Haa...tulah..1st dengan 2nd part baru cerita almari baju..ni baru
nak masuk tempat lain pulak..tempat penyimpanan jugak sebab bilik ni je 'rumah'
keluarga aku..semua barang keperluan hanya ada bilik ni je untuk muatkan
semuanya..selepas almari baju,tempat lagi 1 ni tempat simpan barang2 selain
kain baju..
Gambar bawah ni adalah tempatnya..
Ni gambar belum setup apepon..masa mula2 dapat barang aku cuma
letak mana dan asalkan bukan atas lantai sebab bahaya untuk ammar..
![]() |
| Susun atur termasuk buaian Ammara Solehah sekali.. |
Ni yang aku cakap,bahagian ni aku guna 80% barang ikea..
Sebelum ni aku hanya guna 1 kallax jer..
Aku beli Kallax ni masa promotion tahun 2016 aku rasa..dah lama
dah..Harga biasa Kallax ni RM249 tapi aku beli haritu RM102 sebijik..so
hangkut sekali 2..memula aku simpan kot kot la untuk rumah sendiri nanti kan,
tapi bila jumlah barang aku anak beranak dah mula bertambah, dah start tak tau
mana nak simpan, so terpaksa bukak kotak dan pasang..
Dari posisi baring rendah, ke posisi menegak dan tinggi..insert tu
semua yang asal sebelum penambahan insert. Aku kena buat step by step..sebab
ada anak kecik kan..jap kang meraung nak menyusu, jap kang abang pulak nak tido
bergayut ngan Ibu..hmmm…
So aku ambik masa jugak nak kemas dan ukur mana perlu untuk order barang Ikea aku yang akan dibeli oleh personal shopper one and only aku iaitu adik perempuan aku..
So aku ambik masa jugak nak kemas dan ukur mana perlu untuk order barang Ikea aku yang akan dibeli oleh personal shopper one and only aku iaitu adik perempuan aku..
Bulan ni pulak birthday aku, so bila aku beli barang Ikea bulan ni
aku akan dapat 3x mata bonus untuk 1st receipt pembelian
sahaja..untung kan..
Aku pos kan kad aku dan shopping list untuk nani dan tunggu lah
anytime dia free untuk pergi Ikea beli barang2 yang aku order..
Aku plan nak install Algot untuk open storage aku..
Ni Algot Post dua batang, yang akan di lekatkan di
Algot Foot nanti..
Ikut je manual, untuk pasang Algot Foot dan Post
Ni rupa bentuk bila dah pasang dua benda ni
Lepas siap pasang Algot Post dan Foot ni, kena pulak pasang Algot
Top Rail with cross-brace untuk support set ni berdiri tegak dangan stabil dan
betul.
Aku beli yang post ni, dari segi harga memang akan lebih kalau nak
compare dengan set Wall Upright tapi agak mudah dari segi pemasangan sebab tak
perlu tebuk dinding,nak timbang air bagi balance etc..
Lepas pasang Top Rail with cross-brace ni, kita kena betulkan tapak
skru kat bawah Post tu untuk balance kan set ni. Pepandai lah nak adjust sendiri
nak laras dan bagi stabil yer..
Dah siap pasang, dan stabil, dah boleh letak Algot Shelf ikut
kesesuaian dan kehendak masing2 untuk simpan barang..
Untuk set Algot ni, aku akan letakkan 2 Algot Basket dekat bawah, untuk
simpan barang mainan Ammar dan beg travel anak2..senang nak capai setiap kali
nak keluar dan ruang penyimpanan pun sesuai untuk beg2 beg tu semua
Dari atas bakul dan ke atas aku pilih Algot Shelf untuk letak
kotak penyimpanan aku.
Untuk pasang shelf ni, kena pasang bracket dulu..sepasang bracket
untuk 1 layer termasuk untuk Basket tadi.
So, untuk set Algot aku ni aku beli 10 pasang bracket, 2 pasang
untuk Basket, 3 pasang untuk Shelf.
bila dah pasang semua ni baru rasa banyak tempat untuk ruang penyimpanan.
Kalau tak asyik rasa dah tak tau nak simpan barang kat mana lagi..
hmmm... cepatlah lulus permohonan tanah untuk kami buat rumah..Aminnn...
bila dah pasang semua ni baru rasa banyak tempat untuk ruang penyimpanan.
Kalau tak asyik rasa dah tak tau nak simpan barang kat mana lagi..
hmmm... cepatlah lulus permohonan tanah untuk kami buat rumah..Aminnn...
Selain set Algot, aku beli jugak barang lain untuk trip Ikea kali
ni..
Antaranya Sockerbit Box with Lid, Drona untuk Kallax, Tjena small boxes,
Semoga aku dapat habiskan misi mengemas aku ni secepat yang mungkin dan akan labelkan semua inserts dan kotak untuk En Suami senang dalam pencarian barang dia..
heh..heh..heh
Sekian XOXO











Comments