Skip to main content

Ke UPM kita

Selamat menyambut Cuti Hari Kemerdekaan yang ke 60..
Dapat cuti tambahan dari PM kita hari Isnin 4 September ni..sempena kemenangan Malaysia dalam pungutan pingat emas paling banyak..
Alhamdulillah..


Tapi En Suami ada kerja pulak..
Sementelah aku cuti,so aku pun ikut lah dia..dan dia pn nak bawak aku..hahaha..


Pepagi lagi dah hantar anak ke rumah pengasuh..tak boleh nak bawak dieorang sebab ada keja kan..
Terpaksa..sob..sob..sob..ikut hati memang nak bergembira sekali dengan anak2 tapi banyak faktor kena fikir so decided untuk pergi berdua jer..

Kami gerak dari Gopeng pukul 9 pagi..sampai depan UPM dalam pukul 11.30 pagi..agak cepat perjalanan nya sebab tak menyinggah langsung..

Ni kat depan pintu UPM Gate 1

Suami aku tanya dekat Guard kat depan tu sebab kami nak ambil motor so kena tanya lokasi dan procedure semua lah sebab untuk elakkan sebarang kemungkinan semasa dan selepas kami bawak keluar motor tu..

Lepas dah lalu semua pintu masuk untuk ke asrama, kami terus cari motor tu dan dah jumpa terus je bawak masuk atas kereta ni dan terus keluar..


Tak lama, dalam setengah jam kami dah selamat keluar dari UPM..

En Suami tanya nak makan ape2 yang best ke alang2 dah sampai kan..
So plan la untuk JJCM..hehehe..

Dah bincang semua bagai kami decided untuk ke Bangi..
Lupa la pulak arini Cuti hari Kemerdekaan Pastu esok pulak orang hari raya kan..
Kedai banyak yang tutup..pusing Bandar Baru Bangi dan Jalan Reko sahaja makan 2 jam..dah dekat pukul2 macam tu baru jumpa kedai..


Kami pilih kedai Bakar Bakar Steamboat dekat Bandar Baru Bangi..Harga untuk seorang makan RM40 tak termasuk GST untuk Lunch dan RM45 seorang tak termasuk GST bila korang datang untuk Dinner.

Cas untuk student, Senior citizen (umur 55 tahun ke atas) dan kanak adalah berbeza dari cas yang saya tulis kat atas tu..
Untuk birthday pun kedai ni ada buat jugak dan cas pon lain dari cas standard Dewasa.


Banyak tempat duduk disediakan dan masa tu memang kami je customer kedai tu


Ni makanan aku..Tu pahat tu feveret tu..Besar betul..Puas makan sekor2..hahaha

Tak banyak pilihan makanan yang ada. Pahat, Kupang, Udang 1 jenis, Ketam(dah busuk),Kepah (kecik sangat) ikan untuk Grill (banyak pilihan), Kambing dan daging yang dah diperap untuk di Grill. 
 Itu jer...

Bayar untuk harga itu aku rasa sangat mahal la. Sebab kalau kat Ipoh, dengan pilihan seafood, daging, ayam, desert, makanan2 semua tak tau nak ambil mana 1 sebab terlalu banyak dan yang peling penting harga sama dengan yang kami bayar masa makan kat sini.

Suami aku akan makan yang Grill sahaja sebab seafood dia agak kurang makan
so kat sini dia agak happy sebab dia dapat makanan dia..
Lepas makan, kami ke Sungai Besi, untuk tengok kereta..ada plan untuk itu sebenarnya..hihihi

Tak lama jugak kat sana, lepas tengok, bincang terus start kereta dan mulakan perjalanan balik..

Kami masuk highway pukul 4.45 ptg masa tu..sampai dekat Jejantas Sungai Buluh pun tak lama..

Tapi.....start dari susur keluar Sungai Buluh, Ya Hampunnnnnn jemmmmm...teruk betul..sampai berhenti tak bergerak..

Kesian En Suami, dah la kereta manual, jalan jem teruk ni mesti kaki dia rasa nak tercabut tempurung lutut..kiihkihkih..

Kat bawah ni gambar yang sempat di ambil sepanjang meredah jem..


personapercintaan.blogspot.my
ko tengok, lembu ni lari rumah ke ape ni
personapercintaan.blogspot.my
Roadtax jangan lupa bayar ye cik adik dan cik abang semua..hahaha

 Dah la jem, ingat kan sebab kereta banyak ke, eksiden ke, tengok2 sebab makhluk Allah ni jer..

Dieorang ni tau ke esok hari Raya Korban dan mereka melancarkan mogok dan lari beramai2 sampai mengakibatkan semua kereta berhenti untuk bagi laluan dekat dieorang.


personapercintaan.blogspot.my
Mana kepala, mana  ekornya..ehhhh...nyanyi pulak..

personapercintaan.blogspot.my
Sampai malam jem jugak..
Teruk sangat jem nye..
Kami sampai rumah dalam pukul 9.45 malam..5 jam dalam perjalanan yang sepatutnya 2 jam sahaja..
Letih oiii...
Balik tu terus ambik anak2..dieorang pon dah start seragam bagai sebab duduk lama sangat kat rumah pengasuh..hari biasa berkerja pon paling lamabat aku penah ambik anak dalam pukul7..itu pun dh kira lambat..
Ibu rinduuuuu...emo ibu dalam meredah jem sebab fikirkan anak..
Cukuplah kehidupan di Perak ni..walaupun sederhana tapi tenang aman damai..
Lain orang lain cara hidup dan pemikiran..
Tapi aku pilih untuk kekal macam sekarang ni jer..

okeyh, habis cerita sehari aku ke Kuala Lumpur/Selangor..

Semoga semua selamat dia bawah lindungan Allah S.W.T..

XOXO

Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...