Sesajer jengah ke page mudah.my , klik di bahagian rumah untuk dijual, cari Bandar Saujana Putra untuk surver harga rumah.
Rumah yang sama aku beli pada tahun 2009 iaitu Rumah Pangsa Impian, Bandar Saujana Putra. Agak terkejut dengan harga sekarang. Harga hartanah sekarang memang tak tercapai dek akal fikiran kalau tengok pada harga nya.
Lain harga pada tahun sebelum 2015. Ni aku nak cerita pasal rumah aku nan 1 ni..
Lepas grad, sebulan aku terus dapat kerja di Taiping di bahagian Customer Service Center sebagai Contract Staff.
Dalam masa yang sama aku cari jugak kerja yang lain. Masa tu dalam Jobstreet lah sebab selain internet yang ada iklan kan jawatan kosong hanyalah surat khabar (tahun 2008). So agak limited sumber maklumat yang aku ada.
So, dengan nama jawatan yang aku sandang di Telekom tu, aku diterima kerja di Digi Telecommunication Bhd di Subang Hi-Tech bahagian yang sama. Gaji yang diterima ada perbezaan jugak dan aku kira-kira berbaloi untuk aku pindah dan berhijrah duduk di bandar besar.
Masa aku di Telekom, mak abah aku ada belikan aku kereta,Viva. So, dari segi pengangkutan kalau aku nak berhijrah pun takde masalah.
Peringkat permulaan aku duduk dengan kakak sepupu aku yang masa tu menyewa di Shah Alam. Tak lama lepas tu aku pindah ke rumah yang hampir dengan tempat kerja iaitu di Pinggiran Subang. Sewa 1 rumah flat masa tu RM400 (sangat murah yer kalau nak bandingkan sekarang tahun 2017).
Aku duduk kat situ dan dalam masa yang sama aku cari rumah untuk di BELI pulak sebab masa rasa macam rugi menyewa. Dan boleh di katakan kalau beli rumah, lebih kurang macam bayar sewa, so lebih baik beli untuk pemilikan jangka panjang.
Aku start ronda dengan kawan baik aku, dia ada jugak bagitahu aku, kalau aku beli rumah, dia boleh duduk dengan aku sebab masa tu dia duduk dengan makcik dia dan dia berniat nak pindah keluar.
So petang-petang lepas habis kerja, aku start ronda area Shah Alam, Subang dan sekitarnya untuk cari rumah yang mampu untuk aku miliki dan beli. Tapi, masa ni Flat yang aku jumpa, semua harga seunit hampir RM100k. Agak tinggi komitmen dan aku tak berani nak beli sebab masa ni aku hanya contract Staff bukan Permanent. Bila-bila masa yang company tak nak aku kerja, aku boleh ditamatkan contract serta merta dan bila-bila masa. Aku kena jugak kira masa ni commitment yang lain macam PTPTN dan kereta Viva tadi. termasuk bil telefon, utiliti, kos ulang alik kerja dan balik kampung. Semua kena ada kiraan yang betul termasuk dana kecemasan sekiranya terjadi musibah. Aku mahu elakkan beban komitmen yang agak tinggi jugak masa tu.
Masa jalan-jalan survey, sampailah aku ke Bandar Saujana Putra, hampir dengan Putrajaya, dan di tepi highway ke KLIA dan berhampiran dengan Putra Height yang masa tu yang ada rumah Flat, Apartment, Teres setingkat dan 2 tingkat. memang tak banyak macam sekarang tahun 2017 dan masa tu kebanyakan rumah adalah rumah LELONG. Kedai pun tak banyak, hanya sebaris di kawasan rumah teres setingkat jauh ke dalam bandar itu sendiri. Aku sendiri tak tahu akan perancangan apa yang akan di buat pada masa akan datang.
Penduduk yang ada di sana kebanyakannya adalah melayu yang bekerja di Subang bukan Putrajaya kerana di sana rumah dan sewa rumah masih murah jika di bandingkan dengan kawasan Subang.
Banner untuk rumah Lelong tu pun kebanyakannya dah lusuh, menunjukkan yang kawasan tersebut belum ada orang mahu duduk dan pemilikan rumah dirasakan tidak berbaloi jika nak dibandingkan dengan Subang dan Shah Alam.
