Skip to main content

Susun Atur :: Label Maker Jenama Brother (P-touch)




Hi, 

Harini nak buat entry pasal susun atur untuk topik label..

Baru-baru ni aku beli Label Maker Jenama Brother untuk series P-touch 1100 untuk complete kan susun atur barang aku.

Memula dulu aku gigih buat label guna tulisan sendiri, tapi bila tengok balik, ya Hampunnn...BURUK!!
hahaha

Ada jugak inisistif nak print dan tampal, tapi nak lebih efisien aku beli jelah mesin ni..berguna jugak sampai bila-bila (selagi tak rosak) untuk susun atur.

Tentang cara penggunaan, serius, mesin ni sangat user friendly iaitu sangat mudah digunakan. 
Ada banyak function dan design yang kita boleh pilih untuk pelbagai kan design label kita.

Harga masa beli mesin ni adalah RM129 di 11th  Street (Online) dan dapat percuma 1 label tape.

Baloi jugak untuk pelaburan dalam jangka masa panjang.


Fungsi label ni untuk aku;

Pertama sebab barang yang aku simpan semua di dalam bekas dan laci. Bila simpan di dalam bekas/kotak/laci untuk memudahkan kerja mencari barang. Terutama untuk orang selain diri sendiri contohnya En Suami. Takpayah la dia kena bukak satu-satu laci dan bekas untuk cari 1 barang. Pastu asyik la kena jawab, "sayang, barang ni kat mana, barang tu kat mana". walaupun dia tanya, bila mana aku cakap ada kat sini, ada kat situ, dengan label yang aku dah buat ni akan lebih mudah untuk dia ambil barang tu.

Kedua sebab senang untuk kita jugak bila nak kemas barang, dan kategori kan barang untuk tempat letaknya di mana, kot kot terlupa.

Ketiga, untuk mudahkan kita labelkan contohnya tarikh untuk sesuatu barang tu iaitu tarikh luput. aku jugak labelkan barang tu, beli di mana dan bila supaya senang nak keep track. Nak catat dalam buku nota atau planner semua, agak leceh (bagi aku la) sebab kadang-kadang lupa jugak. Lebih baik tingkatkan penggunaan label ni untuk kemudahan di masa akan datang.

Contohnya, macam kotak sarung bantal ni la kan, kalau tak letak Label, makanya En Suami memang susah nak jumpa kat mana sarung bantal di simpan. Aku jugak ada kemudahan untuk suruh dia tolong aku cari/ susun sarung bantal dan barang-barang lain.




Label untuk susun atur

Bukan setakat guna untuk kat rumah je tau, aku jugak buat label guna mesin ni untuk barang-barang aku kat ofis supaya barang yang aku nak guna hari-hari itu mudah untuk di cari dan kemas tersusun.

okay...





Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno...