Skip to main content

Susun atur Bilik a.k.a rumah kami 4 beranak

Saya menetap di rumah mertua..
Dari mula lepas melahirkan sampai la sekarang ni dah 2 orang anak
So ruang yang agak terhad untuk kami 4 beranak sebenarnya.

Aku sentiasa fikir cane la nk susun atur segala barang kami 4 beranak ni supaya sentiasa kemas, senang di urus, senang di cari/capai, sesuai untuk anak aku since dia sangat suke "mengemas" barang2 yang aku dh kemas dan yang paling penting paling selamat

Dari tahun lepas, 2016 aku start tukar susun atur bilik tu kepada barang2 Ikea ..

1st skali aku nak tukar almari baju kami suami isteri yg asal nye almari 4 pintu 1 set dengan katil, meja sisi dan almari solek.

Almari tu dah tak boleh nak tampung muatan baju2 kami yg masa tu ada 3 beranak jer..
Plan aku yang awal adalah install almari ikea yg kiter sendiri boleh customized.ikut susun atur dan barang ape yang kita nak letak dalam tu.
Agak susah jugak, berhari2 aku study, select, customized combination guna apps yang ikea letak kt website dia tu.
Sangat puas hati kalau dapat.
Tapiiiiii ,masalah aku yang utama adalah transport. Kalau lah jadi plan aku ni, aku kena sewa 1 van untuk hangkut almari tu yg saiz nye 238cm which is 8kaki mcm tu..
second masalah aku adalah bab pemasangan..since aku duduk Perak, untuk ambil pemasangan by ikea, akan di cas sangat mahal dan tak berbaloi..Suami aku ada..tapi sape nak handle Ammar masa nak pasang almari tu sume..itu pon kena amek kira gak..plus masa ni aku tengah mengandung 6 bulan lebih..mana nak pasang almari, mana nak kejar ammar, mana nak tido kan ammar yang pulak masa tu dia kalau nak tido je nak "bergayut" ngn aku..

Ok sambung citer almari..
Aku terpaksa cari alternatif lain untuk almari tu..
Sob..sob..sob..

Aku nak almari yang besar which is 8kaki x 8kaki
Alang alang beli kan. Tanak nanti dah beli kecik kena beli almari lain lagi pastu nampak semak sebab bercampur pattern saiz sume..
Design partition dan shelf kat dalam almari semua pon aku kena plan baik..
Gila hoiii tak kena plan..kena ingat almari tu bukan aku sorang je punya barang plus kena amek kira plak laki aku aku tu yang kena siap kan anak pepagi..tu belum MIL aku lg..hahahaha..

So bemula la misi pencarian aku..
Macam biasa aku akan survey dulu dekat kedai2 perabot yang bila aku senang nak pegi.
Contoh nya time lunch aku akan keluar pegi kedai perabot sekitar tempat kerja aku..
dan aku cari jugak kt Facebook kedai kedai perabot sekitar Ipoh dan Batu Gajah.
Macam2 kedai aku suruh PM, sampai la 1 kedai ni betul2 almari yang aku nak tu harganya kurang RM200 dari kebanyakan kedai yang aku dah survey.

Sampai la ada 1 weekend nih aku paksa En Suami aku keluar pegi kedai tu. kalau tak paksa ntah bila la agak nya aku dapat start mengemas.
Kami ke Station 18, senang nak cari kedai tu..
Kedai Hiasan Intan Patel nama kedai tu..
Perabot Murah Ipoh

Deal dengan tauke kedai tu dapat la seperti yang diidamkan.
Dalam masa 14 hari = 2 minggu akan siap dan akan dihantar ke rumah..
ok DONE..Settle masalah almari baju.
Tunggu je sampai dan akan di pasang di rumah..
Nanti aku sambung cerita ubah suai dan susun atur aku ni yer.. sebab dah agak panjang gak nih..
Kang mcm syok sendiri je pos pepanjang..

Semoga bertemu lagi.. di Part ke 2 tentang bilik ni..
Daaa..XOXO




Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...