Skip to main content

Update::Baju Nikah

Update Baju Nikah sendiri

https://personapercintaan.blogspot.my


Post sebelum ni pasal baju nikah kat sini

Walaupun dah nak masuk 4 tahun nikah baru harini nak update design baju nikah aku yang masa bertunang awal2 dah beli dan dijadikan satu daripada hantaran..

Masa pemilihan kain, kami ke Jakel Ipoh, sebab masa tu ada offer set baju pengantin.
Masa ni kaler pun belum decide lagi..
Dah sampai Jakel baru pilih kain dan kaler sekali gus..

Pilihan sangat tak banyak dan aku akur dengan pilihan En Suami (masa tu belum tunang lagi).
Dia pilih nak kaler yang orang jarang pakai dan bukan PINK..hahaha...

So, pilih punya pilih dia nak lace kaler hitam dan satin kaler pink belacan..

Kami beli kain Lace tu 4 meter sebab aku nak buat baju dan kain semua lace dan satin, bukan baju sahaja ada lace..agak besar pelaburan En Suami masa tu, yelah golongan marhaen ni kan bukan standard retis ada tajaan pelbagai pihak..tapi sebab nak jugak merasa sekali seumur hidup, layan kan jugak lah..

Untuk proses seterusnya aku kena cari design baju nikah aku..

Design yang aku pilih adalah berinspirasikan design macam gambar bawah ni
https://personapercintaan.blogspot.my

Tengok lace dia penuh 1 badan dan jenis nya dalah jubah labuh. Masa aku nak hantar baju nikah untuk tempah jahit tu tunjuk design ni lah..Kedai tu dah tau nak buat apa dan macammana sebab sangat simple..

Dan akhirnya bila dah dapat, aku sangat puas hati dan sangat selesa..jahitan sangat kemas..

https://personapercintaan.blogspot.my

https://personapercintaan.blogspot.my

So, inilah hasilnya..aku sengaja pilih design yang loose supaya masa duduk atas pelamin nikah nanti nampak tak seksa..hahaha..

Sampai sekarang aku hanya pakai baju ni masa nikah jer..memang ada ingat nak jual/sewa..
Boleh difikarkan lagi kot..
hahahaha..

Till next entry..
XOXO
https://personapercintaan.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno...