Gambar sepanjang percutian kami ni dah lama sangat aku simpan..memang nak sangat abadikan kenangan tu kat dalam blog ni.
Since aku pon tengah semangat naw naw nak hapdet blog ni so ape salah nya kalau aku buat 1 entry untuk muatkan semua gambar2 kenangan aku kat sini...
Plan nak celebrate anniversary kedua kami ni kami buat memang lama..bukan senang nak buat decision tambah2 masa tu kami baru je ada Ammar..kena consider banyak benda..
Planning asal kami nak ke negeri belah2 pantai timur berdasarkan pengalaman kami yang pernah honeymoon kat Terengganu (2014). Pantai kat sana kan cantik2..
Dari mengandung sampai la pantang sampai dh habis pantang aku rasa lama sangat aku *terperam*..kepala pon dah rasa sarat sangat..
Tapi atas faktor kami ada anak yang sangat kecik masa tu,so keputusan untuk hanya ke PD.
Kat PD kan banyak hotel, so agak pening gak masa memula nak memilih..
Aku suka bilik kat
Avilion sebab dalam resort tu sendiri boleh buat macam2 aktiviti, tapi sebab kan nak sangat ada swimming pool dalam bilik tu terus jugak la book Grand Lexis PD ni..
 |
| Bilik jenis ni Garden Living bukan atas air pon ada swimming pool gak kat dalam bilik tapi bila berenang kat pool tu orang kat luar boleh nampak korang tengah berenang |
Aku book melalui hotel
website, sangat convenient dan mudah. Aku book bilik jenis above the sea Executive Pool Villa dan buat special request untuk bilik 2332 sebab baca banyak owner blog yang suggest bilik ni. Ape yang best sangat dengan bilik ni? Sebab nya bilik ni boleh nampak laut dari bilik. Kalau nak tau, kebanyakan bilik kat Grand Lexis PD ni tak boleh tengok luar dan tak nampak luar kecuali korang keluar la kan..hahaha..tapi untuk bilik ni kami kena bayar extra RM150 per room, per night. Takpelah, alang2 nak ngabiskan duit ken, ambik je lah yang memuaskan hati terus.
Kami book untuk 3 hari 2 malam. Check-in time hotel ni agak lambat, pukul 4 petang dan Check-out time pukul 12pm macam biasa.
Kami sampai tepat pukul4 kat hotel. Ramai jugak Check-in masa tu. Buggy dah beratur sesiap untuk hantar customer2 ke bilik masing2. Kat sini nak ke bilik, ke nak ke mana2 pon, dari bilik yang atas air tu semua boleh anytime panggil buggy ni.
 |
| Kat Kaunter nak Check-in |
 |
| Tanak duk dalam stroller sementara tunggu Ibu dia Check-In |
 |
| Masa ni tengah tunggu En Suami park kereta lepas check-in. Kami tunggu sesiap dalam Buggy ni dengan beg2 semua. |
 |
| Posing jap atas Buggy OTW ke bilik |
Bilik 2332 ni, betul2 kat hujung dunia, betul2 dah sampai hujung resort ni. so, memang jauh nk ke semua tempat. Agak privacy jugak dan pemandangan sangat cantik dalam dan depan bilik ni..
 |
| Ni betul2 depan bilik. View bilik2 yang ada kat resort ni. Sangat cantik. |
Clear Glass yang ada kat lantai tengah2 bilik ni untuk tengok laut kat bawah tu. Tapi takde ape pon yang aku nampak selain air laut yang hitam itu..hahaha..
Dah kalau malam langsung ape pon tak nampak kan..
 |
| Ammar cakap "tak nampak ape pon Ibu"..hahahaha |
 |
| 2 bijik King Size bed sesuai untuk family yang datang dengan anak yang ramai |
 |
| Deko bilik yang sangat cosy, selesa |
 |
| Swimming pool menghadap laut |
Masuk je kat dalam bilik, terus nampak pool.....waahhhhhh tak sabar nak terjun..tambah pulak dah belengaih sepanjang perjalanan dari Perak ke N9 dengan panas, bawak Ammar yang belemuih, rasa macam pool tu memanggil2 jer..
 |
| Tengok matahari terbenam dari tepi pool jer.. |
 |
| sejuk mata memandang, sambil berenang tengok kapal lalu.. |
 |
| Pemandangan dari tepi pool terus ke laut..ada open shower lagi lepas berenang terus mandi je kat situ |
 |
| Selfie sekeping dengan swimming pool nyer.. |
 |
| Almari pun sangat besar, siap ada iron dan iron board |
Dalam setiap bilik ada disediakan microwave, pinggan mangkuk, cawan, sudu & garpu,shampoo, berus gigi, ubat gigi, shower cap, sikat (pon ada) kettle, towel dan slipper..
Lengkap!
Aku ada tapaw sesiap makanan kering in case tak boleh keluar bilik untuk cari makanan, kami ada stok mencekik di dalam bilik.
Toilet dengan shower asing..sangat selesa..sangat bersih..
Ruang dalam villa sangat luas, sesuai kalau bawak family ramai2..
Nah Layan lah gambar sekitar resort petang sebelum kami emergency check-out malam kedua tu..
Sebab Ammar demam dari pukul 4pg sampai la malamtu dan lepas maghrib je kiteroang terus decide nak balik..
 |
| Bagi laluan kepada Buggy nak bawak orang..hihihi |
 |
| Budak peha KFC teman ibu jalan2.. |
 |
| Sian Ammar, kepala panas so letak towel basah..kejap je dah kering towel tu.. |
 |
| Ini jalan nak ke kawasan open swimming pool |
 |
| kapal terbang lalu...hahaha..ini pon nak jugak.. |
 |
| Dapatlah lepaskan lelah sekejap tengok pemandangan dan laut |
 |
| Buah hati saya..cinta hati saya |
 |
| Tunjuk kapal terbang |
 |
| Bawak budak Ammar jalan2 kot boleh reda sikit demam nya..tengok2 tak boleh jugak..sob..sob..sob.. |
 |
| Depan pintu villa atas air |
 |
| Aktiviti outdoor untuk penghuni Grand Lexis |
 |
| Lawatan ke sepanjang laluan ke above the sea villa |
 |
| Banyak villa kat sini dan macam2 jenis bilik yang disediakan |
 |
| muka happy walaupon terpaksa balik jugak malamtu |
InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, kami nak ke Lexis Hibiscus pulak..buat masa sekarang ni kami belum boleh berjalan jauh2 lagi sebab dua2 anak sangat kecik dan nak tido je nak bergayut dengan ibu..So, tunggu lah salah sorang ke dedua besar sikit..dah kurang ragam nya kita start balik misi berjalan dan percutian kita yer..
Comments