Aku ambil no ejen hartanah di bunting dan banner yang digantung di pagar dan dinding rumah-rumah yang ada di situ. Aku dapat dalam 4-5 senarai nama ejen untuk dihubungi. Sehinggalah aku dapat call Jennifer, untuk mendapatkan maklumat tentang unit yang nak di lelong.
Dia hantar SMS (masa ni takde whatsapp) senarai rumah dan tarikh lelong. Aku terus bagitahu arwah Mak dan Abah, dieorang setuju nak bagi aku duit deposit. (Inilah untungnya melabur kepada orangtua kita).
Masa tu harga rumah yang aku nak beli tu hanyalah RM22,400 dan depo 10% hanyalah RM2,240. sangat murah!!! dan kebanyakan unit yang dilelong untuk tingkat 4 dan blok lain adalah pada nilai yang lebih kurang dengan unit yang aku nak beli tadi.
Jennifer hantar SMS tentang bayaran deposit dan kami ke bank RHB di Shah Alam untuk buat TT untuk depo.
Masa ni, pada aku, ilmu hartanah ni memang ZERO! Mak abah pulak hanya tahu tentang pemilikan rumah dan bukan belian melalui Lelong. Masa ni jugak, bukan macam sekarang, info semua di hujung jari. Aku masih di takuk kampung yang baru nak memulakan hidup di bandar besar selepas tamat belajar.
Serius memang takut sebenarnya untuk buat TT tu sebab terlalu banyak kes tipu yang terjadi. Mak dan Abah pun macam takut-takut jugak. Yelah, masa tu , 2009 bagi kami RM 2,240 tu BANYAK dan kami bukan orang senang.
Lepas dah buat TT tu, sampai hari yang ditetapkan untuk lelong rumah tu, Mak Abah datang dari Perak dan kami terus ke Menara Yap Kwan Seng berhampiran dengan KLCC.
Takut, teruja, tak tahu, bingung, SEMUA ADA!!
Memang kami anak beranak sangat takut dan rasa kerdil sangat.
Alhamdulillah, Jennifer buat Semua urusan untuk kami orang kampung ni.
Sampai lah masa si Tukang cakap (pe Lelong) tu announce yang rumah aku nak beli tu TIADA PEMBIDA kecuali aku..maksudnya rumah tu aku boleh terus beli tanpa bertanding atau berlawan harga dengan orang lain.
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Rasa syukur sangat ditemukan dengan ejen yang dipercayai dan dipermudahkan segala urusan.
Selesai urusan Lelong tu, Jennifer siap beri aku contact untuk Bank dan Lawyer untuk aku uruskan sendiri perihal pindah hak milik dan Loan.
Lepas selesai proses Lelong tadi, kami anak beranak terus ke rumah di Saujana tai untuk JENGUK rumah yang aku akan beli tu. Mak Abah terkejut, sebab yang ada dalam kotak fikiran dieorang adalah rumah lama yang sudah diduduki dan berlumut/berkarat semua.
TAK, memang salah semua tanggapan dieorang tentang rumah tu. Bila naik je ke tingkat 4 (masa ni sian sangat kat Mak, sakit kaki) tengok rumah, dieorang happy sangat! rumah baru yang belum pernah diduduki tapi kotor. Yelah, orang tak pernah duduk kan, ntah owner lama tu pun dah takder masa rumah ni siap di bina. Mak dan Abah dah siap rancang nak buat apa dengan rumah tu, maksud aku, renovate dan buat apa semua.
Lepas dari tu, aku kena buat semua sendiri. Tapi Jennifer lah bahan rujukan aku.
Yelah, kan aku ni memang Zero knowledge bab-bab beli rumah ni semua..
Bermulalah episod aku uruskan tentang pindah milik dan apply Loan di Bank RHB cawangan SS2 di Damansara Jaya Petaling Jaya. dan masa ni aku BUJANG dan Single, maka ke sana ke mari semuanya aku SENSORANG!
Loan aku LULUS dengan baki harga rumah selepas bayar deposit 10% tadi sebab rumah lelong kita tak boleh up jumlah loan. So, urusan selepas itu, semua kena bayar dengan duit poket sendiri termasuk tunggakan Bil Elektrik, Air, Indah Water kecuali cukai taksiran, termasuk kos renovasi.
Semua tu aku akan cerita di lain entry yer..
Comments