Skip to main content

Rezeki Allah itu Luas..Jangan Terlalu Memilih Kerja Demi Status

Dalam cerita pasal kerja, aku berhutang sampai keliling pinggang ada kat sini,



<img src="rezekiAllahLuas.png" alt="kepahbakar">
Gambar sekadar hiasan

Aku ada jumpa seorang hamba Allah ni, berkelulusan dalam bidang kejururawatan. Dia tak dapat diterima bekerja di mana mana hospital setelah sekian lama tamat pengajian dan dia telah bekerja dalam pelbagai bidang termasuk “Home Nursing”.

Sebelum ni, dia berkerja di syarikat yang menjual “Medical Device” dan sementara itu dia melakukan part time untuk “home nursing’ tu.

Pendapatan dia sangat OK dan dia masih mempunyai masa terluang dan cuti yang banyak.
Tetapi, keluarga beliau sangat malu dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang sebab dianggap seperti “tukang gaji” dan memaksa beliau mencari kerja di tempat yang dilihat seperti Seorang “jururawat” dengan memakai uniform, dan bila ditanya tempat kerjanya, tempat tersebut boleh dikatakan seperti sebuah pusat perubatan. Walaupun pada hakikatnya gaji yang diberi ditempat baru itu JAUH lebih rendah dari yang sebelumnya. 

Demi STATUS dan kepuasan hati keluarga yang menginginkan pujian, beliau tadi terpaksa melalui satu keadaan yang sangat tertekan. Tertekan atas faktor kewangan untuk membayar hutang kereta, PTPTN dan hutang peribadi sehinggakan duit untuk ke tempat kerja pun sudah tiada.

Beban kerja yang sangat teruk/susah, dan susah untuk mendapatkan cuti dan juga terpaksa bekerja pada Cuti Umum tanpa apa2 ganjaran dari pihak majikan.

Dulu…

Masa aku pindah balik ke Perak untuk duduk dengan keluarga aku, dengan lambakan hutang keliling pinggang, aku sanggup terima apa sahaja kerja (tanpa memilih bidang) asalkan aku tidak menyusahkan mak abah aku menanggung aku dan semua hutang2 aku.

Aku bekerja di STESEN MINYAK PETRONAS sahaja sebagai kerani (pada peringkat awal) dan hanya ditawarkan gaji sebanyak Rm1,000 sahaja sebulan. Aku terima dan dalam masa yang sama aku tetap mencari kerja di tempat lain untuk gaji yang lebih banyak tanpa mengira apa bidang sekalipun. Tetapi, disebabkan prestasi kerja aku bagus, dan aku boleh buat akaun bos aku, dan membuktikan sesuatu kepada Bos aku, gaji aku dinaikkan dan elaun aku ditambah. Ohh yer..kat Stesen aku boleh buat OT kalau waktu kerja aku 8pg sehingga 4ptg sudah tamat. Dari situ aku boleh tambah pendapatan aku. Yelah, hutang kan banyak.


Tetapi, ada makcik2 kampung aku memandang aku yang berkelulusan ni, hanya bekerja di stesen minyak, dengan memakai uniform seperti yang di pakai oleh pekerja asing di tempat kerja aku..

Dan makcik itu berkata “dia kan ada degree, kenapa kerja stesen minyak?”

Bagi aku, kerja apa pun tak kisah, janji kita tahu apa yang kita buat dan pekerjaan itu HALAL dan boleh menyenangkan hidup kita. Aku bangga dengan diri aku sendiri, walaupun aku tidak diterima bekerja di Syarikat ternama, GLC mahupun KERAJAAN, tetapi aku tidak menyusahkan mak abah aku dan dengan gaji aku, aku boleh membalas budi mak dan abah aku walaupun aku hanya bekerja di STESEN MINYAK. Bagi aku status tidak penting. Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. 

Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan diri sendiri dan meningkat taraf hidup sendiri. Bayangkan, makcik yang bercakap tadi, anaknya sanggup tidak bekerja kerana tiada pekerjaan yang sesuai untuknya sedangkan dia juga mempunyai segulung ijazah sama seperti aku.

Akhirnya, apabila aku sudah tidak lagi bekerja di stesen minyak itu, dan bekerja di mana aku bekerja sekarang, dia mungkin nampak aku sudah OK dan ayat sedih keluar dari mulutnya

“Anak makcik sampai sekarang tak buat kerja ape pun, duduk jer kat rumah”

Kisah adik aku sendiri, yang MENGGANTUNG degree dia dalam bidang Engineering dan start berniaga online barangan bayi (tilam, bantal kekabu asli) yang dijahit sendiri . Sama seperti aku, ada juga orang mempertikaikan pekerjaan dia,

Kenapa menjahit?

Kenapa tak mintak kerja kerajaan?

Jawatan guru ada kekosongan, tak mintak ke?

Apa guna ada degree tapi menjahit kat rumah?

---- soalan itu seakan2 menghina sumber pendapatan adik aku. Dan seolah2 hanya kerja kerajaan sahaja yang layak untuk dibanggakan untuk memuaskan hati mereka.  

