Skip to main content

Perjanjian Sewa Rumah Kediaman & Duti Setem (LHDN) (lindungi Hak Anda)

Contoh Surat Perjanjian Sewa Rumah


Duti Setem LHDN

PERJANJIAN SEWA RUMAH KEDIAMAN
PERJANJIAN tersebut di atas telah dimeterai pada tarikh: ____________ di antara:
Nama: Nama Tuan Rumah                                          No K/P:  No IC Tuan Rumah
Alamat: ____________________________________________________________________
Pemilik rumah kediaman tersebut yang terletak di alamat rumah yang mahu disewa
Selepas ini disebut PIHAK PERTAMA

                                                                                       DAN

Nama: ______Penyewa _______________________             No. K/P: __No IC Penyewa________
Alamat mengikut kad pengenalan: __________Alamat Penyewa___________________________
Sebagai penyewa rumah kediaman tersebut selepas ini akan disebut PIHAK KEDUA.

DAN pada tarikh tersebut telah dipersetujui bersama iaitu PIHAK PERTAMA selaku pemilik yang sah rumah kediaman itu kepada PIHAK KEDUA selama _ tahun yang berkuatkuasa mulai _______ 2018 dan akan berakhir pada _________ 201_.

DAN pada telah dipersetujui bersama di antara dua pihak, kadar sewa bulanan mulai dari tarikh perjanjian ini dimeteraikan selama _ tahun ialah RM___ (Ringgit Malaysia: ______ Sahaja)

DAN pada telah dipersetujui bersama di antara dua pihak, sebelum perjanjian ini dimeteraikan dihadapan saksi, PIHAK KEDUA dikehendaki membayar kepada PIHAK PERTAMA seperti berikut:
1.      

B    Bayaran Wang Deposit kadar DUA BULAN SEWA yang berjumlah RM_____ (Ringgit Malaysia _____________)
2.      Bayaran Wang Deposit Air (SYABAS) dan Elektrik (TNB) sebanyak RM____ (Ringgit Malaysia ________)
3.      Bayaran Wang Deposit Perabot dan Kelengkapan Rumah RM______ (Ringgit Malaysia _______)

TELAH dipersetujui bersama diantara dua pihak, PIHAK KEDUA hendaklah membayar sewa bulanannya kepada PIHAK PERTAMA setiap bulan dan tidak lewat dari tarikh 30 HARIBULAN (bulan berkenaan). Dan jika selepas itu, PIHAK KEDUA terpaksa membayar tambahan Wang Deposit bagi bulan berikut.

TELAH dipersetujui bersama di antara dua pihak, PIHAK KEDUA perlu membayar kos penyelenggaraan oleh Pihak Pengurusan ________ sebanyak seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan Bersama _________________.

TELAH dipersetujui bersama di antara dua pihak, PIHAK KEDUA dilarang sama sekali melakukan apa yang disenaraikan di bawah ini:
1.               
          Menjalankan kegiatan berjudi (Judi Haram) di dalam rumah kediaman ini.
2.           Menjalankan kegiatan jual beli atau mengedar jenis-jenis dadah samada di dalam atau pun di kawasan kediaman ini.
3.           Menyimpan senjata api haram yakni tanpa lesen yang sah
4.          Menjalankan kegiatan pelacuran atau kegiatan maksiat samada di dalam atau di luar kediaman ini.
5.      
     PIHAK KEDUA tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada PIHAK PERTAMA. PIHAK PERTAMA akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.

ADALAH juga dilarang sama sekali PIHAK KEDUA menyewakan rumah kediaman ini kepada PIHAK KETIGA ATAU PIHAK LAIN. Kecuali mendapat kebenaran dari PIHAK PERTAMA terlebih dahulu.

ADALAH juga dilarang sama sekali PIHAK KEDUA Mengubahsuaikan rumah kediaman ini kecuali mendapat kebenaran daripada PIHAK PERTAMA terlebih dahulu. DAN jika sekiranya kebenaran diperolehi daripada PIHAK PERTAMA, segala pengubahsuaian yang hendak dilakukan TIDAK AKAN mengubah bentuk bangunan asas rumah kediaman tersebut seperti dalam plan bangunan yang telah diluluskan oleh pihak Yang Berkuasa Tempatan.

TELAH dipersetujui bersama diantara dua pihak, notis perlu diberi oleh PIHAK KEDUA kepada PIHAK PERTAMA untuk menamatkan perjanjian sewaan sekurang-kurangnya SATU BULAN daripada tarikh penamatan kontrak. DAN PIHAK KEDUA hendaklah menyerahkan rumah sewaan kepada PIHAK PERTAMA dalam keadaan baik, bersih dan sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah dengan teratur dan sempurna. PIHAK KEDUA juga hendaklan mengeluarkan semua peralatan , kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki apa jugak kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan yang telah dipasang.

PIHAK PERTAMA berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan memberikan notis dalam tempoh sekurang-kurangnya DUA BULAN kepada PIHAK KEDUA atau dengan membayar ganti rugi yang sewajarnya.
Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak disenaraikan dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA dari semasa ke semasa.



Tandatangan                                                                                                            Tandatangan
                                                                                                     
________________________                                                                                   _______________________
(PIHAK KEDUA)                                                                                                   (PIHAK PERTAMA)
Nama:                                                                                                                        Nama: _______________________

No K/P:                                                                                                                     No K/P: _________________


Lepas dah siap semua surat ni, boleh la hantar kepada Bakal Penyewa untuk isi dan lengkapkan bahagian yang diperlukan.

Lepas dah lengkap, sila bawa borang ke Pejabat LHDN untuk beli setem hasil dan pihak LHDN akan maklumkan berapa yang korang kena bayar berdasarkan tempoh sewaan dan jumlah sewa bulanan yang korang akan dapat.




Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lupa untuk a

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno