Skip to main content

Pengurusan Kewangan Keluarga (Bajet 2018)

Cara membahagikan duit gaji ke dalam akaun simpanan

Since aku ni adalah "working Mom" yang mempunyai gaji sendiri, so amatlah perlu untuk aku membuat perancangan ke atas kewangan aku sendiri

Sebenarnya, jadual kat bawah ni dah lama aku nak follow, cuma untuk tahun ini, aku masih tak boleh nak anggarkan berapa perbelanjaan bulanan yang sebenar oleh kerana tidak menjangkakan akan mengandungkan anak aku yang kedua, Ammara Solehah.

Setelah hampir setahun, sekarang dah nak masuk 8 bulan, aku dah boleh anggarkan perbelanjaan bulanan aku tambah pulak sekarang dia dah start makan, yang stok makanan dia aku akan topup setiap minggu.

ehhh bukan tanggungjawab laki ko ke???

aah, memang dia yang bagi duit, tapi kadang-kadang aku ada jugak guna duit aku sendiri untuk berbelanja tak kira untuk anak atau untuk diri sendiri..

Simpanan adalah amat penting..
Perancangan kewangan keluarga juga sangat penting di zaman serba serbi mahal ni.

Aku juga dalam proses nak bina rumah sendiri, dan InsyaAllah untuk beli rumah dari abah aku (cerita kat sini) dan semua itu memerlukan perancangan yang amat teliti.

Perancangan dari segi kewangan, tempat, masa etc.

Bukan senang!!

Tambahan pulak, sekarang ni semua nya memerlukan duit yang banyak sebab semua mahal.

Aku dan En Suami juga sentiasa mahu elakkan beban kewangan yang tinggi dan cuba untuk meminimakan kos seharian. 
Ini penting, sebab En Suami adalah peniaga di mana kadang-kadang apabila perniagaan tidak berapa nak untung, adakalanya jugak, memerlukan kos yang sangat tinggi, masa inilah simpanan yang ada perlu dikeluarkan. 

Sebab tu, dalam perancangan kewangan perlu ada Tabung Kecemasan.

Peribadi

Akaun Tabung Haji
Target : RM100 / sebulan = RM1,200/setahun

Akaun Tabung ASB
Target : RM 50 / sebulan = RM600/setahun

Akaun MySyiling Happy
Target : RM0.50 sehari
Anak-Anak

Akaun Tabung Haji Anak-anak
Target  : RM50 seorang / sebulan = RM600 / setahun (2 orang)
Jumlah Kasar : RM1,200 / setahun


Keluarga

Akaun Kecemasan
Target : RM100 sebulan = RM1,200/setahun

Akaun Cuti-cuti Family
Target : RM50 sebulan = RM600 / setahun

Akaun Belanjawan Family
Target RM30 sebulan = RM360 setahun



Dalam Jadual kat atas ni, aku bahagikan simpanan gaji aku kepada 3 bahagian.

psssttt Ini gaji aku je tau, tak masuk dari En Suami

1.  Peribadi
      Peribadi ni maksudnya adalah untuk diri aku sendiri.
      Aku ada dua akaun simpanan pelaburan iaitu Tabung Haji dan ASB.
      Sebelum ni aku ada buat ASB Loan, tapi disebabkan dividen ASB yang amatlah tak berbaloi untuk simpanan melalui Loan ASB tu, so aku Withdraw dan aku buat simpanan aku sendiri mengikut                     komitmen yang macam aku bayar Loan ASB tu sebelum ni.
     Untuk Akaun di Tabung Haji, aku tertarik dengan perkongsian dalam facebook baru-baru ni tentang dividen Tabung Haji telah diambilkira pembayaran Zakat ke atas simpanan kita. So, aku memang selalu akan simpan lebih ke dalam Tabung Haji berbanding dengan ASB.
     Setiap syiling yang ada selepas pembelian, selalunya aku akan simpan terus ke dalam tabung. 

2. Anak-Anak

Sebahagian Gaji aku juga ada untuk anak-anak aku. Aku paling tak suka ayat 
"alah, esok dieorang dah besar pepandai la cari sendiri"

NO..aku akan simpan jugak sikit-sikit sekurangnya untuk perbelanjaan dieorang untuk melanjutkan pelajaran.
Aku banyak ambil tips dari Senior Akaun (Berbangsa Cina) di ofis aku. Dia start menabung untuk anak dia dari anak dia lahir lagi. Cukup umur 18 tahun, duit yang dia simpan/labur untuk anak dia cukup untuk bayar yuran belajar anak dia, dan walaupun ada yang tanak belajar tinggi, duit tu cukup untuk anak dia buat modal untuk apa juga yang anak dia nak buat untuk bina masa depan dieorang, contohnya berniaga.

Untuk anak-anak aku, setiap sorang dah buat akaun Tabung Haji awal-awal. 
Hasil dari duit pemberian orang yang datang melawat masa baru lahir, duit Hari Raya, duit masa kenduri Akikah dan Jejak Pantang Tanah, termasuk dengan duit Gaji aku yang aku peruntukkan untuk dieorang.
Alhamdulillah..InsyaAllah duit tu adalah untuk masa depan anak-anak aku.

3. Keluarga

Dah jadi tanggungjawab aku jugak lah sebab aku ni adalah seorang isteri dan Ibu yang bekerja, untuk membantu dari segi kewangan keluarga..
kalo tak membantu lebih baik tak yah kerja kennn...
So, aku harus masukkan jugak duit aku dalam perancangan kewangan keluarga sekurangnya untuk duit pergi bercuti..heh heh heh
letih kerja oiii...mesti nak bercuti sekali sekala..
Jadi, kenalah ada perancangan. 
Sebelum perancangan, kenalah ada simpanan..ye ke idok...

OK, nak bebel ini sahaja untuk hari ni..
Semoga perkongsian kali ni bermanfaat dan kalau nak share dipersilakan..
Semoga bertemu di next Entry..



      



















Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...