Skip to main content

Demimu Isteri, dari Suami

<img src="demiisteri.png" alt="kepahbakar">

Cuti Umum Awal Muharram, jatuh pada Hari Jumaat.

En Suami ajak keluar berdua "Jom pergi SPA lepas tu shopping "

So, anak2 terpaksa tinggal dengan pengasuh.
Lebih kurang macam "our time" jugak la..
Ambil masa dan kelapangan untuk layan pasangan tanpa anak2.

Allahu..Seronoknya....

Memang pun, dari sebelum beranak sampai ke hari kiteorang keluar tu aku tak pernah buat treatment rambut sebab tak pernah ada peluang nak keluar sendiri.

Dia kesian kat aku kot. hahaha..

Banyak cerita viral yang aku baca pasal laki complaint isteri GEMUK, badan dah tak mantap, isteri tak secantik sebelum kahwin etc..Ada jugak yang cakap perkahwinan hambar seolah-olah tiada penyeri sebab masa bersama dan bermesra sangat kurang.


<img src="demiisteri.png" alt="kepahbakar">

Macam kes kat atas ni, dia nak isteri dia cantik macam sebelum melahirkan 6 orang anak dia..

Tapi bila baca pendapat orang lain, yang komen pada post ini, semua salahkan suami dia..
Ada yang cakap salah suami sebab biarkan isteri dia jadi tak cantik, laburlah duit untuk bagi isteri nampak menawan. Bila mata kita nampak cantik, macamtu jugak orang lain. 

Tugas dan tanggungjawab si Suami sebenarnya besar kalau nak dibandingkan dengan Tanggungjawab isteri. Kalau isteri adalah seorang surirumah, jaga makan minum suami, uruskan rumah dan anak2, kadang-kadang memang tiada masa untuk diri sendiri. 

Tak adil untuk si Isteri hanya menerima kritikan sedangkan hak dia sebagai isteri diabaikan..

Hak isteri yang suami perlu sediakan adalah makan, pakaian, dan tempat tinggal TERMASUK kebahagiaan.

Suami kenalah tolong isteri buat kerja rumah , dan tolong jaga anak2 kalau si isteri adalah surirumah. 

Lelaki atau suami tak boleh EGO dan tak sepatutnya membiarkan isteri buat semua sendiri dengan alasan tugas suami adalah mencari rezeki. 

Sesekali hantar isteri pergi SPA, Salun Rambut atau biarkan dia berjalan ke mana dia nak pergi dan hulurlah duit poket sikit untuk dia berehat sekejap dan beli apa dia nak untuk bagi SEDIKIT kegembiraan setelah penat menjaga rumah dan anak2.

<img src="demiisteri.png" alt="kepahbakar">

Dah kalau bini cantik, wangi, badan mantap dan maintain pun si suami jugak yang suka sampai tengok perempuan lain kat luar tu tak selera. Siap cakap, buat ape nak cari lain, bini aku lagi cantik dari dia..

Haaaa...baru la aman bahagia rumahtangga..

Penjagaan badan lepas bersalin penting untuk Isteri. 
Urutan, mandian, rawatan semua penting untuk perempuan selepas bersalin. Lelaki iaitu suami, kalau nak isteri maintain dan mantap walaupun dah bersalin banyak kali, carilah dan bayar upah untuk bidan atau sekarang dah banyak tempat atau orang yang menyediakan perkhidmatan perbidanan untuk perempuan yang baru lepas bersalin dan harga selalunya ikut pekej. Ini termasuk penjagaan, rawatan dan penyediaan makanan oleh bidan tersebut. Cuma perlu sedia duit sahaja. 

Aku sendiri dah 2 kali bersalin kedua2 nya aku ambil pekej terus dengan Bidan tu termasuk rawatan badan dan penjagaan bayi. Senang untuk Suami dan terbaik untuk isteri dalam pantang.

Pada pendapat aku, ini semua masalah individu yang membawa kepada masalah dalam perkahwinan. Jujur aku sendiri kadang-kadang ada masa macam tak best, rasa nak marah, bad mood bila masalah bertimpa start dari rumah dengan anak, dengan suami sampai lah ke masalah di tempat kerja. Biasalah, perempuan kan.......

Tapi, En Suami SELALU akan jadi yang sebalik nya..Dia akan jadi seorang yang very supportive, dia akan suruh aku cakap terus apa yang aku tak puas hati samada di rumah atau dia akan bawak aku keluar makan tempat feveret aku.

Even, cuti aku dah nak habis ke, duit dalam wallet tak banyak ke, dia tetap jugak akan layan mood aku yang tak baik tadi tu, untuk ubah kembali kepada normal. 

Dia CUBA macam2 cara asalkan aku OK balik.

Dan jenis aku, memang bukan nak merajuk atau nak bad mood lama2. Aku cepat je cool.


<img src="demiisteri.png" alt="kepahbakar">


Dan jugak, En Suami punya perangai susah nak keluar sensorang, nak jugak keluar dengan aku baru kerja dia jalan. Dia sangat suka bercuti dan plan macam2 dengan aku sebab mana tempat yang kiteorang pergi adalah untuk cari makanan sedap sdan sebab kiteorang sangat suka MAKAN..hahaha

PLUS impian dia masa kiteorang kahwin, dia nak bawak aku round 1 Malaysia untuk bercuti.
Kiteorang hanya sempat ke Melaka, Perlis, Kedah, Johor, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, dan Negeri 9, Selangor dan Kuala Lumpur dan terpaksa stop planning berjalan lagi sebab aku mengandung dan mengandung lagi dan sekarang kena tunggu anak besar sikit baru nak start berjalan balik.

Kesimpulan untuk update kali nih, fahami tugas dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri sebaik mungkin untuk kita lalui kehidupan berumahtangga dan sentiasa berbincang dan bertolak ansur untuk setiap perkara.

Moga kita semua dirahmati dan berjaya di dunia dan akhirat

Amin...

XOXO



Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...