Skip to main content

Main Kutu

Sangat familiar kan tajuk aku..
hahahaha..

Terfikir masa sedang drive otw ke tempat mencari rezeki tadi.
Ntah ape cerita nye sebab aku tetiba berfikir pasal main kutu ni pon dah tak ingat..
hahaha

Main kutu ni bila kita masuk dalam 1 kumpulan ni, cabut undi bulan ke berapa akan dapat duit, setiap bulan dah tetap kena "bayar" sekian sekian amount, dalam tempoh sekian sekian bulan..
Kalau dapat no 1 untung lah..sebab ko amek duit dlu baru bayar..klau dapat no last contoh nya ko akan "bayar" dulu baru terima duit..ini lebih kepada konsep simpan..

Main kutu dulu2 zaman mak2 kita..
Dieorang masuk main kutu sebab nak dapat duit segedebuk macam tu..
Sebenar nye mcm konsep simpan duit jer..cukup bulan yang kita simpan duit tu pastu kita amek duit tu beli la ape yang kita nak.

Main kutu ni sebenarnya pon adalah simpan duit dengan cara membayar. So dengan komitment tu, kita akan lebih komited untuk menyimpan sebab kita ada rasa tanggungjawab kena bayar duit tu pada orang.
Bayangkan kalau kita tak de komitmen macamni rasa2 boleh tak disiplinkan diri kita dengan simpan duit secara tetap setiap bulan?
hmmmm....
Bergantung kepada individu..

Main kutu zaman sekarang ni lebih pelbagai tujuan nya..
Contoh nya, main kutu emas, main kutu periuk, main kutu roadtax kereta..mcm2 lah..
Pernah aku ke Kelantan, masa tu Tahun Baru 1 Januari 2017..
Suami aku dapat job hantar barang ke Jeli..
So, since aku cuti dan dah boleh bawak Ammar jalan jejauh sikit, En Suami pon ngangkut la aku mak buyung ni dan Ammar sekali..

Sampai kat Jeli, kira dah habis kerja lah ni, En Suami tanya nak balik ke nak bejalan?
So aku dgn meggeletisnye of course lah nak bejalan kan..yelah lama kot merap tak bejalan..
Alang-alang dh sampai moh le kiter pegi jauh sikit..
Kami ke Rantau Panjang..
Ada cerita tragis kami ke Rantau Panjang ni sebenarnye..
Nanti la cerita..
Sampai sne, aku duk menggila macam la ada rumah sendiri, nak membeli berbagai2 barang sume..
Ada 1 kedai ni satu kedai ni aku pegi, jual periuk..
Aku tanya harga berapa sebab ingat nak belanja MIL aku lah..
Harga dalam RM180 satu set..dari sekecik2 periuk ke sebesar2 periuk..
Idak la sebesar kawah tu kennn..
Tapi ada 4 set macam tu lah..
Akak tu cerita ramai dah beli set ni, ala-ala laku keras mcmtulah..
Sebab yang beli tu sume beli atas sistem main kutu..

Sepupu aku pulak jual emas..
Sistem kutu..aku tak pasti lah macam mana sistem kutu dia ni sebenarnya..
Dia set kan emas berapa gram jenis ape suma, pastu harga untuk seorang bayar berapa..
Tapi aku terfikir plak, kan berat emas ni tak sama untuk setiap barang, so macamana kalau ada orang dapat lebih gram ada orang dapat kurang?
Hmmmm…

Tapi apa yang aku nak highlight kan sekarang ni adalah cara kita membeli dan menyimpan..
Kenapa perlu main kutu?kalau kita sendiri sebenarnya kena didik diri kita simpan duit secara disiplin. Tak perlu ingat simpanan itu adalah komitmen yang menyusahkan..
Bahasa yang lebih mudah, takde duit tak payah beli..ada duit lebih simpan..
Dan simpan di tempat yang betul, untung-untung duit tu beranak pinak..
Contoh lagi, masuk dalam team kutu 12 orang, sebulan bayar RM100, Total akan dapat bila sampai turn kita, RM1200.
Bayang kan ea kalau kita disiplin bayar duit kutu tu, kita disiplin kan diri kita simpan banyak tu jugak sebulan sekali dalam ASB contohnya, setahun akan jadi RM1,200 jugak dan dah tentu2 bila cukup tempoh masa plus dividen (even tak banyak) tapi simpanan tu ada jugak penambahannya..kan…
Dan duit tu pon di jamin selamat dan boleh dikeluarkan bila2 masa diperlukan..

Bukan macam kita main kutu nih, risikonya adalah jika salah seorang pemain tu, turn dia dah lepas, pastu time dia nak kena bayar,dia lari….
Senak perut kot kalau tu, tiba time kita duit yang dapat tu tak dapat seperti yang dijanji..Kan susah mcmtu..

So pilih lah medium yang selamat untuk simpan duit kita, dan membeli lah bila kita mampu untuk beli sesuatu yang kita inginkan tu a.k.a cukup/ada duit baru beli..

Oklah, cukup la cerita kutu ni..heee..
XOXO






Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

1  February 2018 Assalamualaikum. Andai kamu mencari yang sempurna Pasti kamu merana sengsara Carilah yang tidak mencela Mampu menerima dirimu seadanya Yang berkongsi saat gembira Dan sentiasa bersama di saat berduka Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita, yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat. Jika kita SUKA seseorang, kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun. Tetapi jika kita CINTA seseorang, kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita. Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia. Perlu ...