Skip to main content

Pemantauan tahap perkembangan anak-anak

Bagi ibu bapa, mendapatkan cahaya mata, semestinya satu kebahagiaan. Tapi selepas itu, mulalah tanggungjawab membesar dan mendidik. Perkembangan yang paling penting ialah selepas kelahiran sehinggalah umur bayi menjangkau setahun. Pada waktu inilah bayi anda akan mula mengalami pelbagai perubahan yang perlu diberi perhatian.

Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada 4 aspek utama. 
Pertama, perkembangan kasar kanak-kanak, 
kedua perkembangan pergerakan halus, 
ketiga perkembangan pertuturan dan 
keempat ialah perkembangan sosial kanak-kanak.

Pada awal kelahiran hingga ke usia 3 bulan, ibu bapa boleh melihat perkembangan fizikal kanak-kanak dari keempat-empat aspek yang telah diterangkan tadi. Antara perkembangan normal anak-anak yang ketara dari segi pergerakan kasar ialah mereka mula pandai menggerakkan tangan dan kaki secara aktif. Bertindak balas terhadap suatu rangsangan fizikal serta memusingkan kepala kiri dan kanan.
Jika ibu bapa rasa ada kelainan pada si manja anda mengikut umurnya jangan bertangguh lagi. Antaranya adalah:
2 BULAN
-Tiada respon untuk bunyi yang kuat
-Tiada senyuman kepada orang
-Tidak membawa tangan ke mulut
-Apabila dibaringkan di atas perut, bayi tidak dapat mengangkat kepala ke atas
4 BULAN
-Mata tidak mengikut arah objek yang dipegang
-Tidak senyum kepada orang
-Apabila dalam posisi duduk, kepala masih belum dalam keadaan stabil
-Tiada sebarang bunyi-bunyian dibuat
-Tidak memasukkan objek ke dalam mulut
-Tidak dapat menolak kaki ke bawah apabila bayi dipegang berdiri dengan tapak kaki di atas permukaan yang keras
-Mempunyai masalah pergerakan sebelah mata atau kedua-dua mata dalam semua arah
6 BULAN
-Tidak dapat mencapai objek dalam jangkauan
-Tidak menunjukkan perasaan kasih sayang kepada penjaga
-Mempunyai kesukaran untuk memasukkan objek ke dalam mulut
-Tiada respon kepada bunyi di persekitaran
-Tiada bunyi-bunyian ‘vowel’ dibuat seperti ‘ah’, ‘eh’, ‘oh’
-Tidak dapat berpusing dari depan ke belakang atau belakang ke depan
-Tiada ketawa atau tiada bunyi-bunyian riang dibuat
-Badan terasa keras dengan otot-otot yang keras
-Badan sangat lembik seperti patung mainan kainan
9 BULAN
-Tidak dapat menampung berat badan dengan kaki apabila dipegang berdiri
-Tidak dapat duduk dengan bantuan
-Tiada bunyi-bunyian seirama seperti ‘mama’, ‘papa’, ‘dada’
-Tiada respon apabila nama dipanggil
-Tidak dapat mengenali orang yang biasa dilihat
-Tidak melihat ke tempat yang ditunding
-Tidak memindahkan barang mainan dari satu tangan ke tangan yang lain
1 TAHUN
-Tidak merangkak
-Tidak dapat berdiri apabila dibantu
-Tidak mencari objek yang anda cuba lindung di hadapan kanak-kanak tersebut
-Tidak mengutarakan satu patah perkataan seperti ‘’ibu’, atau ‘ayah’
-Tidak mempelajari cara mengoyangkan kepala atau ‘bye-bye’ apabila ditunjukkan
-Tidak menunding jari ke objek
-Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai
1 TAHUN 6 BULAN
-Tidak menundingkan jari ke objek yang ingin ditunjukkan kepada yang lain
-Tidak dapat berjalan
-Tidak mengetahui kegunaan objek biasa yang dilihat di rumah
-Tidak meniru perilaku orang lain
-Tidak mempelajari perkataan baru
-Tidak dapat bercakap sekurang-kurangnya 6 patah perkataan
-Tidak mengendah atau tidak perasan apabila penjaga tidak berada di sisi
-Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai
2 TAHUN
-Tidak menggunakan frasa dengan 2 patah perkataan seperti ‘nak susu’, ‘bagi bola’
-Tidak tahu kegunaan barangan biasa di rumah seperti berus gigi, telefon, garpu, sudu
-Tidak meniru perilaku dan perkataan
-Tidak dapat mengikut arahan mudah
-Tidak dapat berjalan dengan lancar
-Skil-skil yang pernah ada kini telah dilupai


Sumber: kelabmama.com

Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...