Tergerak hari ni nak bukak cerita tentang bajet nak buat Majlis Perkahwinan
Salah satu sebab nak berkongsi lepas terbaca 1 perkongsian di web Persona Pengantin bertajuk "Tak dosa buat majlis biasa-biasa, janji tak berhutang"
Klik sini untuk baca
Aku sendiri, untuk majlis kahwin betul-betul menggunakan wang hantaran dan duit simpanan sendiri untuk majlis kahwin, sama seperti En Suami.
Kami tidak membuat apa-apa pinjaman dari Bank atau ibu bapa atau adik beradik atau seangkatan dengannya..
TIADA..
Semua yang kami rancang,adalah mengikut bajet yang kami ada..
YA tidak nampak gah, aku pun tidaklah seperti putri kayangan berbaju gaun meleret2 dan tidak pula ada majlis tukar baju segala. Semua dalam bajet, tiada yang dibelanjakan dengan berlebihan melainkan asalkan yang datang semua dapat makan dan gembira hadir ke majlis aku.
Nak tengok gambar majlis kahwin? Klik kat entry ni
Bajet yang aku keluarkan untuk majlis sebelah aku (nikah dan bersanding) iaitu Jumaat & Sabtu
ZR ::: Pelamin dan Baju Pengantin yang pekejnya tidak sampai RM3k
ZR ::: Khemah & kanopi untuk Tetamu serta pengantin kosnya hanya RM1,800 kerana aku buat majlis di rumah, tiada dewan yang cantik dan berpenghawa dingin untuk tetamu yang hadir.
ZR ::: Goodies yang di buat sendiri dan di packing sendiri yang kosnya tidak melebihi RM500.00
ZR ::: Makanan yang dimasak sendiri hanya perlu membeli bahan mentah dengan kos tidak sampai RM6k untuk seribu lebih jemputan
ZR ::: Makeup (kerana tidak mahu diandam oleh seorang mak nyah yang nyata seorang lelaki bukan mahram) untuk kesemua majlis termasuk majlis di rumah En Suami dengan kos sebanyak RM600.00 sahaja
ZR ::: Hiasan bilik Tidur yang dibuat sendiri (DIY) dengan kos tidak sampai RM200.00
ZR ::: Photographer untuk abadikan kenangan yang terindah untuk majlis kami (Tiada video atau Sesi Pra Perkahwinan) kerana tiada peruntukan untuk itu. Cas untuk kesemua majlis termasuk dirumah En Suami dan outdoor hanya menelan belanja RM1,540 sahaja.
ZR ::: Langsir rumah yang dijahit sendiri oleh makcik aku dan hanya perlu membeli kain RM500.00
ZR ::: DJ untuk memeriahkan majlis yang belanjanya tidak sampai RM500.00
Aku tidak menolak fakta yang ada jugak terima sponsor dari abah aku tetapi tidak sampai RM5k dia keluarkan duit dia untuk kenduri aku.
Berbeza untuk majlis adik beradik aku yang lain, semasa arwah mak masih ada, kebanyakan kos ditanggung oleh kedua mak abah aku termasuk majlis adik aku yang berkahwin ketika masih belajar.
Rezeki...
Ini orang kuat kenduri aku (Sepupu dan Pakcik) untuk Majlis aku yang bermula dari Khamis petang (masak), Jumaat (Nikah) dan Sabtu (Sanding).
Walaupun kami tidak berhutang untuk majlis perkahwinan kami, kehidupan selepas berkahwin jugak tidak mudah untuk dilalui apatah lagi apabila sudah mempunyai anak.
Seeloknya, elakkan berhutang semata-mata untuk kelihatan gah di hari perkahwinan dan menanggung hutang untuk kehidupan selepas berkahwin.

Comments