Skip to main content

Tips:::untuk Menjalankan Perniagaan Homestay


Dalam entry aku kat sini, aku ada nyatakan untuk buat bisnes homestay kalau ada rezeki untuk menambah pendapatan. Sekarang ni aku sedang mencari tips-tips untuk buat bisnes homestay ni dan park kat blog ni untuk rujukan di masa akan datang. InsyaAllah.

 So entry kali ni, aku nak share jugak perkongsian dari Blogger terkenal tentang 


KRITERIA

Disini ada beberapa keadaan yang rumah (aset) tersebut digalakkan untuk dijadikan Homestay:-
1.     Rumah Yang Dibeli tidak diduduki
2.    Rumah Yang Disewa tidak diduduki
3.    Rumah Yang Dibeli /Disewa berada di lokasi pelancongan 
4.  Rumah Yang Dibeli/Disewa berada di lokasi institusi pembelajaran dan pekerjaan


FAKTOR-FAKTOR MENJADIKAN UNIT KEPADA HOMESTAY

1.     Berada di kawasan yang strategik (Pelancongan, Institusi Pendidikan dan lain-lain)   
2.    Tidak diduduki (perlu pasif income untuk membayar ansuran bulanan)                       
3.    Unit Pangsapuri kecil dan mudah diuruskan oleh keluarga sahaja
4.    Unit berada di bahagian atas sekali
5.    Unit tidak menghadap unit yang lain tetapi menghadap bukaan tangga dan pemandangan
6.    Menerima tiupan angin di kawasan korridor
7.    Mempunyai korridor yang luas dari unit lain. Sesuai untuk aktiviti bersantai dan bbq


CARA PEMBAYARAN

Alhamdulillah...setakat ini, permintaan sangat tinggi sehinggakan kami perlu mensyaratkan bagi mereka yang nak booking unit tersebut pada tarikh-tarikh tertentu perlulah mendepositkan sejumlah wang bagi semalam. Jika tetamu ingin menginap 3 malam, tetamu perlu mendepositkan harga deposit 3 malam. Kemudian apabila tetamu sampai dan check in, tetamu perlu bayar baki bayaran dan deposit lain pula sebagai jaminan kebersihan dan peralatan homestay kamiApabila check out, tetamu akan dipulangkan semula wang deposit jaminan tadi. Mudah bukan?

KEUNTUNGAN 

Bagaimana keuntungan boleh dibuat dengan homestay? 
Contohnya:
Kos Pembelian Unit Rumah = RM90,000 (unit apartment jenis kos rendah)
Bayaran Ansuran Bulanan = RM500 sebulan
atau 
Kos menyewa rumah = RM500 sebulan
Menghias unit = Kos perabot rm2000-rm5000 (limitkan budget)
                        Kos kelengkapan elektrikal rm2000 (termasuk aircond)
                        Kos peralatan Dapur rm1000 (termasuk peti sejuk saiz kecil)
                        Total = rm 5000-rm10000
Yuran sewa unit semalam = RM150 semalam
contoh tetamu ingin tinggal 3 hari = rm150 x 4 = rm600 
(baru 4 hari dah dapat tampung ansuaran bulanan/kos sewa rumah
Jika sewa untuk sebulan atau lebih seminggu, boleh nego secara lump sump sebagai harga belas kasihan (dah untung tak perlu market kan unit itu pada jangka masa panjang) misalnya rm1500 sebulan (fully furnish and equipment) kos api dan air ditanggung sendiri oleh tetamu/penyewa.

TARGET TETAMU/PENYEWA

Apabila lokasi homestay di tempat yang strategik, hampir setiap hari ada tempahan homestay. Misalnya lokasi kami di bandar baru bangi, hot spot bagi pelajar , peniaga dan pekerja swasta mahupun kerajaan. 
Apabila tiba musim konvokesyen, tempahan bertalu dan tetamu menginap beberapa malam
Apabila tiba musim perayaan tetamu terdiri daripada mereka yang ingin menziarah keluarga atau peniaga yang ingin menjalankan perniagaan di bandar baru bangi
Apabila hari biasa, tempahan biasanya daripada pekerja yang bertugas atau perlu berkursus di Niosh dan sebagainya . Mereka ingin bawa keluarga sekali dan perlu menginap dalam tempoh yang agak lama.
Di bandar baru bangi juga merupaka pusat perubatan dan pusat kebajikan islam seperti Darussyifa, Pusat rawatan Az-zahrah dan juga Aman Palestin. Jadi kami menerima tetamu dari kalangan petugas, pesakit dan kaum keluarga yang datang menziarah.
Oleh kerana kami berhampiran UKM dan UPM, kamis ering menerima tempahan dari kalangan pelajar berbangsa arab yang sedang buat master. mereka bawa keluarga dan perlukan penginapan.
Kita perlu senaraikan dahulu siapa target tetamu/penyewa kita berdasarkan kemudahan/pusat / institut yang berada di sekeliling unit kita.

MARKET 
cara market kan homestay kita mudah saja. Jika tidak mahu marketkan secara fizikal (pasang banner/bunting), boleh juga lakukan secara alam maya seperti iklankan di mudah.my , facebook, blog atau pun website.
Jangan lupa marketkan kepada kenalan dan juga saudara mara. Turut penting untuk marketkan pada jiran sekeliling unit sebab ada juga jiran yang buat kenduri khawin dan keluarga dari jauh perlukan tempat tidur tetapi rumah mereka tidak muat dan sempit. Jadi pilihan utama mereka pasti kepada homestay yang kita sediakan. Mudah bukan?  

DOKUMEN

Dokumen lain yang boleh membantu pengurusan Homestay menjadi lebih cekap, effisyen dan dipercayai adalah dengan adanya :-
1.     Buku daftar masuk tetamu
2.    Borang check in
3.    Borang check out
4.    Borang maklumbalas
5.    Buku resit
6.    Fail salinan IC tetamu

MENGHIAS UNIT

Tak perlu susah untuk menata rias homestay. Asalkan tahu konsepnya, ia akan nampak kemas dan menarik.

  • Mengwujudkan ruang 
ruang berehat dan menonton
ruang makan 
ruang masak
bilik tidur (sekurang-kurang nya 3 bilik)
bilik air (sekurang-kurangnya 2 billik air)
  • Lengkapkan Dengan Perabot 
Set Meja makan (sekurang-kurangnya untuk 4 orang) 
Sofa (sekurang-kurangnya untuk duduk 3 orang)
Meja Kopi (Side table)
Katil queen saiz di bilik tidur utama (bilik saiz paling besar)
Katil queen saiz/2 katil single di bilik kedua (bilik saiz sederhana)
Katil single / katil saiz single bersama tilam sorang di bawah katil (bilik saiz kecil)
Almari di bilik tidur utama (sekurang-kurangnya 2 pintu)
Almari di bilik kedua / tempat sangkut pakaian/ penyidai
Almari satu pintu / hampaian pada bilik ketiga
Perabot dapur (untuk letak tempat memasak, rice cooker dan kettle)
  • Sediakan peralatan elektrik
Peti sejuk saiz kecil
Rice Cooker saiz kecil/sederhana
Tempat masak (boleh juga disewakan bersama gas bila tetamu/penyewa ruquest)
Air cond
Air panas (water heater)
Iron (Setereka)
Kettle
TV
  • Kelengkapan lain untuk Keselesaan   
Set pinggan mangkuk dan sudu garfu
Tisu
Towel
Alas kaki
Carpet
Sejadah
Telekung
Kain pelekat
Al-quran
Pasu bunga
Iron board
Lukisan / hiasan dinding
rak kasut
Tong sampah
sabun pencuci pinggan mangkuk
kelengkapan bilik air

HOMESTAY KAMI SEKELUARGA 

Homestay kami belum la sehebat mana. Cuma ia boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berniat atau baru nak memulakan perniagaan homestay ini bagi menjana pendapatan tambahan atau pendapatan utama

Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...