Mak mertua mintak tolong untuk transform Mini Office dia dan bapak mertua yang ada dekat ruang tamu rumah.
Dia request untuk letak sama macam rak Kallax aku dalam bilik
(Kalau nak tengok susun atur ada kat sini)
Tapi, untuk letak Kallax di tempat di mana sepatutnya Mini Office ni ada, sangat tak sesuai sebab;
1. Mini Office ni ada di ruang tamu, (Yes, ruang tamu adalah tempat mak bapak mertua aku buat kerja dieorang dan ada 1 set meja makan kat situ untuk dieorang selalu buat conference)
2. Kucing banyak dan keluar masuk dan dikhuatiri kalau buat terlalu OPEN untuk dokumen2 dan barang2 office semua tu, akan mendedahkan kucing untuk "mengencing" di situ (Ya, dah pernah jadi) So, aku kena cari rak/almari yang bertutup untuk simpan barang2 mini office ni
3. Untuk printer, aku nak letakkan di satu bahagian yang agak tinggi supaya anak aku Ammar Solihin, tak dapat pegang Printer tu dan main segala ink dan kertas di situ.
4. Almari yang kena ada mestilah tinggi dan sedikit bertutup supaya sentiasa nampak kemas untuk simpan fail2 dokumen semua.
Pada awal perancangan aku, aku dah terfikir nak buat rak lekat dinding terus contoh macam gambar kat bawah ni.
Ok untuk rak kat atas ni, bila aku tunjuk dekat En Suami, dia cakap ini boleh buat sendiri ni. Dah nama bapak mertua pun kontraktor kan, stok kayu ni, dan barang2 untuk pasang rak ni semua ada je kat rumah. Tapi, masalah aku,
1. Ruang untuk buat rak macam ni agak terhad sebab mini office kat ruang tamu tu di sudut yang akan diletakkan rak macamni hanya berkeluasan 2kaki x 1.5kaki so macam tak cantik kalau nak buat berbelit macamni.
2. Agak payah untuk potong kayu dan proses pemasangan kerana perlu mengharapkan orang lelaki which is En Suami yang kerja tak tentu masa dan tak akan boleh fokus untuk buat kerja ni bila Ammar Solihin pun akan Tolong drill kan screw tu semua.
So, aku mula memikirkan alternatif lain untuk rak untuk mini office ni..
Dalam misi mencari idea so keluar lah gambar2 kat Pinterest macam kat bawah ni..
YESSSS...
I like...sorok printer tu dan bila nak guna tarik keluar dan pasang..aku suka sangat idea macamni..
Hmmmm...
Godek web Ikea Malaysia, try customized Stuva Series untuk jadi almari dengan Pull out shelves sebab ada gambar dalam Pinterest hanya guna Stuva Series.
Tapi malangnya, aku tak suka pintu almari untuk Stuva yang look like exactly pintu almari baju dalam bilik..Dan harga puntak berapa "Wallet Budgeted Friendly" hahaha
Ada jugak try untuk Customized Pax Wardrobe, pun sama jugak, agak costly plus untuk handling agak payah..
So, godek lagi web Ikea, aku jumpa yang kat bawah ni, Brimnes series yang aku rasa harga agak reasonable dan sesuai dengan ruang dan penggunaan mini office ni nanti.
Kenapa Ikea, sebab aku rasa senang nak mix & match kan susun atur dan lebih praktikal. Aku banyak kali ambil langkah untuk tidak menggunakan barang Ikea, end up semua jadi huru hara dan akan lebih membazir bila aku nampak semua semak dan start nak ubah keseluruhan ruang. Why not kali ni aku terus je set untuk beli barang Ikea terus dan tak payah keluar survey di kedai2 perabot kat Ipoh ni.
Okeyh...
Aku decide nak gunakan dua rak macam kat bawah ni.
Aku dah sukat2 semua, dan langsir yang sedia ada akan ditukar kepada Blinds dan lebih kurang macam ni
Wahhh...sangat excited..
Hahaha..aku pulak yang excited..
Ok nanti update bila dah siap okey..




Comments