Hi mak-mak semua,
Penat-penat balik kerja lepastu nampak pulak kain baju yang menimbun nak kena lipat
Alamak!!!!
Bertambah-tambah penat..
Cakap dalam hati "nanti hujung minggu aku akan lipat"
Ramai kawan kawan aku, termasuk aku sendiri, bab lipat kain nih memang kerja yang paling susah dan paaaling malas nak buat..
Jangan bertangguh lepas sekali basuhan, haaaa alamat nya sakit pinggang la nak mengadap kain tu..
Dalam hati mesti rasa, kalau la ada mesin lipat baju kan senang hidup, macam mesin kat bawah ni..
Penat-penat balik kerja lepastu nampak pulak kain baju yang menimbun nak kena lipat
Alamak!!!!
Bertambah-tambah penat..
Cakap dalam hati "nanti hujung minggu aku akan lipat"
Ramai kawan kawan aku, termasuk aku sendiri, bab lipat kain nih memang kerja yang paling susah dan paaaling malas nak buat..
Jangan bertangguh lepas sekali basuhan, haaaa alamat nya sakit pinggang la nak mengadap kain tu..
Dalam hati mesti rasa, kalau la ada mesin lipat baju kan senang hidup, macam mesin kat bawah ni..
Lepas je basuh, kering dengan dryer terus masuk mesin ni untuk lipat..senang kan??
Tapi mesin ni tak tau bila akan masuk Malaysia ni dan dijangka dijual dengan harga RM3,500..Perghhhhh....
Mahal weh.......dalam ekonomi sekarang ni nak beli mesin mahal2 macam ni lebih baik guna tenaga sendiri dan Google lah tips2 untuk jadikan kerja melipat kain ni sebagai kerja yang tidak membebankan lagi..
hahahaha....
Elakkan lipat baju depan TV sambil layan Drama/Movie
Fokus, macam memasak kita masak dekat dapur dan hadap je dapur masak, sinki dan rempah ratus semua tu..Sama jugak macam lipat kain..hadaplah kain tu dan almari pakaian sambil lipat kain
Cari tempat yang sesuai untuk mengadap kain yang banyak itu secara fokus
Kalau boleh lipat kain betul2 depan almari ataupun duduk dalam bilik pakaian sebab lepas lipat boleh terus susun kat tempat yang sepatutnya.
Sorting baju ikut jenis, kepunyaan dan saiz
Dapat je gunungan kain tu, 1st sekali kena kumpul ikut jenis dan kepunyaan contoh towel kumpul setempat, seluar untuk digantung setempat etc
Gantung baju/seluar yang perlu digantung dengan hanger
Lepas sort baru start buat ikut kumpulan, yang 1st kena buat adalah gantung baju yang perlu digantung dengan hanger sebab yang jenis ni tak perlu duduk hadap untuk melipat
Lipat jenis kain yang mempunyai saiz yang besar dahulu
Lepas dah gantung baju dan seluar, pilih kumpulan jenis kain yang besar dahulu, contohnya tuala, cadar, kain batik/pelikat etc..
Terus susun/letak ditempat yang sepatutnya
sebelum lipat yang kumpulan yang seterusnya
Dah habis lipat, macam biasa terus susun kain tu ditempat yang sepatutnya dia diletakkan
Lipat kain/baju dewasa sebelum lipat baju anak2
Lepas dah lipat jenis yang pertama tadi, sila lipat baju/kain orang dewasa dahulu sebelum lipat baju anak2 dan pakaian dalaman. Terus susun dan korang akan rasa cepatnya dah nak habis lipat kain...
Jumlah sudah semakin kurang dan tempat melipat makin clear,hati sudah berbunga2 dan semangat makin membara...wahhh dah macam nak pergi perang...hahaha
So, sekarang jumlah dah makin kurang kan, dah boleh nampak tempat korang melipat tadi dah nak clear bila tinggal kain yang kecik2 jer..
Kalau aku, masa nak lipat baju anak2, akan keluarkan laci penyimpanan betul2 depan aku, dah habis lipat terus je susun satu persatu..lagi efisien..
Contohnya, aku simpan/susun baju anak dalam Lennart Ikea, so setiap kali lipat baju anak aku akan keluarkan satu2 laci letak betul depan aku..
Ok harap entry ni bermanfaat untuk golongan bekerja macam aku yang setiap hari akan rasa tak cukup masa nak buat semua kerja-kerja rumah selepas balik dari kerja..
XOXO
Comments