Skip to main content

Susah untuk mendapatkan seorang pekerja yang komited dan disiplin

Baru-baru ni En Suami merungut...


Sekadar hiasan

"Susahnya nak cari orang yang betul2 nak kerja"

Keadaannya apabila ada order masuk tapi bila call orang untuk kerja, tak berjawab dan mesej/Whatsapp tak di reply LANGSUNG dari pagi sampai ke tengahari..

Akibatnya terpaksa order lori luar untuk penuhi order yang masuk tadi..

Akibatnya untung untuk order yang masuk tadi pergi kepada orang lain..

Akibatnya, resources yang ada tidak digunakan dan dianggap menyimpan nya adalah suatu kerugian.

Akibatnya, modal yang banyak terpaksa dikeluarkan dan margin untung sangat kecil dan akhirnya syarikat menanggung kerugian..

hmmmm...

Dalam zaman kesusahan dan struggle ni, masih ada lagi segelintir orang yang masih tidak mahu betul-betul fokus untuk mencari rezeki dan komited dalam melakukan kerja.

:: Aku ada terbaca dalam perkongsian Blogger terkenal macamana dia sendiri memulakan Bisnes yang dia buat hanya daripada menjadi Dropshipper SAHAJA (Blog: Aku Bukan Bidadari)

Hidup di Zaman N***b ni, memang kena struggle.

Isteri sekarang susah untuk hanya dijadikan Seorang surirumah kerana mereka juga harus sama2 mencari rezeki tidak kira samada bekerja dari rumah atau berniaga dari rumah/Online, atau keluar bekerja mencari rezeki.

Kerana jika hanya mengharapkan pendapatan suami, mungkin agak susah dan susah untuk ada peningkatan dalam hidup, contohnya untuk membeli rumah atau kereta kerana pendapatan suami tadi akan menanggung segala perbelanjaan hidup keluarga yang mana di Zaman N***b ini segala KOS adalah tinggi.

Kalau tidak berhemat dan beringat, kewangan anda akan mengalami masalah.

Itu jika tersalah perkiraan, tidak berhemat dan berjimat dengan pendapatan yang kita dapat..

Bagaimana jika kerja di depan mata, tetapi tidak mahu bekerja mencari rezeki?

Sedangkan yang bekerja bersungguh-sungguh pun masih tidak mencukupi, ini pula langsung tidak mencari?

Tapi ini adalah realiti..

Kawan baik aku yang ada kilang besi, dulu pernah merungut mengenai pekerja warga tempatan. 

Bukan tidak mahu, tetapi kebanyakan dari "orang kita" agak 

1. Gemar memberikan alasan 
2. Susah untuk di bawa berbincang..
3. Selalu Cuti
4. Tidak mahu melakukan kerja berat (berat bagi dia, bukan tugasan)
5. Selalu ponteng
6. Mahu gaji yang tidak setaraf dengan kerja
7. Melawan 

Akhirnya, kawan baik aku tadi, telah mengambil pekerja warga asing yang lebih mudah diuruskan dan lebih banyak skill berbanding pekerja tempatan.

Memang agak sukar difahami bagaimana orang yang tidak mahu bekerja dan betul2 bekerja ini berfikir..

Adakah mereka akan terus-terusan meminta jika kesusahan dan bila keadaan tersepit? sedangkan peluang untuk mereka mencari rezeki iaitu duit ada di mana-mana..

Renungkan...




























Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno...