kaunter Pejabat Tanah semula untuk mendaftar Geran yang baru yang tertulis nama kita yang memperakukan hartanah tersebut telah berjaya dipindah milik.
Semua urusan untuk Geran yang baru tidak boleh dilakukan oleh orang lain selain dari Pemilik yang baru (aku lah tu) sebabb nanti masa nak daftar kena thumb print jari anda yang montok itu untuk kemasukan ke dalam sistem selamat.
Untuk geran baru yang akan diterima KEESOKAN harinya selepas pendaftaran, perlu membayar sebanyak RM80 jika hartanah bernilai RM35,000.
Kadar ni akan diberitahu oleh Pegawai yang bertugas.
Tugas kita adalah menyediakan seberapa wang yang kita ada..
Ooohh yer..sebelum buat geran baru ni, aku kena bayar cukai taksiran untuk tahun 2018 sesiap..nasib masa tu kaunter lembaga hasil dan kaunter hasil masih di buka untuk aku print dan bayar Hasil untuk tahun ni..
Lepas dah ada Geran boleh la melawat bank untuk proses pinjaman perumahan untuk proses Renovasi rumah untuk dijadikan Homestay..
InsyaAllah..

Comments