![]() |
MIL kesayangan |
Tadi masa makan tengahari, aku makan sorang2 dekat kedai makan..pastu ada sorang perempuan dia pon sorang jugak..aku tanya dia boleh ke aku join dia duduk sekali?dia cakap boleh terus aku ambik pinggan,duduk depan dia..
Sembang2 lepas kenalkan diri semua, dapat la tau dia ni belum kahwin dan umur baru 27 tahun..
Aku dengan cerita aku lah,anak dah dua semua dan aku cerita kat dia aku duduk dengan mertua..
Dia terus buat muka dan reaksi macam biar betul.."duduk dengan mertua??wahhh..."
banyak soalan dia tanya dekat aku termasuklah aku ngam ke idak dengan mertua aku..privacy macamana..aurat kalau ada ipar /biras..
Senang je..sebenarnya duduk dengan mertua ni takkan ada masalah kalau kedua2 pihak bukan orang yang bermasalah..
Contoh yang bermasalah berdasarkan kes-kes yang aku pernah baca..alah korang pun mesti ada jugak pernah terbaca dekat socmed contoh Facebook page KRT tu..aku dah tak larat nak baca so aku unfollow..sebab aku rasa aku jadi takut dengan perkahwinan aku sendiri padahal itu masalah orang lain..hahaha..emo terlebih..so better tak payah baca..
Ok..masalah yang paling selalu aku baca pasal mak mertua bermasalah..ada yang dia nak anak dia sama macam sebelum kahwin..tanggung keluarga adik beradik...mak mertua ni kadang2 boleh pulak mereka2 cerita menantu dia ni pada anak dia..ada pulak kes yang aku dengar dari kawan baik aku sendiri kakak dia tido dengan suami dia sebilik dengan mak mertua dia sebab takot..macam2 lagilah..
Pastu masalah menantu hantu pon ada jugak aku baca..kebanyakan cerita bukan makcik2 tu yang tulis menceritakan perangai si menantu hantu ni tadi..yang bercerita si adik ipar atau kakak ipar semua ipar lah kepada menantu hantu ni tadi..cerita keburukan contohnya menantu ni duduk rumah mak dieorang suruh jaga anaklah,masak tak tolong,balik kerja terus memerap dalam bilik tak keluar2..
Untuk kes aku..
Aku cuma nak kan privacy jer..yang lain aku memang tade masalah dengan mertua aku..
Mak mertua dan bapak mertua aku saaaangat baik..aku start duduk dengan dieorang lepas bersalin,berpantang pon mak mertua yang jaga sebab mak aku dah meninggal..alhamdulillah..hubungan kami ok..mak mertua aku sangat rajin..pagi sebelum pergi kerja dah siap bekal makan pagi..balik petang dah siap makanan untuk makan malam..bayangkan!senangkan..itu baru 1..
Ok lepastu aku kerja normal hours,suami buat bisnes kecil2an..kerja dia paling banyak adalah time hujung minggu. So,hari biasa anak ada pengasuh,weekend memang aku yang akan jaga sementara En Suami pergi kerja. Tapi, MIL aku akan tolong jaga anak2 aku dan akan tolong buat kerja rumah..plus memasak..Baik kan?
Dan antara kami langsung takde masalah komunikasi. Ingat lagi bila hari Raya Aidilfitri, bila salam dia, sambil nangis2 drama air mata tu, aku cakap dengan dia, terima kasih jaga aku dengan anak2 aku, bagi tumpang rumah dia sementara suami aku a.k.a anak dia nak buat rumah untuk kami (tengah apply pemilikan tanah), tapi.....cepat2 dia cakap
"bukan tolong jaga, kita sama2 jaga, mak jaga kamu, kamu jaga mak"
Allahu...
"bukan tolong jaga, kita sama2 jaga, mak jaga kamu, kamu jaga mak"
Allahu...
Aku bersyukur sangat diberi mertua yang sangat baik dan lapang hati, sangat memahami..aku tumpang kegembiraan dieorang, dieorang pun gembira jugak bila kami semua ada..
