Skip to main content

Rumah RPA :: Tak mudah untuk buat pinjaman perumahan

Lepas dah ambil geran baru, aku ambil cuti sehari penuh untuk setel kan hal melawat ke bank-bank yang ada di sekitar Ipoh untuk memohon Pinjaman untuk renovate rumah RPA aku tu..

Dari Kampar ambil geran,aku dan En Suami terus ke Ipoh.

Sebelum aku ambil geran, aku dah siap buat homework bank mana yang interest rendah dan BLR yang sikit untuk aku tanya sama ada boleh bagi aku Loan atau tak.

Aku tengok web imoney.my dan aku masukkan jumlah yang aku nak pinjam dan imoney akan senaraikan.

Bank Rates Comparison

Macam kat atas ni, aku masukkan jumlah pinjaman yang aku nak dan tahun dan tekan Calculate kat situ..So, akan keluarlah semua senarai bank yang mana offer best interest rate..

TAPIIIII.....

Walau aku dah sesiap buat hoemework segala bank, 1st aku singgah adalah Affin bank Cawangan Greentown, Ipoh.

Masuk jer layanan yang cukup baik, tapiii....
Aku start duduk je depan consultants yang ada kat situ, dia tanya aku nak apa..
Aku pun dengan tak confident nya jawab dia, saya nak buat refinance rumah. lepas tu dia tanya aku, value rumah tu berapa dan aku jawab tak sampai RM100 ribu rasanya..
Terus dia cakap, ok..Bank ni tak ambil loan rumah yang kurang dari RM200k..

OK FINEEEE!!!!!!

Aku pun keluar..belum kecewa lagi sebab banyak lagi bank yang aku nak pergi..

Lepas tu aku ke Ambank Greentown jugak yang berhampiran dengan Greentown Mall..

Masuk je aku dah tak confident disebabkan bank yang 1st aku pergi tadi tapi nasib baik amoy Cina ni layan aku baikkk betul..Aku tanya dia nak buat refinance rumah. Lepas tu dia tanya aku value rumah berapa dan aku nak pinjam berapa..

Dah habis cerita semua dokumen pun dah ambil aku pun keluar dengan penuh harapan. Sebab aku rasa macam takde masalah..

Lepas dari Ambank tu aku ke Al Rajhi Bank. Masuk je bank terus jumpa orang yang kat kaunter tu..Dia explain kat aku semua termsuk Bank kami tak buat loan yang kurang dari RM500 ribu..

OK FINEEEE!!!!

Lepas tu aku ke Hong Leong, aku berjaya submit dokumen dan deal dengan Kak Rozita. Walau interest tinggi sikit dari bank tadi, tapi takpe lah..janji aku dapat submit dokumen semua pun kira oklah..Lulus atau tak itu ketentuan Allah..Aku cuma merancang dan berusaha. Selebihnya itu kuasa Allah.Aku percaya perancangan Allah adalah yang terbaik untuk aku..

Aku dapat tau yang value rumah RPA ini hanya RM40ribu. 
Kebanyakan bank tak mahu ambil permohonan kerana nilai yang terlalu rendah. Rumah itu pula dalam tempoh pajakan sehingga 2085.




Banyak lagi kekurangan rumah RPA ini untuk bank beri orang refinance rumah tu. Kak Rozita dari Hong Leong Bank beritahu aku yang proses untuk rumah di bawah dan di atas RM100ribu itu adalah sama.

So, dieorang bank susah nak ambil sebab tidak berapa untung dan jumlah pinjaman sedikit dan memerlukan proses yang banyak.

Aku cuma berharap kepada Bank di Batu Gajah yang akan beri keputusan tentang permohonan aku di minggu hadapan.

Aku sentiasa berdoa untuk dipermudahkan segala urusan. 

Aminnn...


Refinance Rumah

Sekian...



Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno...