Skip to main content

Ammar Solihin

Ammar Solihin Bin Khuzaini

Lahir pada 10 Disember 2015 pada jam 5.15pg di Hospital Besar Permaisuri Bainun Ipoh
Anak sulung saya..Seorang bayi lelaki..Berat ketika lahir 2.8kg.

Kelahiran yang amat dinanti oleh aku dan suami setelah setahun lebih mendirikan rumah tangga..
Seorang bayi yang amat comel menyerupai aku..yelah, aku kan comel..hehehe

Aku bersyukur kerana urusan bersalin dipermudahkan sehingga tiada apa yang sukar aku lalui..
Agak susah nak teran, yelah, 1st time kan..dah la tade suami kt sisi nk bg sokongan. harap kan 2 org nurse je yg nak tolong aku lahirkan baby aku..

Agak kelam kabut sebenar nya kalau nak di ingat..



personapercintaan.blogspot.com
Ni la dia budak yang bernama Ammar Solihin tu

Gambar atas ni masa OTW nak pegi beli JUMPsac SSC untuk bawak Ammar ni.


Stroller ada tapi mcm susah nak ngangkut bila keluar, so decided beli SSC untuk Ammar..

Ammar Solihin cucu ke 5 dalam keluarga belah suami aku..
Cucu yang ke 8 dalam keluarga aku..
Tapi Ammar ni manja belah suami aku sebab mungkin 1 rumah kot kan..

Dia sangat kurang meragam kalau compare dengan semua cucu belah suami aku nih..so salah 1 sebab dia nih feveret cucu lah..senang nak jaga..tido je keje nyer..sebab perut dia kenyang..nape kenyang sebab susu Ibu dia melimpah ruah, Alhamdulillah..
Syukur dia atas kurniaan dan rezeki itu dari Allah S.W.T untuk aku..
Sepanjang dalam pantang tu Ammar adalah meragam sikit, tapi normal la kan..dia baru nak tengok dunia dan baru nak masuk dalam alam yang lain..semua baby pon kebanyakan akan lalui fasa macam tu..

Sampai la umur Ammar dah nak masuk 4 bulan, Uci (panggilan untuk nenek/opah) Ammar ke Indonesia, berjalan dengan kawan2 dia sebab aku pun dah abes pantang, kiteorang tinggal 3 beranak kat rumah..
Masa ni dalam bilik ada katil lagi..
Aku dah siap tido kan Ammar, bangun ke dapur nak cuci botol, nak kemas dapur sikit2..

En Suami pon buat kerja dia sikit..

Tinggal Ammar dalam bilik sensorang, yelah dah tido kan..
Letak dia dekat tengah katil tapi sebab penghalang kaki tade, Ammar JATUH!!!!
Aku tak dengar langsung bunyi dia nangis, tapi yang aku dengar suara En Suami aku jerit,

Allah…Allah…Allah… Anak jatuh…

Aku dengar masa tu aku tak tau nak cakap ke nak jerit ke, tapi Allah je yang tahu perasaan aku masa tu..
Aku sangat terkejut, sangat tergamam..
Anak aku jatuh katil di usia 3 bulan..
Allahu….

Aku ambik Ammar, aku pujuk dia, Alhamdulillah, dia nangis kuat sangat (salah 1 yang perlu kita tengok bila baby jatuh) dan bila aku pujuk dia diam..
Cepat2 cek bahagian badan, ada lebam ke, tekulai ke, kot2 patah ke..tengkuk dia sume ok..
Tapi yelah, Ammar anak 1st, aku sangat kurang ilmu parenting so aku jadi sangat2 risau..aku nangis non stop malamtu, and esok tu aku CUTI..demi mu anak..
Aku takkan boleh fokus kerja aku kalau asik fikir anak dan kang tak pasal aku asik nangis je kang masa buat keje..emo kan?hahaha..gila ko tak emo..anak aku kot..

Aku banyak baca blog dan FB Dr Zubaidi untuk rujukan aku tentang anak even untuk diri aku sebagai perempuan dan Ibu ni..kebanyakannya sangat mudah untuk aku follow dan faham..

So, Alhamdulillah..sampai sekarang Ammar sihat walafiat..tiada kecederaan mahupun kesan daripada jatuh tersebut..hihihi…

Dan akibat dari itu, bilik kami tak de katil..tilam diletakkan di atas lantai dan ada penambahan tilam saiz Single sebab nak bagi can Ammar tido berlasak di atas tilam tu masa tido..

personapercintaan.blogspot.my
bergabung!!!
Ni lah rupe nye tilam bilik aku, masa ni baru lepas vacum, lap habuk, sume lah..
Bawak keluar semua bantal, buai, kerusi solat En Suami baru senang nak vacum..
langsir pon bawak naik atas semua..
Ada kecacatan cat di dinding ituew...wehu wehu wehu...

Ammar cepat berjalan..Umur 11bulan dia dah berlari dah..
Tapi Ammar lambat tumbuh gigi..
Tapi orang cakap itu normal..mesti salah 1 akan cepat dan satu lagi lambat..
takpelah asalkan anak Ibu sihat..
Alhamdulillah..

Ammar cepat ada adik..kehamilan aku yang kedua sangat tak dirancang dan tak diduga..
Ada cerita dalam cerita itu..akan bukak cerita lain di lain entry..

Sekarang Ammar dah nak masuk 2 tahun..
Sangat lasak..sangat aktif..



personapercintaan.blogspot.my
nak hemsem kena pakai bedak tebal-tebal, Uci (MIL) cakap..

personapercintaan.blogspot.my
alah hensemnye anak Ibu..

personapercintaan.blogspot.my
MIL aku ngan cucu sayang dia

personapercintaan.blogspot.my
Masa ni Ammar baru keluar oven..lain sangat muka dia kan bila dah besar

personapercintaan.blogspot.my
Masa tunggu En Suami parking kereta pastu naik buggy ke bilik kami kt Grand Lexis

personapercintaan.blogspot.my
kat Grand Lexis..

personapercintaan.blogspot.my
Hari Raya 1st kami dengan Ammar..tu kat hidung ada merah..jatuh tilam..hahaha

 Ok semoga kenangan ini dapat diabadikan kat sini..
Itu jer nak coret setakat ni..Nanti sambung cerita Ammara Solehah pulak..
Ngeeee..
XOXO




Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...