Aku ada baca pasal serumah dengan mertua ni, tak kira duduk di rumah mertua ataupon duduk di rumah sendiri dengan mertua.
Dari pembacaan aku, salah 1 nya di blog Ustaz Ridhuan Tee
"Dalam Islam tanggungjawab menantu terhadap ibubapanya sendiri dan
ibubapa mentuanya adalah sama."
"Ibu bapa mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati ibu bapa kita
sendiri. Kalau mereka kecil hati, sama seperti kita menyinggung perasaan ibu
bapa sendiri. Jika kita sayang anaknya, kenapa kita tidak sayang orang yang
melahirkannya juga? Penulis yakin ada ramai menantu kecil hati dan pendam
perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya sehingga
mengabaikan anak menantunya. Perbuatan sebegini sudah pasti bercanggah dengan
tuntutan agama Islam."
"Pengajaran daripada kisah ini adalah mentua mempunyai hak untuk
memberikan pandangan terhadap menantunya. Menantu sepatutnya memberikan contoh
yang terbaik kepada mentua demi menjaga keharmonian rumahtangga. Penulis yakin
bahawa suami akan lebih mengasihi isterinya, jika isterinya menyayangi ibu bapa
suaminya."
Dasar pencarian aku lebih kepada hukum suami apabila membiarkan isteri dia serumah dengan mertua tanpa bertanya samada si isteri selesa ataupon tidak dan dari segi aurat isteri dengan ipar duai..
Dan....ini yang aku jumpa, salah satunya
Sumber: Muhammad Naim Sulaiman
"Suami hanya wajib asingkan isteri apabila berlaku perselisihan, bukan terus asingkan
Perkara wajib diambil kira iaitu tandas asing & ruang untuk isteri membuka auratnya"
Tambahan tertinggal:
Untuk kenyataan di atas tu, adakah aku selesa tinggal dirumah mertua?Soalan,Adakah terlepas nafkah suami menyediakan tempat tinggal kepada isteri yang tinggal bersama mertua?
Jawapan,Dengan teliti ulama menjawab dan dinaqalkan dalam satu kuliah. Pertama sekali kena tanya isteri, adakah dia selesa tinggal dirumah mertua dan tiada masalah dalam menjaga auratnya? Jika selesa maka terlepas nafkah tempat tinggal.
Jika isteri berbalah dengan ipar atau mertua, maka tidak terlepas nafkah tempat tinggal dan wajib diasingkan.Dan apabila tinggal bersama mertua, beberapa perkara wajib diambil kira. Ada tandas yang suku untuk isteri antara yang kena jaga. Ada ruang untuk isteri membuka auratnya.Setengah pendapat mengatakan aurat kaki dimaafkan jika ada ipar tinggal serumah. Maka, mereka yang dalam kepayahan menyediakan tempat tinggal yang melibatkan kewangan yang besar, mendapat manfaat daripada perkara2 yang disediakan hukum dengan syarat mentaati segala yang ditetapkan syarak.#Ulama menjawab untuk kemudahan orang awam. Nak ikut silakan tak nak tak mengapa. Sebagai contoh, Rasulullah tidak melarang para sahabat memakan Dhab, tapi baginda tidak makan Dhab. Nak makan silakan, tak makan pun tak apa. Sama seperti tinggal bersama mertua. Nak duk skali boleh, tapi jagalah perkara2 yang sensitif. Nak duk asing pun boleh tak mengapa.Jawapan untuk kemudahan org ramai.
Untuk aku, Alhamdulillah, selesa sebab rumah mertua aku setiap anak ada bilik masing2..jadi takde masalah aurat atau ada yang tidur kat ruang tamu ke apa..
Kesimpulan untuk kisah ni, walaupun dengar macam perkara tu susah dan rumit, tapi ianya bergantung pada individu. Kalau kita berhati lapang, kalau kita tahu bagaimana nak handle masalah, INSYAAllah takkan ada masalah yang akan merumitkan kita.
Bagi aku, kalau betul2 ada masalah, bukan serumah pon masalah akan datang jugak..
Akhir sekali, lapangkan hati, sentiasa doa yang baik2 dan sentiasa berprasangka baik..


Comments