Skip to main content

Tips::: Bebas Hutang, Simpanan Dari Pendapatan

Tips nak habiskan hutang yang bertimbun dengan berhemah & cepat..dan mula menyimpan lebih dari 30% dari Gaji.


Berdasarkan pengalaman aku sendiri..yang mana hutang aku hampir membelit tengkuk sendiri (cerita kat sini).

Aku mula mencari tipd untuk cepat melangsaikan hutang aku yang melambak tu. 

Antara tips yang aku ada dan aku praktikkan;

Sumber : imoney
Kaedah 1: Kaedah snowball
Menumpukan komitmen kewangan anda untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa, manakala hanya membuat pembayaran minimum untuk akaun-akaun hutang yang lain.
Cara Aku:
Aku tumpukan pada hutang yang baki yang paling sedikit.
Setiap bulan, hutang kereta,PTPTN, kad kredit semua aku bayar macam biasa dan pada kadar minimum, manakala hutang Personal aku dengan CIMB aku bayar lebih dan aku langsung tak masuk duit aku untuk saving. kenapa personal Loan bukan Kad kredit?

Masa ni hutang CIMB aku adalah yang paling tinggi interest dan paling sedikit baki yang perlu dilangsaikan.
Bila aku buat kiraan, aku hanya memerlukan 4 bulan sahaja untuk menghabiskan keseluruhan baki pinjaman tu dan duit yang lepas habis bayar hutang tu aku boleh peruntukkan duit tu untuk bayar hutang yang kedua paling sedikit.

Kaedah 2: Kaedah debt stacking atau kaedah penyusunan


Kaedah ‘debt stacking’ memerlukan anda menyenaraikan dan menyusun semula hutang anda mengikut kadar faedah, dan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi perlu dilangsaikan terlebih dahulu. Contohnya, anda mempunyai 4 akaun hutang:

Dengan menggunakan kaedah ini, anda disarankan untuk melangsaikan hutang yang mempunyai kadar faedah tertinggi terdahulu, iaitu baki hutang kad kredit dengan kadar faedah 18%. Pada masa yang sama, anda perlu membuat pembayaran minimum bagi akaun-akaun hutang yang lain.

Lebih kurang sama teknik dengan kaedah yang pertama.

Cuma cara ini lebih terperinci dan lebih kajian perlu dilakukan.
Ok macamni, mula2 aku senaraikan semua hutang2 aku. Jumlah keseluruhan baki hutang, komitmen bulanan,dan interest.
  1. Rumah
  2. Kereta
  3. Kad Kredit
  4. Personal Loan
  5. PTPTN

Tetap juga Personal Loan dengan CIMB adalah yang paling tinggi dan sedikit selapas aku buat senarai dan kajian tentang interest rate etc..

Dengan cara ni, aku bayar hutang lain pada kadar minimum termasuk PTPTN (sebelum tukar UJRAH)  dan peruntukkan baki duit yang aku ada untuk bayar hutang CIMB.

Kaedah 3: Kaedah snowflake

Anda boleh membayar baki hutang anda mengikut kemampuan sendiri, tetapi dengan kekerapan yang lebih tinggi. Hal ini bermakna, walaupun anda sudah membuat pembayaran minimum untuk baki hutang anda, anda terus membayar baki hutang anda setiap kali anda mempunyai lebihan wang mengikut kemampuan anda. Contohnya, RM20 pada minggu pertama, RM50 pada minggu kedua, dan seterusnya. Dengan menggunakan kaedah ini, anda seakan-akan tidak terbeban dengan komitmen kewangan yang tinggi kerana anda hanya perlu membayar sikit demi sedikit. Anda mungkin dapat melangsaikan hutang tanpa anda sendiri menyedarinya.

Kaedah ini aku guna jugak tetapi selepas aku buat kira2, perbelanjaan bulanan (petrol, kos ulang alik ke tempat kerja, duit emergency JIKA ada lebih misalnya dari bajet mingguan contoh RM150, jika aku berjimat dan ada lebihan contoh Rm50 aku akan simpan dan sampai cukup masa pembayaran bulanan, aku akan masukkan duit lebihan tadi untuk langsaikan hutang aku.

Selain duit gaji, misalnya En Suami bagi duit sikit atau isikan minyak, duit itu aku buat belanja dan bajet untuk peruntukan mingguan aku akan ada lebihan dan lagi cepat aku boleh langsaikan hutang.

Apabila aku ikut TIPS2 di atas ni, rekod untuk aku selesaikan 90% hutang aku (masih ada hutang kereta dan PTPTN) adalah 1 tahun (Alhamdulillah)

Selain dari tips kat atas tu aku juga ada cara aku sendiri untuk cepat lunaskan baki hutang aku.
Antaranya, 
  1. Gunakan Bonus tahunan untuk langsaikan hutang, bukan perbelanjaan tambahan
  2. Mohon ASB loan, dan gunakan dividen tahunan untuk tutup hutang
  3. Untuk loan rumah, boleh mohon pengeluaran Akaun 2 di KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman.
  4. Hutang PTPTN juga mempunyai tawaran pengurangan jumlah bayaran untuk bayaran sekaligus iaitu 15% diskaun dan anda juga boleh keluarkan akaun 2 KWSP untuk langsaikan hutang. Boleh jugak mohon penukaran ke sistem UJRAH dan hanya 1% interest yang akan dikenakan.
Untuk tips tentang kewangan, aku suka juga perkongsian Ilmu dari Tuan Azizul Azli Ahmad di laman FaceBook yang mengajar aku menambahkan jumlah aset bukan menambah liabiliti tanpa aset.

Selain dari itu, aku juga buat carian di Google (yang tak pernah mengecewakan) dan belajar macam mana nak hidup bebas hutang dan bagaimana aset boleh bantu kita BAYAR hutang etc

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama2 kita berdoa agar kita semua bebas dari hutang piutang dan mengelakkan kita dari sifat meminta2

https://personapercintaan.blogspot.com


AMINNNN
https://personapercintaan.blogspot.com


Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...