Skip to main content

Idea Deko:::Mini Office Kat Rumah (Part 2:Sehari di Ikea)

Cuti Deepavali 1 hari jer iaitu pada hari Rabu..

Since Mak mertua aku awal pagi lagi dah tanya jadi ke nak ke IKEA nak beli barang untuk projek mini office dia (cerita kat sini) so aku decide nak ke Kuala Lumpur pun dalam pukul 9.30 pagi..

Lepas dah siap kan makanan anak dan anak2 kami gerak dari rumah pukul 10.45 pagi..Agak lewat dan semua kerja terpaksa dibuat dengan laju. Nak singgah makan bersantai-santai pun tak sempat. Betul-betul singgah beli kopi dan roti untuk makan dalam kereta sahaja.




Sampai Ikea dalam pukul 12.15 tapi Ya Ampunnnnn ramainya orang..

Nak masuk ke parking Bay Ikea tu sahaja dah makan masa, masuk pulak nak cari parking pun dah 1 hal. Dah setengah jam cari parking pun still tak dapat jugak..

Last sekali aku cakap kat En Suami yang aku terpaksa masuk dulu dan dia kena tunggu dalam kereta sampai dapat parking..

Berlari jugak aku masuk dalam tu cari barang..

Tak sempat nak belek ape pun.. sempat ambil 2 3 keping gambar sebelum turun ke kawasan self service untuk kutip barang..(agak sedih tapi sebab pergi dalam keadaan kelam kabut aku redha jer). Masa aku nak turun ke bawah tu, En Suami dah pun dapat parking dan masuk ke dalam Ikea nak cari aku. So kami sama-sama turun ke bawah. 





Sampai kat tempat ni aku stop sekejap nak cedok idea..

Set almari Hensvik ni memang aku suka sangat..

Design macamni kalau buat untuk Ammara Solehah pun cantik kan..


Aku stop dekat sini jugak sebab aku plan untuk Mini office ni nanti guna Stuva macamni yang boleh customized tempat printer nanti.


Wahhh nak tiru idea ni nanti untuk bilik Ammar Solihin..


Ini Total harga kalau kita nak buat sebijik yang ada dalam gambar kat atas tu..


Masa ni sesak sangat. Nak cari barang pun susah..Troli nak tolak tu pun dah elak ramai sangat orang.

Tarrraaaa...Inilah hasilnya...





Deko Mini Office Di rumah

Masa ni kiteorang suruh Nani tolong beratur nak baya..Kami dah lapar oiii...dah dekat pukul 3 petang dah masa ni..Laparrrrr...

Tapi masuk cafe, Ya Ampunnn ramainye orang...Nak beratur dah 1 hal, aku nak cari tempat nak duduk pun dah jadi hal..

Tengoklah ni..




Berjaya menyumbatkan almari tu ke dalam kereta Persona..
Terer betul En Suami kiter..wewewwe...

Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...