Skip to main content

Penyewa Rumah

Selepas aku pindah keluar dari rumah, aku memang bagi sewa rumah tu  dekat orang..

Start dari kawan baik aku yang asalnya kami serumah sampai la sekarang Abam Bomba, newly weds sewa rumah tu untuk duduk dengan wife dia yang datang dari Sabah..

Start dari tahun 2011, kawan baik aku sewa sampai tahun 2013 sebelum aku kahwin dieorang duduk rumah tu dan sewa masa tu pun dalam RM300 sahaja..

Hujung tahun 2013, aku dah start iklankan kat mudah.my untuk sewakan rumah aku tu kat orang lain sebab kawan baik aku tu kena tukar tempat kerja ke Kedah dan lagi sorang tu ke Puchong (nak ulang alik agak jauh kalau stay kat rumah aku) 

So, aku bukak iklan kat mudah.my untuk rumah sewa dan hanya mahu pasangan berkahwin sahaja yang menyewa rumah aku tu dan hanya yang beragama Islam memandangkan rumah aku tu ada peti ais, pinggan mangkuk, bantal, tilam segala..So, agak strict sikit la golongan yang aku kena pilih.

Tapi....Alhamdulillah sebab memang setiap kali pun hanya pasangan yang akan berkahwin ataupun Baru kahwin jer yang datang tengok rumah..

2 kali jugak pasangan yang baru berkahwin duduk rumah aku tu..Sebab apa?

Sebab... rumah aku masa tu partially furnished, ada peti ais, katil bujang, tilam, toto, bantal, TV, meja makan, rak TV, dapur memasak dan gas, dan lain-lain lagi peralatan kecil.

So, tau lah kan orang baru kahwin ni, baru nak mula hidup, banyak barang takde lagi, dan duit dah banyak habis untuk buat kenduri..faham tu...faham sangat..hiks...

Bila aku dah letakkan barang contohnya peti ais dan dapur memasak tu dah cukup untuk dieorang memulakan hidup baru..mesin basuh sebenarnya ada jugak, tapi adik aku lebih memerlukan,so dia rembat..hmmmm

Sepanjang tempoh masa aku sewa pada orang tu, Alhamdulillah, bayaran tak pernah missed, cukup masa dah masuk je duit, rumah di jaga rapi dan tiada sebarang masalah dan complaint pun..

Contoh nya macam penyewa pertama ni, pasangan ni baru berkahwin dan suami dia adalah bakal pensyarah di UITM Shah Alam (masa tu lah) sangat BAGUS...yer...baik sangat...yang perempuannya teramat lah rajin dan rumah aku cantek sangat dieorang jaga..


Bandar Saujana Putra

Rumah ni kecik jer..Tu yang table top tu abah aku buat sendiri masa proses renovate rumah sebelum aku masuk rumah ni dulu..Ceita kat sini..


Bandar Saujana Putra

Ini Bilik pertama..Dia buat bilik tidur dialah..katil tu dia beli dari kawan aku yang duduk sama dengan aku sebelum aku pindah. Kawan aku malas nak berangkut sewa lori bagai, dia jual jer kat pasangan ni..kemas kan..


Bandar Saujana Putra

Ini bilik kedua..inilah katil bujang yang aku letak untuk dieorang tu..Tempat iron tu pun aku punya jugak..sekali pekej dengan tikar tu..hahahaha

Bandar Saujana Putra
Ini ruang tamu yang berhadapan dengan bilik..
Tengok sofa tu, almari TV, meja kopi, meja makan tikar & kapet serta langsir semua aku letak untuk penyewa..

Alhamdulillah, di jaga rapi..

En Suami, sangat terkejut dengan perubahan keadaan rumah ni sebab masa 1st time tengok rumah ni, dia cakap macam bukan rumah..

Bila kami datang rumah ni balik masa nak hantar TV yang dah rosak, masuk je rumah, dia terus macam terpegun..

KEMAS nyaaaa.....

yup, memang kemas..gambar yang dieorang bagi ni pun masa dieorang nak pindah keluar dah masa tu ... sebab suami dia dapat transfer ke UITM Kedah.

sob sob sob...

Sayangnya dia dah nak pindah keluar sebab tak tau lagi masa tu akan dapat tak penyewa yang macam dia lagi..

Sampai lah ke Penyewa yang seterusnya, pun baru jugak kahwin..
Baik jugak..berbudi bahasa dan dari segi bayaran sewa sangat punctual..
Rumah pun di jaga dalam keadaan yang sangat baik..
Dia duduk pun tak lama, itupun atas sebab kesihatan dia terpaksa pindah keluar..
Dia cerita kat aku, dia mengandung, dan uri ada di bawah dan ada pendarahan. Dah pernah keguguran sekali, so, untuk kali kedua dia tak sanggup dan terpaksa cari alternatif lain. 

Ya aku terpaksa terima alasan dia..takkan aku nak paksa pulak kan..

Alhamdulillah, rumah tu tak pernah kosong bila ada jugak orang lain yang sewa rumah tu ngam ngam masa penyewa kedua tadi tu keluar..

Disebabkan ada anak kecil dan mengandung dalam jarak yang agak dekat, kami tak pernah nak jenguk rumah tu dan tengok atau jumpa dengan penyewa kami tu.

Sampailah masa dia pun nak pindah keluar dari rumah tu, dan masa ni aku hanya tunggu hari untuk melahirkan..urusan rumah ni, janji dengan potential penyewa, nak cuci rumah ambil kunci semua En Suami seorang yang buat..

Pernah jugak kena tipu dengan orang yang berjanji nak tengok rumah, dari Perak En Suami dah pergi sana, tapi sampai jer tengok dia tak datang pun..Ya Allah, bengang nya masa ni.. Lepas dari tu, kami ambil keputusan untuk biarkan jer rumah tu kosong sampai aku habis pantang anak kedua.

Keadaan rumah tu agak teruk, pecah, kotor dan sangat berterabur di buat oleh Penyewa yang ketiga tadi.

Cukup masa aku hampir habis pantang, aku cepat-cepat iklankan semula kat mudah.my rumah untuk disewa..

Alhamdulillah..lepas dah betul-betul janji dengan penyewa yang sekarang nih, dan kami ke Bandar Saujana Putra semula untuk bagi kunci dan deal dengan penyewa baru ni.

Dia pun sangat ok dan senang berurusan...
Sampai ke hari ini, sewa bulanan tidak pernah culas dan berharap dia menjaga kebersihan rumah tu dengan baik macam penyewa yang pertama tu..















Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno...