Skip to main content

Hutang Keliling Pinggang masa mula Kerja



Bagaimana hutang jadi banyak

Dulu masa aku mula kerja, umur aku 24 tahun. Sebulan lepas aku habis belajar tu aku terus kerja.

Kerja 1st aku masa tu contact center Telekom sebagai Contract Sales Representative di Taiping. Jadilah kan sebab aku bukan jenis memilih kerja, dan pada masa tu aku tak suka "betapa" kat rumah lama2 dan takkan sentiasa nak harapkan ihsan makpak aku bila aku nak guna duit. 
Memang zaman dulu bukan macam zaman sekarang, tapi tetap jugak aku nak duit untuk topup kredit telefon aku dan sesekali aku nak jugak keluar hilangkan boring. (kiter takder BF yang pakai HONDA untuk bawak kita berjalan..EHHHH) hahaha...

Dan masa tu kerja yang ada untuk aku di firma akaun sebagai audit clerk (aku fresh grad tiada pengalaman, so kena start dari bawah). 
Tapi masa tu aku ada masalah transport, sebab tempat tu susah nak dapatkan public transport (dulu bukan macam sekarang, dan Ipoh bukan macam KL) dan masa tu gaji dia offer cuma RM1,100.
Aku Ok jer, tapi abah tak bagi sebab kos nak ulang alik tu banyak dan tak berbaloi..
Aku fikir, takpelah, aku tunggu KOT ada peluang lain..
Pastu abah tanya kawan dia, Pegawai Telekom, dan dia cakap ada tapi bahagian Contact Center.
Di Taiping..

Aku start kerja bawah Agensi Pekerjaan (dah macam Pembantu Rumah hahaha) sebab contract staff. Aku stay dengan sepupu aku yang masa tu ada anak 4 orang dan adik dia pun duduk sekali dengan dia..

Aku ok je duduk dengan dia, Alhamdulillah, aku akan ingat jasa dia sampai aku mati sebab bagi aku duduk rumah dia tanpa ada apa2 masalah atau minta bayaran balik.

Ake kerja tak lama, tak sampai 3 bulan, dan aku dah terima tawaran untuk bekerja di Digi Telecommunication Bhd. Alhamdulillah, gaji semua ok, dan masa tu mak abah dah keluarkan Viva 1.0 untuk aku dan aku kena sambung bayar. Bagi aku tiada masalah lah, gaji pun masa tu cukup. 


Bagaimana hutang jadi banyak


Masa kerja di Digi, Shah Alam, aku duduk rumah sewa kongsi 2 orang.
Aku kena beli peralatan elektrik untuk rumah tu dan masa tu aku ke 1 kedai ni untuk survey. Sales representative kat situ ajar aku kalau takde cash boleh beli guna kredit kad dengan 0% interest. Masa tu aku ditawarkan Kad Kredit dan proses pemilikan pun sangat mudah. Macam2 aku beli guna kad tu.  Seriusly, masa ni aku naif sangat pasal kad kredit ni, (walaupun aku grad dalam bidang Perakaunan dan masa study pun aku belajar sikit2 pasal Finance) .

Masa permulaan aku tak ada masalah, sebab bagi aku as long as aku boleh bayar, takde masalah. Aku guna Kad Kredit tu sampai maksimum. Oh ye, aku ada 2 kad kredit masa tu. Pernah ada 1 masa aku keluarkan tunai, dan masa ni aku dah start rasa terbeban bila jumlah bayaran bulanan aku jadi banyak.

Bagaimana hutang jadi banyak


Mak aku offer untuk bayarkan duit muka beli rumah kalau aku nak beli rumah. dan pada masa tu ada 1 rumah lelong, harga sangat murah. Mak aku bayarkan deposit dan bagi duit untuk kos beli rumah tu iaitu Rm10,000. 
Masa ni aku dah start risau, takut dengan bebanan hutangg sedia ada aku, tapi Alhamdulillah loan aku lepas!!! Maka bertambahlah hutang aku.
Bila nak start renovate rumah (rumah lelong, agak teruk keadaan nya) aku agak kesempitan duit tapi rumah aku siap dengan sempurna. Aku bagi sewa dekat kawan aku bilik sebelah, so bayaran bulanan aku hanya bayar separuh dari yang sepatutnya.

Masalah besar aku datang bila aku tukar tempat kerja, sebab aku kena cari kerja yang permanent bukan Contract, sebab aku ada hutang yang kena bayar, 
Tapi setiap tengah bulan duit aku mula tak cukup bila aku kerja kat tempat baru. Kat tempat baru, kos harian aku banyak. Tol, minyak, makan, dan kos baru Parking Majlis Bandaraya. Bila dapat gaji bila dah tolak semua dalam poket aku tinggal RM200 lebih sahaja. 

TAK CUKUP.

Akhirnya, lepas aku bertahan hampir 6 bulan, aku ambik keputusan untuk balik kampung duduk di rumah mak abah. Aku cari kerja dulu sebelum aku berhenti dan Alhamdulillah, rezeki aku ada di mana2.

Aku dapat kerja di Stesen Minyak untuk buat akaun. Gaji aku masa ni dia nak bagi hanya RM1,200  (tak termasuk elaun dan OT) TAPI sebab duduk dengan mak abah, kos ulang alik aku sangat rendah dan tiada kos makan sebab aku akan balik makan di rumah..Dan berkat menabung denngan mak abah, bila aku susah dan tak cukup gaji derang yang bagi aku makan dan duit aku semua habis untuk bayar hutang aku.

Aku ada mohon KWSP untuk bayar duit ansuran rumah aku, dan permohonan aku LULUS. Sepatutnya bila aku dapat duit tu, aku gunakannya untuk tambah bayaran yang sepatutnya,  tambah lagi dengan sewa yang aku dapat dari kawan aku tu, boleh jadikan hutang rumah tu cepat habis. Tapi aku guna duit gaji aku yang sepatutnya aku bayar duit ansuran rumah dan duit sewa untuk berbelanja. 

Dah sampai tahap ini pun masih tak sedar lagi (dan masa ni pengetahuan tentang pengurusan kewangan aku ZERO) dan aku sentiasa fikir aku ada mak abah untuk sentiasa cover aku bila masa aku susah.

Masa aku buat hutang rumah, tak banyak sebab aku beli rumah tu sangat murah dan ada deposit yang mak abah dah tolong bayarkan lagi masa tu. Tapi, sebab kurang ilmu jugak tentang Pinjaman Perumahan, interest masa aku beli rumah tu adalah sangat tinggi kalau nak dibandingkan dengan bank lain. Jadinya, walaupun rumah tu murah, tapi disebabkan interest yang tinggi, setiap bulan aku kena bayar amaun yang agak tinggi jugak.

Walaupun bebanan hutang aku banyak, masa kerja di stesen minyak tu, gaji aku boleh dikatakan banyak jugak kerana aku boleh buat OT selama mana aku nak mampu nak buat. Aku hanya duduk di Ofis, tapi bila aku OT aku boleh tolong Staff jaga kaunter, jaga barang dan tolong Supervisor untuk penerimaan barang. Gaji aku akan banyak bila musim perayaan sebab aku boleh OT kadang2 sampai lewat malam.(aku mana ada BF untuk bersosial) so dari aku melepak di rumah lebih baik aku kerja cari duit. So, aku masih boleh bayar hutang aku tepat pada masa kena bayar.

Dan masa tu masih berfikir untuk buat bisnes untuk tambah pendapatan. Modal permulaan aku adalah gaji aku sendiri, dan Alhamdulillah, hasil jualan aku untuk batch yang pertama HABIS. Semangat aku bertambah.

Dengan pertambahan semangat aku tu, sekali lagi aku buat Loan sebab yakin aku boleh bayar. Aku buat personal loan dengan CIMB dan interest masa tu 24%. aku tahu sangat tinggi. Dek kerana yakin dengan bisnes aku tu, aku laburkan duit tu sebagai modal aku. 

Tapi nasib aku tak baik bila aku terlalu banyak ambil stok dan barang jualan aku kurang laris dibandingkan dengan batch yang pertama. Last2 aku gulung tikar. Loan aku masih berbaki banyak lagi, dan aku terpaksa menggunakan sepenuhnya gaji aku untuk tutup hutang ni semua.

Aku mula rasa hidup aku sempit time ni, sama macam sebelum aku pindah balik duduk dengan mak abah cuma kali ni aku masih boleh survive sebab kos harian aku tak banyak.
Oh yer, masa ni aku dah tukar kereta pulak..Dari Viva 1.0 kesayangan aku tu, aku beli kereta sedan Proton. dan hutang aku bertambah sebab saiz kereta bertambah la kan..hahaha..

Banyak kan hutang aku..aku keep a good record untuk semua hutang aku, sampai sekarang.
Bermula dengan hutang kredit kad, kereta, rumah, personal loan, PTPTN...bla bla bla...

Lastly, aku decide tukar tempat kerja iaitu tempat yang aku bekeja sampai sekarang ni dan kewangan aku dah stabil.
Hasil dari carian ilmu dan tips2 kewangan kebanyakan dari En Google aku bebas hutang hanya dalam masa 2 tahun dari last aku kerja dengan tempat kerja lama aku tu dan sekarang aku dapat maksimakan jumlah simpanan aku melebihi 30% gaji aku setiap bulan dan aset aku tolong aku bayar duit kereta aku sekarang. 

Lepas ni, aku ada impian nak buat bisnes homestay pulak. InsyaAllah. 

Antara tips2 yang aku ada untuk lunaskan hutang aku akan di tulis dalam next entry 

XOXO

Bebanan Hutang















Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...