"Bila jaga budak2 tak boleh terlepas pandang walau
sesaat"
Petikan dari kartun Robocarpoli..rancangan yang Ammar suka tengok dan at last kami makpak dia pon
suka jugak tengok..
Banyak pengajaran dalam kartun ni.
Kami memang tak bagi anak tengok “ultraman,kamen rider” dan seumpama tu kat
TV sebab influence untuk anak2 buat dieorang suka berlawan, sepak menyepak, pukul
memukul..tiada unsur pengajaran/pelajaran untuk kanak2 adaptasi kan ke alam
realiti.
Ok berbalik pada ayat kat atas tu..
Memang betul.. Peranan
ibu bapa sangat penting dalam memastikan keselamatan anak-anak di rumah.
Bagi golongan kanak2 start dari lahir sampai la umur mereka
sekurang2nya 3 tahun (ini pun kategori kecik sangat lagi) setiap saat kita tak
boleh leka dari perhatikan mereka..
Berdasarkan pengalaman, masa anak 1st Ammar Solihin baru lahir,
tak boleh ditinggalkan sorang2 sebab takut nanti dia muntah susu,pastu masuk
hidung and lemas.Nauzubillah..
Lepas dah besar sikit,dia akan start pandai pusing badan. Masa ni
kena jaga sebab takut muka dia tersembam masa dia meniarap tu..
Masuk umur 6 bulan pulak dia dah pandai golek gelentang,
Kalau leka boleh jatuh katil kalau katil takde penghadang..
Kami memang tak letak anak dalam baby cot sebab anak2 memang
taknak duduk dalam tu.
Masuk umur 7 bulan lebih sikit dieorang dh pandai merangkak,
mengutip benda di atas lantai, dan cubaan untuk berdiri sambil pegang benda
yang tinggi contoh meniti sofa atau bakul atau barang mainan. Kalau tak
diperhatikan atau dijaga, mungkin mereka akan jatuh, tersembam,
terhempas/terhantuk kepala, Macam2 boleh jadi..Nauzubillah.
Sampai lah umur mereka 3 tahun, sudah boleh menerima arahan
sedikit demi sedikit, tetapi mata kita
masih tidak boleh lepas dari memerhatikan tingkah laku mereka yang bila mana
jika kita terleka mungkin sesuatu yang buruk boleh berlaku..
Ini adalah TIPS untuk kita sama2 baca tentang penjagaan anak2
kecil kita ketika berada di rumah..
Sumber: Sirap Limau
1. PERALATAN ELEKTRIK
Setiap rumah
kebanyakannya dilengkapi dengan peralatan eletrik.
Peralatan elektrik, walaupun membantu
dalam kehidupan seharian, namun ia boleh mengundang bahaya kepada penghuni rumah
terutamanya bayi dan kanak-kanak.
Letakkan peralatan elektrik seperti
periuk nasi, pemanas air, cerek, seterika dan yang berkaitan di tempat tinggi
yang tidak boleh dicapai oleh bayi dan kanak-kanak.
Wayar elektrik yang terjuntai juga
perlu diambil perhatian. Suis atau soket perlu dipastikan selamat dari
dijadikan permainan oleh bayi dan kanak-kanak.
2. PERABOT
Perabot yang cantik pasti menjadi
kegilaan ramai ibu.
Walaubagaimanapun, keselamatan
anak-anak harus diambilkira.
Cantik di mata tidak semestinya selamat
kepada anak-anak. Pastikan bucu-bucu meja, kerusi, dan almari ditutup agar
tidak mencederakan anak-anak di rumah.
Penutup bucu (edge protector) ada
juga dijual di pasaran. Bayi dan kanak-kanak yang bermain masih belum faham apa
itu bahaya.
Hal ini sering
diambil ringan oleh ibu bapa. Walaupun nampak seperti perkara kecil, tetapi
harus diingat bahawa malang tidak berbau.
3. BILIK AIR / TANDAS
Pintu bilik air dan tandas hendaklah
sentiasa ditutup sama ada ketika anda berada di rumah ataupun tidak.
Bayi yang sedang meneroka boleh masuk
dan bermain air di dalam bilik air.
Kes-kes seperti bayi lemas di dalam
baldi perlu dijadikan pengajaran kepada ibu bapa.
Selain itu, keadaan lantai yang licin
juga boleh membahayakan kanak-kanak yang sudah pandai mandi sendiri.
Jika tidak
berhati-hati, orang dewasa juga boleh tergelincir dan cedera.
4. PINTU & LACI
Anak-anak kecil
masih belum pandai membuka dan menutup pintu dengan
sendiri.
Oleh itu, sebagai yang lebih dewasa,
kita perlu mengambil perhatian tentang perkara ini. Pastikan tombol setiap
pintu tidak terkunci dari dalam.
Anda juga boleh menggunakan penyendal
bawah pintu untuk mengelakkan pintu dari tertutup dan membahayakan anak-anak.
Anda juga boleh
menggunakan penahan pintu (door stopper) jika bimbang jari atau tangan
anak-anak tersepit.
5. MAKANAN TUMPAH / JATUH
Sewaktu anak-anak makan, tidah sah
jika tiada makanan yang berselerak atau tumpah.
Segera bersihkan sisa makanan dan
minuman yang tumpah agar anak-anak tidak mengutip semula makanan tersebut.
Makanan yang telah jatuh di atas
lantai bersifat kotor dan mengandungi kuman. Ini boleh mengundang penyakit jika
terkena jangkitan kuman.
Ajar anak-anak
supaya tidak mengutip makanan yang
telah jatuh baik di lantai mahupun di meja.
6. BAHAN BERACUN
Bahan-bahan seperti sabun, minyak
angin, penyembur serangga, pembasmi kuman, racun tikus, dan lain-lain lagi
merupakan antara bahan beracun yang biasanya ada di rumah.
Simpan bahan-bahan ini di tempat
tinggi atau tersorok seperti di dalam laci dan labelkan.
Jika terminum atau termakan
bahan-bahan ini boleh menyebabkan kematian.
Bukan sahaja bayi dan kanak-kanak,
malah orang dewasa juga tidak terkecuali.
7. PERMAINAN
Ibu bapa perlu selalu memeriksa
permainan anak-anak sama ada telah pecah, tercabut skru, patah, dan koyak
supaya anak-anak tidak mendapat kecederaan dari permainan yang rosak.
Bahagian yang tajam setelah
patah/pecah akan melukakan tubuh anak-anak.
Skru yang tercabut
dan span/gabus yang terkeluar akibat koyak boleh menyebabkan bayi tercekik.
Pastikan juga permainan anak-anak
diasingkan mengikut kesesuaian umur mereka.
Misalnya, guli yang menjadi permainan
si abang berumur 3 tahun ke atas tidak sesuai untuk bayi kerana bayi cenderung
untuk memasukkannya ke dalam mulut.
JANGAN AMBIL MUDAH
Demikian antara perkara yang perlu
dititikberatkan di rumah. Jika belum dipraktikkan, anda boleh mulakannya dari
sekarang.
Maklumkan juga kepada pengasuh
anak-anak supaya mengambil perhatian tentang perkara di atas.
Keselamatan anak-anak tidak boleh dipandang enteng. Nyawa
mereka tidak boleh ditukarganti.
Comments