Hi all,
Baru-baru ni dapat satu info dalam group Whatsapp tempat kerja, tentang bina rumah yang untuk golongan kurang berkemampuan yang kerajaan sediakan.
Dan dalam masa yang sama ada 1 rumah banglo nak dijual dengan harga RM400k dan harga boleh dirunding..
Dalam banyak2 conversation yang aku baca, ada sorang akak ni, cakap..
"Akak memang tak layak nak apply rumah tu, rumah akak sekarang pon dah besar..Buat besar2 pastu bila nak kemas azab"
"Kalau rumah macamtu pun dah RM400k, harga rumah akak berapa la agak nya yer"
Dan untuk setiap yang ditulis dan diluahkan oleh akak tu tadi tiada sahutan..
Aku agak mungkin orang dalam group itu;
- Menyampah
- Berkecil hati
- Benci
- Malas layan
- Berfikir "iye ke"
Maka;
- Jangan takbur bila rumah kita besar, kerana ada orang yang memiliki rumah yang kecil dan mereka sangat bersyukur dengannya kerana masih ada tempat untuk berteduh dan melindungi keluarga mereka
- Jangan takbur dengan kereta mewah kerana masih ramai lagi yang hanya mampu membeli sebuah motosikal
- Jangan sesekali berkata barangan yang murah adalah tidak elok kerana bagi orang yang susah memiliki barang tersebut merupakan yang terbaik baginya
- Jangan cakap telefon murah itu tidak canggih dan tidak elok, kerana mungkin bagi orang yang kurang berkemampuan, memiliki telefon tersebut memberi 1000 kegembiraan dalam hidupnya.
- Jangan cepat membangga diri bila anak anda dapat keputusan yang cemerlang kerana belum tentu anak itu boleh membantu atau menjaga kita nanti
- Jangan cakap pakaian yang murah itu tiada kualiti dan tak cantik, kerana ada orang yang hanya membeli baju baru bila tiba Aidilfitri.
- Jangan hina kereta buruk orang kerana mungkin itu sudah memadai untuk membawa anak isteri
- Jangan komplen makanan tak sedap bila ada orang mungkin terpaksa makan makanan tersebut kerana kurang mampu
- Jangan cakap susah kerja shif apabila terpaksa bekerja pada waktu malam, kerana orang yang berada dalam keadaan itu terpaksa bekerja untuk mencari rezeki
Aminnn....





Comments