Salam..
Hi...
Dalam keadaan emo untuk update entry nih..
Dapat call dari seseorang untuk meminjam sejumlah duit untuk di buat sebagai modal..
Tetapi dia adalah seorang peniaga yang sudah lama berniaga dan bila mahu memulakan sesuatu projek, dia akan gelabah sotong mencari modal di sini sana..
Apabila beliau sudah mendapat bayaran di atas projek yang sudah siap, modal sudah habis digunakan untuk membayar hutang dan untung hanya tinggal sedikit untuk di buat belanja..
Mengikut kepada kefahaman aku yang tidak berniaga dan hanya dengan makan gaji ini, formula mengira keuntungan atau wang akan kita dapat setelah berniaga adalah ;
Harga Jualan RM 1,000.00
(-) Kos Barangan RM 500.00
(-) Lain-lain kos RM 100.00
Untung RM 400.00
Modal yang ada akan kekal RM500.00 untuk kos barangan kerana hasil jualan kita adalah RM1,000.00.
Kita tidak akan menggunakan wang modal sebagai untung malah "untung" dari hasil jualan tadi boleh juga terus di jadikan sebagai modal tambahan untuk kita mengembangkan lagi perniagaan kita.
Apa akan terjadi sekiranya menggunakan modal sebagai untung?
Sekiranya modal adalah juga untung, dengan apa kita harus gunakan untuk memulakan sesuatu projek lain atau membeli barang untuk dijual?
Ini adalah asas sesuatu perniagaan yang seorang peniaga perlu tahu sebelum memulakan sesuatu perniagaan.
Tetapi, insan yang menghubungi aku tadi sudah lama berniaga bahkan sudah berpuluh tahun dan seharusnya beliau tahu akan asas berniaga.
Mengapa beliau masih sentiasa tercari2 sumber modal untuk projek yang kecil yang modal untuk projek berkenaan sepatutnya sudah ada didalam akaun beliau..
Apabila ditanya, beliau menyatakan modal tersebut sudah habis untuk membayar hutang untuk projek yang lepas..
LANGSUNG tak boleh faham konsep perniagaan beliau..
Diharap beliau akan terus berniaga dan sentiasa ada orang yang boleh memberi beliau modal.
Sekian coretan luahan hati seorang pemakan gaji bukan peniaga...

Comments