Skip to main content

Akibat Minum Air selusuh terlalu awal

Hi,


Akibat Minum terlalu awal

Harini nak cerita pasal air selusuh sebab ada kawan baik aku ni dah cukup 40minggu mengandung tapi masih belum ada apa2 tanda untuk bersalin. Sekarang setiap hari dia kena pergi ke hospital untuk cek CTG.

Aku whatsapp dia tanya khabar,tanya jugak mana tau dah ada tanda tapi belum ada sakit contraction..(macam aku masa mengandung Ammar,minggu ke 38 ada sikit darah turun) tapi lagi 4 hari nak sampai due date baru bersalin..
Lepastu,dia tanya aku boleh ke minum air selusuh kot kot boleh cepat bersalin?

Ni aku nak tegaskan,
Tolong yer...tolong sangat2..pada sapa yang baca post ni,yang nak cari tips tentang air selusuh..


Tolong jangan minum air selusuh sehingga bukaan sudah 4-6cm sahaja!!! (ada gynae yang hanya benarkan minum air selusuh bila bukaan sudah 8cm)

Ini bukan perkara remeh dan aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku sendiri yang masa tu aku dipaksa minum air selusuh pada hari selepas turun darah tu lagi..

Aku paling ingat MIL aku mintak dekat sorang Ustaz ni air selusuh untuk aku dan siap dengan minyak kelapa dara pun sudah *diselusuhkan* yang aku harus minum.


Akibatnya, tanda yang besar keluar 3 hari sebelum aku betul2 bersalin (Isnin) iaitu keluar lelehan coklat yang sangat banyak masa aku bangun nak solat subuh. Tapi masa tu aku tak rasa sakit ape2..dan air selusuh serta minyak selusuh tersebut belum habis aku minum..


Pagi selepas tanda tu keluar,selepas solat subuh aku,suami dan MIL aku terus ke hospital..masa ni sakit belum ada lagi..tapi aku kan takde pengalaman..takot sangat kot2 jadi yang bukan2,pergi jugaklah ke hospital untuk cek bukaan..

Sampai hospital,belum ada bukaan lagi pada masa tu..kami pon balik..
Sampai rumah MIL aku suruh aku sambung minum air selusuh serta minyak selusuh tadi dengan harapan proses bersalin aku cepat dan dipermudahkan..

Siang bertukar malam....

Dan malamtu aku rasa perut aku sakit sangat..nak jalan pon sakit, nak buat ape pon sakit sangat!


Aku tahan sakit tu sampai hari Rabu iaitu hari ke 3 lepas tanda turun dan masa tu sakit yang aku rasa hanya Allah yang tahu..masa ni aku langsung tak tahu ape2 lagi dan aku hanya hadap je sakit tu..sakit beranak weh....sakit!!!!!


Pagi tu dalam pukul11 pagi kami gerak ke hospital,sebab dah sakit SANGAT2 dan ada air keluar dari kemaluan aku bilamana aku duduk akan rasa basah..

Sampai hospital,macam biasa procedure cek tu aku tempuh lagi..dan keputusan  pemeriksaan air ketuban aku bocor!!! Masa tu bukaan hanya 1cm..dan sakitnya Ya Allah....


Aku ditahan di wad sebab aku kena diberi antibiotik dan sebab sakit aku tu dianggap pelik,yelah sakit sangat tapi bukaan hanya 1cm..

Aku masuk wad masa pertukaran shif nurse, yang baru masuk dia terus tanya aku,ada minum air selusuh ke (sebab tengok aku macam suffer sangat)..aku terus jawab ada..dan masa tu aku terus kena marah..

nurse tu cakap memang akan sakit sebab laluan tak bukak lagi tapi baby dah tolak2 kat dalam..nurse ada cakap lagi akibat daripada minum air selusuh terlalu awal sebelum bukaan sekurang2nya 4cm boleh mengakibatkan rahim pecah!!!!!
Allahu....
Dan kes itu ada berlaku!!

Dalam kes aku,agak bernasib baik sebab hanya mengalami air ketuban bocor dan sakit yang teramat sangat..kebocoran air ketuban akibat daripada tekanan contraction yang amat kuat..dan apabila air ketuban bocor,dikhuatiri kandungan akan dijangkiti kuman..


Sebenarnya banyak lagi kesan buruk akibat terlalu awal minum air selusuh..tapi yang aku ceritakan berdasarkan pengalaman dan keadaan yang berlaku pada aku sendiri yang mungkin boleh dijadikan iktibar untuk orang lain..


Sekian..
Akibat Minum terlalu awal

Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lupa untuk a