Skip to main content

Photobook Malaysia :: Print Gambar yang Melambak dalam Handphone

Hi semua,

Ni nak cerita pasal satu benda yang sangat best..

Memula dapat tahu pasal cerita ni bila terbaca dekat Facebook, member masa study dulu upload satu gambar yang dia print gambar 100 keping dengan harga RM10 sahajaaa...murah lepastu sangat mudah..

Aku pun dah lama sebenarnya nak print gambar anak-anak yang ada dalam handphone especially sebab banyak gambar yang ada dalam handphone yang dapat melalui whatsapp, yang kita ambil sendiri, hilang macamtu jerrr...

Rasa rugi sangat sebab banyak sangat gambar yang esok-esok akan jadi memori untuk kita. 

Dari hari ke bulan, dari bulan dah 2 tahun dah Ammar Solihin tu, taakkk jugak berprint gambar dia especially masa dia berpeha "KFC"...


Masa ni dekat Klinik As Salam Botani, bawak Ammar untuk CheckUp pastu Doktor yang attend kiteorang cakap, ni ape (sambil tunjuk peha Ammar), ni KFC ker..
Macam gambar ni, akan jadi memori sampai bila-bila untuk kami sekeluarga, betapa hebatnya kuasa susu Ibu membesarkan Ammar sampai jadi berbingkah-bingkah macamni..hahaha

Pernah 1 kali phone aku memori jadi penuh sebab penuh dengan video dan gambar anak-anak. 

Belek-belek dalam memori, padam mana yang tak nak, tetiba tertekan padam kat gambar "Miscelleneous" yang ada dalam tu adalah gambar dari apps Whatsapp yang banyak orang hantar gambar kat kita..

Sayangnyaaaaa....

Lama dah simpan gambar tu semua dari start beli telefon ni, tahun 2015 rasanya.. 
Dari awal kahwin, dari mengandung, berjalan sebelum ada anak, sampai la semua gambar Ammar Solihin membesar, semuaaaaa hilang macamtu jer....

Nangis jugak la masa tu, tapi memang tak boleh recover balik semua gambar-gambar tu..

So, lepas dari tu memang nekad nak print semua gambar yang sesuai untuk di abadikan sebagai sebuah memori (waaahhhh kemahin ayat).

Belek dalam page shopping online, Lazada offer dari Photobook Malaysia sangat muraaaahhh...

1st sekali yang aku pilih adalah Softcover Book yang berharga RM1 yang kita boleh print melalui Apps yang di download dari Google Playstore dekat handphone kita. Dalam kepala dok ingat nak beli 2 buku untuk Ammar & Ammara untuk gambar yang ada dalam handphone sahaja. 


Print Gambar mudah dan murah



Bayangkan RM1 sahajaaaa.....cuma pilih gambar dan hantar, dan dalam masa 7 hari selepas kita dah siap pilih semua gambar, buku yang dikehendaki sampai depan pintu...yang kita perlu bayar cuma kos penghantaran iaitu RM8 ke seluruh Semenanjung Malaysia..



Print Gambar mudah dan murah

Selain dari buku, aku ambil Poster A3 jugakk...murah jugak tau RM2.90 sahajaaa, dan sangat mudah nak buat ikut macamana yang kita suka..

Yang paling menarik, aku beli kalendar yang di customized kan ikut kita suka macamana..pun sangat mudah cuma pilih template yang kita nak, cuma perlu pilih gambar ataupun Sticker-sticker yang Photobook bagi dan design! 


Print Gambar mudah dan murah
Macam ni la reka bentuk Kalendar yang aku dah buat..

Ini salah 1 dari page yang ada untuk kalendar 2018 Rauda..

En Suami pun suka dengan Kalendar ni..sebab siapa yang 'family typed' person ni memang akan simpan semua gambar dan akan ingat semua memori yang jadi dalam hidup dia..

Banyak lagi yang boleh kita buat dalam page Photobook Malaysia ni..Macam-macam design  yang kita boleh buat, semua gambar boleh di print dan di simpan di dalam album untuk kenangan hari-hari mendatang kita..




Selain dari pekej print gambar yang murah, Photobook pun bermurah hati jugak..tetap nak selitkan voucher dan free gift untuk pembelian seterusnya..Marketing strategy jugak lah ni kennn...

So, sesiapa yang berminat boleh la pergi sendiri ke Web ataupun shopping je kat Lazada atau online page yang lain..

psssttttt.......lagi murah kalau beli jer dekat page Photobook sendiri..bukan kat Lazada..cubalah compare..kot kot dapat harga yang lagi murah walaupun dah murah dah kiranya..hahaha..















Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...