Skip to main content

Resipi dan Penyediaan Makanan Bayi 7 bulan

<img src="makananbayi.png" alt="kepahbakar">

Baru-baru ni viral pasal resipi #chefmommynis kat FB pasal resipi makanan untuk anak yang baru nak start makan.

Dah macam tau tau je aku memang memerlukan resipi ni semua bagai sebab Ammara Solehah dah boleh makan!!


Resipi Dan Penyediaan

Resipi Dan Penyediaan

Resipi Dan Penyediaan

Resipi Dan Penyediaan

Resipi Dan Penyediaan

Resipi Dan Penyediaan

<img src="makananbayi.png" alt="kepahbakar">

Makanan Bayi 7 Bulan

I is Excited hokeyh.....

Sebenarnya, Solehah dah start makan sikit2 dari umur 5 bulan sebab pengasuh dia bagi.

Aku macam kurang senang tapi alasan dia aku terpaksa terima sebab Solehah kurang nak minum susu dalam botol.

Susu tu adalah susu badan tapi Solehah memang ada masalah tak nak minum susu tu dari botol, tapi kalau ngempeng bukan main suka..kejap2 kang nangis panggil suruh baring atas tilam dia nak ngempeng..

Pastu, genap umur 6 bulan, pergi Routine Check-up kat Klinik Kesihatan, nurse bagitau yang dia dah boleh di beri colid food dalam bentuk bubur atau puree.

Aku dah tau, yelah bukan anak pertama, tapi aku nak start bila anak dah masuk umur 7 bulan which is bulan ni.

Tapi bila fikir balik, pengasuh Solehah pun dah start bagi dia makan, aku pun slowly buat jugak bubur untuk dia.

1st bubur dia, Uci (MIL) aku yang tolong buat, ada nasik lembik dan ikan bilis.

Laju hokeyh dia makan..Aku pun agak excited jugak jadinya.

Maka, pencarian menu dan resipi aku lakukan lah dari saat itu. Dan dalam misi pencarian itu, ada pulak lah VIRAL resipi keknis tu..rezeki terpijak lah orang kata..hahaha..

Tapi untuk masa awal2 perkenalan bayi kepada makanan, seeloknya kita ajar dia makan bubur nasi sahaja tanpa ada ikan bilis atau apa2 bahan lain. Yelah, kang dia langsung tak kenal nasik tu kang payah jugak. 

Masa ni MIL aku agak tak suka aku buat macamtu sebab dia kata sangat plain. Kesian budak tu nanti. Aku cakap takpe sebab nanti dia akan makan nasik dengan lauk, contoh ikan bilis dan brokoli, Carrot, Selery dan ayam semua. Buat masa ni memang plain dan aku anggap dia macam susu lah..Cuma ianya beras.

Alhamdulillah, Solehah makan jugak.

Waktu pagi aku bagi nasi plain tu, petang aku masak lagi dan kali ni aku letak nasi dan carrot dan serbuk ikan bilis yang aku buat sendiri dari ikan bilis yang digoreng tanpa minyak (sangai).

Beberapa menu dan resipi yang aku ada untuk Solehah

1. Nasi, Carrot, serbuk ikan bilis (dikisar sehingga jadi seperti Puree)
2. Nasi, Brokoli & serbuk ikan bilis (dikisar sehingga jadi seperti Puree)
3. Nasi, Brokoli, batang Celery, ikan bilis (dikisar sehingga jadi seperti Puree)
4. Nasi, Brokoli, Carrot, celery dan ayam yang digoreng dengan Olive Oil (dikisar sehingga jadi seperti Puree)
5. Ubi kentang direbus, Brokoli di Stim dan Cheese, di lenyek dan bila nak makan di campur sedikit dengan air atau susu ibu.

Untuk bayi yang 7 bulan ni, sebenarnya menu yang perlu dipilih adalah lebih kepada pengenalan kepada makanan dan tidah terlalu heavy. Aku sendiri belum memperkenalkan Solehah kepada buah2an sebab aku nak dia rasa dan biasa dengan nasi dahulu.

Solehah masih kuat menyusu lagi walaupun aku dah start bagi dia solid food.

Kalau masa bekerja, pengasuh akan bagi dia makan 2 kali sehari, tapi kalau Sabtu dan Ahad atau hari cuti, aku hanya bagi dia sekali sehari sahaja sebab dia akan selalu mintak susu dan aku tak sampai hati untuk tak bagi susu pada dia. So, dia tetap akan kenyang walaupun hanya dengan susu ibu..heeee



Yang ni aku buat untuk Solehah. kebanyakan sayur yang aku buat adalah lobak, Brokoli, saderi dan baru-baru ni jagung..

Untuk sumber protein, aku selalu guna Ikan Bilis yang disangai dan dijadikan serbuk ataupun ayam yang digoreng dengan Olive Oil.


Baru-baru ni aku ada guna Kacang Peas tapi Solehah macam tak berapa suka. So lepas tu aku cuma guna apa yang dia suka jer..

Setakat umur 7 bulan ni, aku belum cuba selain dari sayur yang aku guna sekarang ni. 

Mungkin bila dah masuk umur 9 bulan aku akan start bagi dia Cendawan, Ubi rebus, Bayam etc..

Sabar sabar...

Memang agak excited bila nak masak makanan anak ni. Pengasuh pulak cerita macam Solehah kekurangan makanan semalam, macam tak puas makan. Lagi lah berkobar aku nak buat makanan untuk dia nih.


Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lupa untuk a

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno