Skip to main content

Berlagak KAYA

Terbaca artikel di page FB OH!Media pasal orang melayu yang berlagak kaya i.e Gila Nak Tunjuk Kaya..



Baca:::Perbezaan antara Kaya Gila dengan Gila nak Tunjuk Kaya by Dean Kadeer


Kaya Gila vs Gila Nak Tunjuk Kaya
By Dean Kadeer
Setakat artikel ini ditulis,ana belum menemui lagi Warren Buffet dan Mark si Founder FB berselfie terkinja-kinja untuk menunjukkan kekayaannya(samada show off kereta,duit,cincin dan rumah).Warren Buffet masih tinggal dirumah yg dibelinya pada tahun 1958 dgn harga USD 31,500.
(Re-post artikel atas permintaan pembaca.Gambar tidak ada kena mengena dgn artikel)
Kereta Hitam itu adalah kereta yg dipandu Mark Zuckerberg ke ofis.Katanya beliau tidak suka dikenali(Masyaallah humble nya orang kafir)
Kereta Coklat itu adalah kereta manusia no 2 terkaya dunia,Warren Buffet yg selalu digunakannya.
Ada 2 jenis kaya,satu "Kaya Gila" dan satu lagi "Gila Nak Tunjuk Kaya".Yg kaya gila kebanyakkannya kafir,yg gila nak tunjuk kaya kebanyakkannya Melayu.
Bukan susah nak kenal yg kaya gila.Rockefeller,Bloomberg,Bill Gates,Vincent Tan,Warren Buffet,Robert Kuok dan lain-lain billionaire di dunia.Yg ini spesies Singa.Duit tak habis.Either you suka atau tak suka,ana ada duit berbillion sbb ana pandai buat duit.I dont care what do you think of me.
Yg gila nak tunjuk kaya pun ramai dan senang nak cam.Biasanya public figure Melayu yg ramai terlibat.Yg mcm ni namanya spesis kambing,berak tahik warna hitam macam makjun.Kaya jenis suam-suam kuku.Baru jadi jutawan dah kena kejutan budaya.Dan biasanya kaya mereka tak lama.
Skrg dalam Msia spesis mcm ni boleh tgk kat FB.Contohnya bila nak shopping kat Louis Vutton atau beli beg tangan Chanel,Marc Jobs atau Hermes,mereka buat video atau selfie(dgn harapan orang puji).Bila nak order kereta mewah,bgtau satu dunia.Rumah 10 juta under construction pun nak tunjuk pada semua orang(supaya SAH lah aku jutawan).Anak beli Bentley pun kena cerita supaya anak aku levelnya tinggi drp hangpa semua.Ini perangai kaya suam-suam kuku,sbb tu kena bgtau orang ramai atau pengguna bahawa dia kaya.Dia takut orang tak tau dia kaya so nanti orang ckp bisnes dia tak maju.So mesti mau jaga imej "kaya"(tanda bisnes hebat).Ini namanya orang kaya tapi low class.Sbb mereka ingat class terletak pada material.Pakai Prada tapi otak tak ada.
Berlainan dgn spesis Singa,mereka tak perlu selfie depan Louis Vutton utk bgtau "aku mampu",sbb mereka mmg mampu.Satu dunia tahu mereka mampu.Nobody cant stop them to buy.Yg lawaknya,si Melayu jenis kaya suam-suam kuku nak beli beg tangan mahal tapi tanya harga,nampak sangat tak cukup kaya.Orang kaya gila mana ada tanya harga.BOOOOOO.Yg suka tunjuk kaya saja tanya harga takut duit tak cukup.Orang kaya gila(spesis Singa),mentaliti nya "I want this,I will pay".
Orang kaya gila,habitatnya mmg kaya.Mindset mereka mmg kaya.Cara berfikir mereka mmg kaya.Sebab mereka kaya melalui proses yg bernilai dan matang.Mereka tak perlu tunjuk "kaya" sbb nak approval dari orang ramai.Mereka tak perlu selfie dlm helikopter bgtau "I dalam Heli yg I beli 5 juta semalam".Atau "today I naik bisnes kelas belanja kawan-kawan sbb bisnes dah boom,habis 50k,tapi takpe nanti tuhan tambah lagi".
Spesis Singa beli beg tangan harga 200k bg mereka takde masalah,macam RM20 je.Mereka pakai sbb mereka mampu dan puas,bkn nak bgtau orang yg mereka mampu.Yg kaya suam-suam kuku kena tunjuk di FB atau twitter utk bgtau dia spend 20k beli beg tangan.Nampak sgt dia excited jadi kaya(culture shock).Org kaya gila mcm Bloomberg atau Bill Gates,money has no value to them,bcoz its already there.They are already successful.Meaning "I have the power".The money flows like water.Yg kaya suam-suam kuku kena bgtau satu dunia betapa hebatnya jadi kaya,lalu kena tunjuk rumah dah ada 5 bijik.Tgh plan nak beli lagi 5 bijik.So terpaksa ambik gambar dan posting di media sosial.
Biasanya public figure yg suka tunjuk kaya berjayanya tak lama.Sebab fokus mereka nak tunjuk kaya.Cuba bagi satu nama towkey produk Melayu yg dah buat produk yg dah bertahan selama 50 tahun,dan pergi ke peringkat dunia,ada?Normally yg suka menunjuk ialah yg perangai "beruk dapat bunga".Terkejut sbb jadi kaya.
Kaya atau materials is a product of success.Tapi di Msia ni ramai yg bongok dan puja-memuja public figure sbb kaya.Terkedu tgk hebatnya sikaya pakai Ferrari.Orang kafir,mereka value success,bkn materials.Mereka hormat orang sbb nilai sukses,bkn materials.Mereka nak tau mcmana Mark sukses buat FB,bkn nak tau Mark boleh beli apa.Bukan nak tgk Mark pakai kot ada price tag 1 juta.Bcoz without Mark bgtaupun,mereka tau Mark mampu.He is a billionaire.Pernah nampak Mark selfie tunjuk cincin berlian harga 5 juta?
Budaya di Msia ni,semakin byk buat aksi badut dan propa,orang makin suka.Waktu org tgh suka,jual tahik kambing pun boleh dikatakan mujarab utk kuruskan badan.Orang pun beli sebab aksi badut yg dibuat.Kemudian beli title Datuk atau Datuk Seri,makin terserlah lah "KEKAYAAN" mereka dan dapatlah approval bahawa orang ini "HEBAT".Lagi byk buat aksi menarik perhatian wpun aksi bodoh,makin laku lah produk.Tak pernah pulak ana nampak Armani atau Chanel buat aksi bodoh utk dpt attention.Satu lagi,boleh cuba taja rancangan "agama",maka tunduklah Melayu dan yakinlah mereka towkey produk ini sangat beriman,lalu marilah kita membeli produk beliau.
Kalau dah mmg sukses dan jutawan spt Ronaldo atau Messi atau Usain Bolt,tak perlu ambik gmbr sendiri dan tunjuk kekayaan.Reporter atau individu lain akan snap gmbr kita tanpa kita tau.Paparazi akan kejar nak tgk koleksi kereta kita,walaupun kita sorok.Tapi jenis gila nak tunjuk kaya tak berhenti-henti cerita apa yg mampu dia beli,mcm takde cerita lain dlm hidupnya.Dia jadi seronok bila orang tahu dia KAYA,bkn seronok sbb produk dia dah sembuhkan 500 juta orang dlm dunia.
Cuba baca kisah Leonardo De Caprio.Dia suka low profile,kereta ada sebijik je sblm ni.Tapi satu dunia tahu how success he is.Tak perlu pun nak war warkan betapa "aku mampu beli mansion di Malibu" sebab aku top Hollywood actor.Malulah skit dgn orang kafir.
Ramai lagi artis Hollywood yg hebat spt Matt Damon,Denzel Washington,Daniel Day Lewis,semuanya hidup very low profile,jauh drp orang dan tak suka skandal dan gossip.Mereka tak perlu nak heboh-heboh bercinta dgn sapa,anak sekolah kat mana sbb bg mereka itu private life,buat apa nak war-war kan benda yg semua org lalui.Bagi mereka,private life is totally private life.Mereka fokus dgn kerja.Mereka ni semua jutawan,tapi high class jutawan.Orang tak peduli kalau mereka nak pakai Lamborghini atau Ferrari.Sbb mereka mampu.
Tapi spesis Melayu kambing mahu bgtau satu dunia how happy they are being "RICH" compare to others.Kadang-kadang produk pun tahap mediocre je,bkn luarbiasa pun.Tapi kisah bodoh dalam kainnya yg lebih byk dijaja dan ditertawa.
Nak bg amaran,Ostad kata riak tu berdosa.Kalau tak dengar ckp ostad dan tak patuh syariah neraka jawapannya.Koh koh koh!


Aku sangat suka ayat2 dalam artikel berkenaan yang menyatakan perihal orang yang tak berapa kaya tapi suka menunjuk..

Memang..

Tambahan pulak di zaman serba canggih, social media di hujung jari..semua nak update..

Buat live update, cerita dengan tulisan tangan apa yang dibeli, pergi ke mana, dapat gaji, lambak duit atas tilam pastu update nak pergi shopping..






Hellooo...orang yang lagi berada tengok ko rasa sangat malu hokeyh...

Tu tak cukup dengan short vacay,shopping dan lambakan duit tadi, dapat pulak rumah pemberian orang tua yang di tata rias sendiri dan di ambil video keseluruhan rumah!

Aku kenal ramai anak orang kaya, aku kenal orang betul2 ada duit dan berharta, tapi mereka ni sangat humble..sampai kadang aku nak jugak tau apa yang mereka ada sebenarnya..aku tau mereka ada segalanya kadang2 sebab terlepas cakap atau terselit dalam cerita2 harian mereka apa yang mereka ada..

Contoh untuk aku yang paling hampir adalah seorang kafir (cina) Ms Tan panggilan nya..

Dia adalah seorang Senior Accountant di Kilang tempat aku bekerja dan suami beliau adalah General Menager di sebuah syarikat yang mempunyai kilang serata Asia.

Dia pernah cerita, suami beliau mahu ke Singapura atas urusan Syarikat dan mahu kembalikan kad bank Isteri beliau (Ms Tan) kerana risau akan keselamatan beliau ketika di luar negara. Ms Tan bertanya kenapa nak bagi dia simpan? kerana dalam akaun bank kad tersebut ada lebih RM100k!! duit gaji yang langsung tak berusik!

Berbeza dengan 1 situasi yang lain aku pernah jumpa, lambakan duit di atas katil oleh si isteri setelah si
suami mengeluarkan kesemua duit gaji yang ada dengan ayat "caption" berbunyi "tak sabar nak shopping" dan dengar cerita duit itu bakal dikeluarkan untuk membayar hutang.

Macamni lah hakikat orang yang ada di zaman sekarang yang begitu gemarkan a.k.a lapar pujian..
Akan memandang tinggi kepada darjah kebesaran..pangkat..harta..

Kepada yang tidak menunjukkan apa yang dia telah kecapi dan miliki, orang itu di anggap LOSER dan tidak berjaya..

Baca juga : Jangan riak, takbur dan Ujub










Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...