Sehingga sekarang, adik aku masih membuat bisnes online termasuk PERSONAL SHOPPER pelbagai barangan. Boleh add FB dia NANI ABDUL RAHMAN dan masuk dalam group whatsapp untuk menjadi pelanggan dia)

Alhamdulillah, kami tak pernah suka-suka menganggur duduk dirumah dan kami sanggup lakukan apa sahaja untuk menceri rezeki tanpa mengira status dan cakap2 orang.

Rezeki Allah S.W.T itu Luas.

Kesimpulan dari kisah ni tadi, rezeki kita datang dari Allah, dari mana pun asalkan ianya halal , jangan dihina dan diperkecilkan. Jangan terlalu memandang status dan kedudukan tambahan pulak di zaman sekarang yang kos hidup terlalu tinggi dan susah untuk mendapat pekerjaan. 

Ada jugak orang yang melakukan dua kerja dalam sehari untuk mencari pendapatan lebih demi menyara keluarga. 


Carilah kerja yang halal dan kita gembira untuk bekerja (baru datang keberkatan) daripada kita merungut dan asyik terbit rasa malas nak pergi kerja dalam hati, seakan terpaksa. Lama kelamaan, rezeki yang kita terima itu pun tidak diberkati kerana tiada ikhlas dalam hati.


Comments

Popular posts from this blog

Masalah apabila Menggunakan Kad Debit di Stesen Minyak

Situasi 1 Isi kurang dari jumlah yang kita bagitau kat kaunter dan refund yang lambat Petang Khamis, on the way balik dari tempat kerja, aku ke Stesen minyak Petron untuk isi minyak. Macam biasa aku akan gunakan kad debit untuk isi minyak sebab aku jarang ada cash.Cash aku simpan semata-mata untuk belanja makan aku jer bila pergi kerja..dan memang tak pernah banyak..kadang-kadang cukup untuk belanja seminggu jer.. So, aku terus ke kaunter dalam kedai dan bagitau jumlah yang aku nak iaitu RM90.00..Dah isi tengok-tengok aku boleh isi RM85.00 je itupun dah 3 kali aku pam jugak masuk..untuk mengelakkan tumpah keluar aku pun stop dan letak balik pam tu.. Aku masuk semula ke dalam kedai dan bagitau cashier tu yang aku isi tak cukup RM90 maksudnya ada balance RM5. Cashier tu mintak kad aku balik dan sup sap sup sap dia buat pastu print receipt semua dia cakap OK.. Aku pun keluar la dari stesen tapi dalam kepala otak macam ‘hmmm…apa akan jadi kalau dia cas aku 2 ...

Tips:::Buat pinjaman atas nama sendiri untuk orang lain

Hi, Kecoh sekarang kes artis perempuan yang dulu femes menyanyi berkumpulan pasal kes percaya bagi kawan baik dia guna nama dia untuk buat loan beli kereta..atas dasar percaya si kawan tadi tak terfikir yang dia akan kena khianat..akibatnya 2 tahun dia duduk kat dalam negara sahaja sampaikan nak jenguk anak kat luar negara pon tak boleh (pasal ape anak dia kt luar negara tu tak pulak aku tau)... Ok ni tips yang aku pernah buat masa aku tolong belikan kereta untuk adik aku yang tak boleh buat loan sebab bank statement dia tak berapa cantik.. 1. Korang kena tanya kereta apa yang dia nak pakai dan berapa bayaran bulanan yang dia mampu untuk berapa tahun. 2. Bila dia dah bagitau kereta apa, tolong dia cari dekat kedai atau di  mudah.my  kereta yang dia nak tadi tu 3. Dalam pemilihan jenis kereta, korang kena ambil kira jugak, kalau nanti korang yang kena pakai kereta tu, amatlah penting pilih kereta yang senang untuk dijaga dan rendah kos maintenance dan jangan lup...

Rumah RPA:Pindah Milik Rumah Dari Ayah kepada Anak (Selepas Sebulan Permohonan)

Surat yang memberitahu permohonan untuk Kelulusan MB telah pun diterima pada 17 November 2017. Alhamdulillah... Untuk proses seterusnya, aku perlu ke Pejabat Tanah semula untuk melengkapkan Borang 14A bagi proses pemindahan hak milik atas dasar kasih sayang. psstt-.-.-.- korang kena bawak sesiap Pen DAKWAT CAIR warna hitam untuk isi semua borang tau. bukan Ball Pen (pen mata bulat) Selain boleh di muat turun di web, Borang 14A boleh juga di ambil terus di Pejabat Tanah Daerah dan terus di lengkapkan. Setelah selesai mengisi borang 14A tersebut, aku perlu ke Kaunter Unit pendaftaran Tanah semula untuk proses Pendaftaran dalam Sistem Selamat dan dikenakan bayaran RM10.00 sebagai Bayaran Penyaksian. Lepas tu akan keluar lah resit seperti di atas ni dan 2 keping Surat pengesahan. Bawa borang dan semua Dokumen ke bilik khas dan bertemu dengan Penolong Pentadbir Tanah. Selepas menandatangani borang tersebut di hadapan Peno...